hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

View previous topic View next topic Go down

hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

Post by hafiz on Fri Jul 25, 2014 9:41 am

JEMAAH TIDAK PERLU MENADAH TANGAN KETIKA DOA KHUTBAH KEDUA

Ma'mum juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa Khatib membaca doa, kerana ma'mum mengikut Imam.

Akan tetapi jika Imam berdo'a agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau di atas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga keadaan ma'mumnya, disunatkan mengangkat tangan.

Muhaddith Sheikh Nasyiruddin Al-Albani di dalam buku Bida' Al-Jumu'ah (ms 56-66) telah menyatakan bahawa mengangkat tangan:

Semasa Imam duduk di antara dua Khutbah (no:42)
Semasa ma'mum mengaminkan do'a khatib (no:63)
- merupakan bid'ah-bid'ah yang biasa dilakukan oleh ma'mum yang menghadirkan diri di dalam solat Jumaat.

Beberapa ulama' mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan orang-orang yang bersolat mengangkat tangan mereka bagi mengaminkan do'a Imam, dan disebut oleh Ibnu Abidin (Khaasiyah Abidin 11/143), sesungguhnya jika mereka melakukannya maka mereka dosa ke atas yang sahih.


JEMAAH TIDAK PERLU MENADAH TANGAN BERDOA KETIKA IMAM DUDUK ANTARA 2 KHUTBAH

Begitu jugalah halnya kepada mereka yang mengangkat tangan mereka tatkala Imam duduk di antara dua khutbah.

Berdo'a di dalam Khutbah Jumaat adalah disyara'kan thabit dari Nabi SAW di mana ia mendoa'kan ke atas mu'minin dan mu'minat.

Di dalam Fatwa no: 6396, Faatwa Lajhah Daa'imah Lil Buhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' (8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada do'a tidaklah mengapa.


KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdo'a semasa Imam duduk antara 2 khutbah dan juga semasa Imam membaca do'a tidaklah terdapat di dalam syara', malah ulama' mengatakan ia adalah perbuatan bid'ah.

Do'a boleh dibaca pada masa Imam sedang duduk diantara 2 khutbah dengan secara perlahan (sir) tanpa mengangkat tangan dan 'Amin' boleh dibaca secara perlahan semasa Imam membaca do'a.

sumber: http://pensil-tekan.blogspot.com/2012/07/doa-antara-dua-khutbah-dan-doa-akhir.html

adakah benar artikel di atas?

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

Post by abubakar on Fri Jul 25, 2014 4:59 pm

Sahih pada pendapat saya. Juga kata Imam Nawawi r.h, sunnah tidak angkat tgn (menadah tgn) ketika doa khutbah sewaktu Jumaat.

_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

Post by Ibnu Sarkawi on Fri Jul 25, 2014 5:14 pm

Khatib mengangkat tangan ketika khutbah adalah perbuatan bid'ah berdasarkan celaan sahabat terhadap perbuatan tersebut. 'Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:

قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)

Adapun perbuatan luar dari khutbah, seperti mengangkat tangan ketika khatib duduk yang dilakukan oleh makmum tidaklah bid'ah selagimana ianya dilakukan secara individu(bukan berjamaah seperti kebanyakkan masjd di Malaysia ini). Wallahu'alam

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

Post by hafiz on Sat Jul 26, 2014 12:25 pm

maknanya ketika khatib duduk takpe ke? mcm ikut artikel yu kata tidak blh kan?

apa2 pun terima kasih menjawab. amat membantu.

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

Post by Ibnu Sarkawi on Sat Jul 26, 2014 2:16 pm

tidak mengapa jika berdoa sorg2

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

Post by aimahmad on Mon Jul 28, 2014 10:17 am

Yg biasa saya lakukan adalah, tidak mengangkat tangan semasa khatib membaca doa dlm khutbah, hanya mengaminkannya saja. Semasa khatib duduk, saya mengangkat tgn berdoa secara sendirian mengikut ape yg saya mahu pd ketika itu.. kadang2 menyapu muka dgn tapak tgn, selalunya tidak. Ok @ tdk ape yg saya lakukan ini?

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: hukum menadah tangan ketika doa ketika khutbah

Post by Sponsored content Today at 11:10 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum