Adakah ibu bapa terlalu overprotective anak mereka

View previous topic View next topic Go down

Adakah ibu bapa terlalu overprotective anak mereka

Post by seijiseimura84 on Thu Dec 27, 2012 7:26 pm

Semasa saya kecil, satu kesilapan menandakan satu tamparan besar di pipi
Abang saya lagi teruk, tipu ayah kata nak pergi ko korikulum, tp rupa2nya melencong main game street fighter II
Balik rumah, kena rotan zaazzz sampai berdarah
Tu belum amik kisah makcik saya ditampar smpai pekak
tp ironinya, tiada siapa menaruh dendam pada tindakan warga tua dahulukala
masing2 masih kuat meneruskan kehidupan

Zaman hari ni, bila kita memberi nasihat yg baik, ibu bapa pula melenting suruh jangan kita sibuk pasal anaknya
Kes paling teruk, bila cikgu memarahi pelajar kerana tidak siap kerja rumah berkali2, esoknya tak puas hati, ayah datang ke sekolah dengan batang besi

Kes saya, baru saya bagi nasihat baik, atas sebab, kata "nak kena sepak" pada mak, terus mak angkat dia memarahi saya pula kerana memarahi dia
Kemudian langsung tak nak tegur si budak kecil bertingkatan 3
Saya pun ignore jerlah....dah setahun buat tak tahu, sebab saya dah banyak kali tegur dia, tp dia buat tak tahu
Sekarang ni, bila tak ada orang marah2, sekarang dia umpama macam raja
Bila mak suruh tolong itu ini, dia buat tak tahu, malah marah balik kat mak tu.
Kemudian dia pula sibuk beri nasihat kat mak cara ini tak betul, cara itu tak betul
Bila keluar, sesuka hati dia je keluar tanpa izin, balikk pun sesuka hati
Larangan mak langsung buat tak kisah
Dan yg paling saya hairan, mak dia masih tak mahu marah
Dalam dirini rasa, ish....rasa nak belasah budak ni
Tapi apakan daya, saya menumpang rumah makcik, tak nak menimbulkan konflik

Tp itulah hakikat kebanyakan mak bapa khususnya org melayu.
Terlalu memanjakan anak, sehingga anak bila besar, tiada kekuatan jiwa, tak tahan hadapi kesukaran, semua benda nak ikutkan kehendak dia sahaja
Ironinya, kononnya mak bapak ni nak ikut cara "psikologi", saya pun kadang2 tak mengerti apakah cara psikologi yg digunakan ibubapa masa kini

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah ibu bapa terlalu overprotective anak mereka

Post by thtl on Thu Dec 27, 2012 8:21 pm

doc,

cara "psikologi" tu sebenaqnya adalah "parenting skill".

Cara parenting Nabi saw ialah least use of force. rotan tu hanya simbol sahaja dan in fact Nabi saw tak pernah menggunakan rotan ke atas anak-cucunya.

Time has changed and banyak ibubapa hari ni mendapat pendidikan tinggi berbanding parent kita, khasnya sapa yg ibubapanya lahir sebelum zaman penjajahan Jepun. Manakala ibubapa yang lahir ketika pelaksanaan DEB (dasar ekonomi Baru) sudah tentu akan banyak mnggunakan parenting skill memandangkan ibubapa tsb mendapat pendidikan tinggi di IPT luar dan dalam negara.

Parenting terbesar yg Nabi tunjukkan ialah "Lead all the way by example". anak akan respect ibubapa mereka yg ada ciri leadership dan parenting yg tinggi.

Kurangkan violence dalam tarbiyah, banyakkan leadership, skill komunikasi dan problem-solving tools.

ampunkan kesalahan ibubapa kita kerana mereka tidak memiliki peluang menuntut ilmu spt kita. Kita di zaman ledakan maklumat dan perpindahan ilmu dari pelbagai budaya dan negara, maka ambillah yg terbaik dari mana-mana budaya dan negara utk kbaikan kita.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah ibu bapa terlalu overprotective anak mereka

Post by zikrulmaut_sm on Fri Dec 28, 2012 12:50 am

Input dari orang lain hanya memberi kesan sekitar 10%, manakala 90% lagi adalah effort empunya diri. (ini secara theory pendidikan)

In the end, orang yang dididik itu sendiri yang akan pilih hala tujunya sendiri, tak kira sebanyak mana orang lain berikan didikan.

That's why, saya rasa tak wajar dalam proses pendidikan, tenaga pendidik seperti ibubapa dan guru disalahkan akibat kegagalan pendidikan. kalau mereka sudah menyampaikan (tak kira dengan method pendidikan apa sekalipun), maka mereka sudah terlepas dari tanggungjawab dan selebihnya terpulang kepada anak didik itu sendiri.

Hal yang sama berlaku dalam dakwah para nabi. Nabi sudah menyampaikan segalanya dan sudah tidak ada lagi hujah untuk menyalahkan nabi kalau orang masuk neraka di akhirat nanti. sebaliknya, orang yang masuk neraka itulah yang salah sendiri.

(P/S: Lihat bagaimana orang yang akan masuk neraka menyalahkan syaitan akibat perbuatan buruk dirinya sendiri - Surah Qaf (50) ayat 27-29)

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Adakah ibu bapa terlalu overprotective anak mereka

Post by Sponsored content Today at 1:41 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum