Cerpen Pertama Saya "Al Faatihah buat Tok Wan Melayu dan Tok Ki Islam"

View previous topic View next topic Go down

Cerpen Pertama Saya "Al Faatihah buat Tok Wan Melayu dan Tok Ki Islam"

Post by AbuQais on Mon Jan 07, 2013 3:01 pm

Hadiah awal tahun buat Syaikhuna THTL dan ahli club kipas (fans club).
ANAK CUCU TOK WAN DAN TOK KI

Cuti hujung tahun persekolahan pada tahun 2012, telah memberi impak besar kepada seorang Ayah daripada soalan-soalan yang diajukan oleh anak-anaknya didalam perjalanan, Fathi seorang ayah kepada 2 orang anak lelaki Asri 12 tahun dan Bari 10 tahun mengomel sendirian didalam hatinya.

Pukul 4 pagi 3hb Januari 2013, Fathi seperti biasa bangun untuk berkomunikasi dengan Robbnya meminta segala hajat dan petunjuk yang tidak bisa diberi oleh selain dariNya. Benak minda Fathi masih terngiang-ngiang soalan 'nakal' anak-anaknya sepanjang perjalanan cuti sekolah mereka.

Fathi mengambil keputusan untuk menghabiskan masa cuti sekolah anaknya pada tahun 2012 dengan meluangkan masa 2 minggu di rumah ayahnya di Kedah dan 2 minggu dirumah mentuanya di Kelantan. Fathi setelah menamatkan pengajiannya dibidang perubatan di Mesir, masih belum mempunyai jawapan yang konkrit untuk merungkai persoalaan dan polemik 'politik' yang terjadi diantara ayahnya dan mentuanya. Walaupun begitu sebagai anak dan menantu, dia tetap menziarahi keduanya walaupun dia akan dapat merasai suasana 'Perang Dingin" yang tidak berkesudahan apabila berbual samada dengan ayahnya ataupun dengan mentuanya.

Soalan-soalan anaknya tiba-tiba berlegar difikiran, semakin berat sehingga terkadang-kadang ia menyentuh hati kecil seorang ayah. Soalan sikecil yang mempunyai hati yang suci itu membuatkan hati seorang ayah menangis dan fikirannya sedikit terganggu.

"Wah! banyaknya bendera, ada hijau, ada biru, ada keris ada bulat " jerit Bari

"Bang tengok tu, sana lagi ada, atas bukit pun ada woooo macam mana orang letak yer " ngomel Bari seorangan

"Bang tengok la!, bendera apa ya banyak-banyak ni" bentak Bari menanyakan soalan kepada abangnya yang sibuk bermain Ipad dikerusi belakang kerena Exora yang dipandu oleh ayahnya menuju di Lebuhraya Utara Selatan PLUS kearah Utara.

"Bendera orang Islam eh orang Melayu.. entah " jawab Asri selamba dengan muka keliru

Kereta Exora Fathi selamat diparkir dibawah bungalow mewah ayahnya yang terletak di Jalan Langgar Alor Setar.
"Bari!!,Asri!! pergi salam dengan Tok Wan tu" arah Fathi kepada anaknya.

Selepas solat Asar berjemaah dirumah bersama, Isteri Fathi bernama Wan Nur Fatihah seorang doktor, sibuk menghidangkan kopi beserta bubur kacang hijau diatas meja dihadapan kolam renang diteratak mewah bungalow milik ayah Fathi yang merupakan bekas doktor perubatan dan juga ahli politik tempatan.

"Fathi, pi la tengok Langkawi, depa dah buat macam-macam benda baru sana, semenjak hang balik dari Mesir tahun 2001 tak pernah hang jenguk tanah ayah kat sana", ujar Tok Wan Det pada anaknya Fathi duduk dibangku malas milik ayahnya menghadap kolam renang.

"Nantilah, sehari dua kami pi, lagi pun Fatihah kena balik Putrajaya, hantaq dia pi airport Langkawi nanti dia balik sana", balas Fathi kepada ayahnya.

"Tok Wan! kat sini tak ada bendera ya?", soalan sikecil Bari menarik perhatian Tok Wan Det.

"Bendera!, bendera apa ?" tanya Tok Wan Det kepada cucunya yang mirip seperti muka dia

"Bendera orang Islam eh orang Melayu entah tak tahu lah", balas Asri menyampuk.

"Bendera partilah ayah, budak-budak ni sepanjang jalan cakap pasal bendera ja, apa kena depa ni tak tau" balas Fathi

"Oh!! sekolah rendah lagi dah pandai no", balas Tok Wan Det ringkas

"Cucu ayah, nak pi mana kuah kalau tak ke nasi", tambah Fathi disambut deraian ketawa anak beranak.

Tun Razak legasi teladan yang baik

"Assolatu Khairun Min an Naum!!!", bunyi alarm yang disetkan oleh Fathi pada telefon Samsung Note II nya menunjukkan jam 3.30 pagi. Fathi bangun untuk berwudhu' dan mengadap Rabbul Jalil satu amalan yang dia telah amalkan semenjak sekolah menengah, daripada pengaruh ayahnya, Menurut ayahnya yang sempat bergaul dengan Tun Razak dan meminati Perdana Menteri Malaysia yang kedua itu,beliau juga istiqamah dengan amalan malam sepertimana yang telah wajib dilakukan oleh kekasih ummat Islam Muhammad SAW.

Sebelum sampai ke bilik air, sempat Fathi menjenguk perpustakaan peribadi ayahnya yang terang disinari lampu. menunjukkan pemilknya sedang sibuk membaca. Membaca buku adalah rutin harian Tok Wan Det semenjak dari zaman belajar, ini adalah rutin yang tidak berjaya diteladani oleh Fathi kerana sibuk dengan tugasan di Unit Koordinasi Implementasi, Jabatan Perdana Menteri , Putrajaya sebagai penasihat MedicLab disana.

"Yang.., bangun dah nak Fajar dah ni" Asri mengejutkan Isterinya yang masih berbaki keletihan kerana menolong ibu mentuanya siang tadi.
"Asri!!!, Bari!! bangun, kita solat Subuh" Dr Wan Nur Fatihah mengejutkan anaknya dengan suara penuh keibuan.
"Bang bendera tu.. Bendera tu " Bari bersuara dalam igaunya
"Bendero gapo lagi ni Bari, oghe suruh bangun maye Subuh" suara Dr Wan Nur agak meninggi membangunkan anaknya yang masih bermimpi
"Bendera Melayu eh Islam..entah" jawab Asri yang sedang mamai bangun dari tidur sambil tersenyum kepada ibu yang dikasihinya.


"Srppp" bunyi hirupan susu lembu asli dihidang panas, minuman sarapan pagi kegemaran Tok Wan Det.

"Bini hang tak nak sambung ambil Specialist ka, Fathi, masa muda ni la ada peluang pi la sambung dah tua nanti dah tak lalu" Tok
Wan Det menanyakan hal pendidikan menantunya kepada anaknya.

"Memang nak sambung dah apply pun, masih tunggu keputusan dari Kementerian" balas Fathi

"Hang tak nak sambung buat PhD lain lain ka, bagus jugak tu kalau hang sempat la" tanya Tok Wan Det lagi kepada anaknya

"Tak dak ruang nak celah lagi la ni, banyak sangat kerja pending kat pejabat, kakitangan kerajaan masih duk lagu dulu la, banyak kerja kita kena check ayah." balas Fathi menerangkan keadaannya

"Tapi zaman la ni dah bagus sikit kot, semenjak Najib buat PEMANDU ni" balas Tok Wan Det

"Adala sikit berubah, sebab ada tukang push depa ni, tapi macam tu la orang kita kalau tak dak orang paksa, depa hidup selesa" balas Fathi

Tok Mah ajar bahasa Inggeris


Masa berlalu pantas 14 hari Fathi dan anak-anaknya berada di Kedah, meluangkan masa bersama ayah dan ibunya disana.
Tok Mah ibu kepada Fathi, seorang wanita yang penyayang dan berjiwa kental, merupakan bekas Doktor perubatan dan aktivis masyarakat, Walaupun Tok Mah agak sibuk dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatannya tetapi hal ehwal rumahtangga dan tanggungjawab sebagai "first' lady dalam keluarga tidak terabai.

"Asri, tahun depan dah masuk form one no, dah besaq, lepas ni masuk universiti sat ja, ada dah tengok ka buku-buku tingkatan satu?", tanya Tok Mah pada cucu kesayangannya.

"Ada!, tengok dalam google je", jawab Asri ringkas sambil tangannya menekan skrin Ipad.

"Bagusnya cucu Tok Mah ni, ada internet tengok hat kita ngaji, Asri suka belajaq apa ?" tanya Tok Mah lagi

"Hmmm semua suka, tapi Asri suka English dengan Sejarah" balas Asri melayan soalan-soalan nenek favoritenya itu

"Good!, English is the interesting subject to learn" jawab Tok Mah memberi motivasi kepada cucunya

"Asri!, cuba cari tengok dalam internet legendary quotes tentang perkataan first" minta Tok Mah kepada cucunya yang sibuk dengan Ipadnya.

"First they came - Martin Niemoeller",balas Asri

"Wah, lajunya.. please read the quotation for me Asri" pinta Tok Mah, mencuri perhatian cucunya

"I read the first line of the statement ya!, Tok Mah" Asri meminta izin dari neneknya

"My pleasure my dear" balas Tok Mah

"First they came for the communists,
and I didn't speak out because I wasn't a communist.

Then they came for the socialists,
and I didn't speak out because I wasn't a socialist.

Then they came for the trade unionists,
and I didn't speak out because I wasn't a trade unionist.

Then they came for me,
and there was no one left to speak for me" Asri membacakan penyataan Martin Niemoeller yang ditemuinya didalam wikipedia melalui carian menggunakan enjin carian google kepada neneknya denga penuh dedikasi.

"The statement is so meaningful, did you understand what the author, trying to converse my dear?" tanya Tok Mah

"hmm partialy understand but i didn't get the full meaning",balas Asri menjawab soalan neneknya

Pagi itu Tok Mah menghabiskan masa dengan mengajar 'kelas' bahasa Inggeris kepada cucunya.


"Asri!, Bari! Salam dengan Tok Wan dan Tok Mah" arah Fathi, sambil beliau juga bersalaman dengan kedua orang tuanya

"Ayah dan Ibu bila nak mai Putrajaya", tanya Fathi

"Pertengahan Januari ini ada orang panggil ayah bercakap kat PWTC nanti ayah pi sana Ayah habaq hang, drive elok-elok, jalan Grik-Jeli tu tak berapa nak lurus macam highway KL-Kedah ni" jawab Tok Wan Det sambil memberi nasihat kepada anaknya yang akan memandu jauh ke Pantai Timur

"Kirim salam sekali kat pak mentua hang tu, suruh lah dia berhenti politik dah tua, rehat-rehatlah" , tambah Tok Wan Det

"InsyaAllah,.. Fathi pergi dulu ye Assalaamu'alaikum" balas Fathi memutuskan perbualan dan bergerak masuk kedalam keretanya

"Wa'alaikum salaam warahmatullah.."

Prof Dr Mazli berguru dengan Tok Ki Aziz

"Yang, ini Dr Mazli dia pensyarah kanan di Universiti di KL, orang kuat Sains Sosial ni" Wan Nur memperkenalkan Dr Mazli kepada suaminya.

"Oh ini ka orangnya kenal nama ja, baru jumpa" balas Fathi bersalaman dengan Dr Mazli yang kebetulan menaiki pesawat yang sama dengan isterinya turun dilapangan terbang Kota Bharu.

"Kenal ka saya, saya ingat budak U saja kenal" Dr Mazli membalas salam perkenalan Fathi.

"Apa tak kenainya la ni, kalau duit sekupang hilang pun orang buh kat FB habis semua orang tau, inikan orang akademik macam Doktor ni lagila ramai yang tulis dalam wall fbnya program Doktor di KL" balas Fathi sambil ketawa

"Betul tu, lama ke balik sini" tanya Dr Mazli

"Saya ni cuti dah 2 minggu dah di Kedah, ni hantar anak-anak ke rumah mentua, saya dah beli tiket balik 16hb ni, nanti 30hb datang balik ambil budak-budak tu dengan isteri saya" jawab Fathi

"Samalah flight kita kalau 16hb" balas Dr Mazli.

"Ada saudaraka di Kota Bharu ni, ke ada kerja sini Dr" tanya Fathi

"Saya ada kertas kerja nak bentang bulan May nanti, tetang Sosial Patuh Syariah Analisa Negeri-negeri di Malaysia, turun ke Kelantan ni saya nak kumpul data" balas Dr Mazli

Suara Tok Ki Wan Aziz, mentua Fathi jelas kedengaran dicorong pembesar suara dewan Madrasah Darul Raudhah, merupakan madrasah yang diasaskan oleh keluarga mentuanya semenjak zaman Kelantan dibawah kuasa Siam lagi.

"Al Rahmaan dan Ar Rahiim duo perkate arab daripada rangkai kato yang serupo, ro, ha mim, Al Rahmaan dari perkate ro ha mim Ar Rahiim samo, bermakna belas kasihey. Rahmat dari rangkai kato ro ha mim, kito mintok dengey Allah bagi rahmat. keluargo tak bahagio minta Allah kesiyei ke kita bagi rahmat, kurey imey, kurey taqwa minta dari Allah wi rahmatNya ke kito, kito boleh senara semuo minta dengan Allah sebab Rahmat Allah luas Allah bersifat Al Rahmaan dan Ar Rahiim, habis kat Ar Rahiim kito sambung ayat seterusnya " suara Tok Ki Aziz jelas memberikan tafsiran daripada ayat daripada Surah Al Faatihah. Kuliayah Tafsir ini dibuat sepanjang tahun sudah pun bermula semenjak Tok Ki Aziz pulang ke Kota Bharu menamatkan pengajian 20 tahunnnya di India dan Mesir pada tahun 1957 sehingga 1977.

Anak muridnya datang dari pelusuk Kelantan dan ada juga dari luar kelantan adakalahnya mencecah ribuan orang, mereka khusuk mendengar kuliyah seorang Alim yang juga mempunyai jawatan politik dinegeri Serambi Mekah ini.

Asri dan Bari turut mendengar kuliyyah datuknya yang diadakan setiap pagi Jumaat dimadsarah tersebut semenjak tahun 1978. Isteri Fathi lahir pada tahun 1980, menunjukkan betapa istiqamahnya Tok Ki Aziz memberikan kuliyyahnya dengan ikhlas tanpa mengambil sebarang bayaran.

Dr Mazli turut serta dalam kuliah tersebut, beliau bertanyakan beberapa soalan kepada Tok Ki Aziz pada sesi soal jawab sebelum solat Jumaat. Antara soalan yang menarik perhatian ramai adalah "Kenapa parti Islam tidak mahu bergabung dengan parti pemerintah yang berasaskan bangsa"

"Negeri Kelate semenjak lepas merdeka parti Isley perintah, negeri kito doh Isley lamo daripada parti Isley . tahun 1970 an bile kito bergabung dengan kerajaan pemerintah pusat bawoh parti bangsa Melayu, tak dak apa berubah melainkan banyak sekatey untuk kito mengembey ke ilmu Isley, ambo fikirlah tak dok manfaat sikit pun bergabung dengan parti pemerintah lebih-lebih lagi yang berasas key bangso" jawab Tok Ki Aziz dengan tenang soalan Dr Mazli tersebut.

Kelihatan senyuman lebar pelajar-pelajar Tok Ki Aziz, berpuashati mendengar jawapan daripada tuan guru mereka yang dihormati.

"Ambo masuk politik bukey sebab suko politik, tapi pendapat ambo politik perlukey oghe boleh ajar agamo isley dan boleh tunjuk lagu mano nok amal agamo, kito masuk kampung oghe, kalu kito nampok oghe tok sey semaye, buat banyak bendo dosa, kalau ada oghe mintak kito jadi tok ketuo kito jadi untuk bekki keaadey amal agama situ, bukey kito nok jawatey tu, jawatey tu bagi kito mudoh nak bawak masuk agama ko oghe tempatan" jawap Tok Ki Aziz kepada soalan Dr Mazli tentang bagaimana Tok Ki Aziz boleh terlibat dengan politik dan dalam masa yang sama membuka madrasah yang mempunyai ramai anak murid.

Erti Al Fatihah

30hb Disember 2012 Fathi sekeluarga bergerak pulang ke Putrajaya setelah anak-anaknya Asri dan Bari serta isteri menghabiskan 2 minggu mereka bersama datuk mereka di Kota Bharu.

Asri sepanjang perjalanan sibuk membaca makna ayat-ayat surah Al Faatihah, dia cuba memahamkan isi kuliyyah Tok Ki Aziz tentang tafsir Surah Al Faatihah. Sepanjang perjalanan sehinggalah sampai susur keluar gombak Lebuhraya Pantai Timur.

Asri sedang asyik mengulangi menonton video dihalaman youtube,com Erti Al Fatihah - Voices Of Ummi yang ditemuinya melalui carian di google menggunakan Ipad yang dihadiahkan oleh Tok Wan Det kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.


Lirik Erti Al Fatihah - Voice Of Ummi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadsMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Sumber : www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-erti-al-fatihah-voice-of-ummi.html#ixzz2H6vwl8MS

Al Kahfi dan Al Raqiim suatu petunjuk hidayah

4hb Januari 2013, selepas Fajar telah menjadi amalan Fathi untuk mengkhatamkan bacaan Surah Al Kahfi setiap hari jumaat, sebelum bergerak ke pejabat yang tidak sampai 10 minit dari rumahnya di Precint 3, Putrajaya.

Apabila sampai sahaja ke ayat 9 dan 10 dari surah Al Kahfi

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?



إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

Minda Fathi seakan pegun untuk memproses 2 perkataan didalam ayat tersebut yang sudah seakan-akan sudah hilang dari ingatannya

الرَّقِيمِ dan الْفِتْيَةُ dan dengan izin Allah tiba-tiba gambaran Ipad yang dipegang oleh Asri anaknya, serta soalan anaknya mengenai Al Faatihah yang memberi bekas kepada mindanya hingga kini, mula menghantui fikirannya. Hatinya sedih kerana ilmu bahasa arab yang dipelajarinya selama lebih 20 tahun tidak berjaya memberi jawapan yang jelas kepada persoalan anaknya. Pada masa yang sama mindanya berimaginasi terbayangkan Rasulallah sedang memberi nasihat kepada sepupu baginda seperti Abdullah Ibn Abbas yang masih kecil (kurang 12 tahun) diatas kenderaannya sepertimana yang disebut oleh Imam An Nawawi dalam hadith ke 19 himpunan hadith 40 nya.

"Bagaimana aku ingin mengambil sunnah tersebut untuk menjawab persoalan penting tentang surah yang sangat unggul itu kepada anakku" bisik mindanya kepada hati kecil seorang ayah yang amat pentingkan pendidikan rohaniah anaknya..

احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك

Berdesing ditelinga minda Fathi, seolah-olah hadith tersebut keluar dari mulut penuturnya yang asal. Semua ini membuatkan Fathi lama menaa'kul semua yang berpusing laju didalam mindanya untuk mencari formula bagi jawapan untuk soalan-soalan 'nakal' anaknya.

Alhamdullillah, aku sudah dapat solusinya semoga Allah memudahkan segala.


Al Faatihah buat Tok Wan Melayu dan Tok Ki Islam




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Cucumu Bari 'nakal' berkata banyak duit beli bendera,bagusnya kalau wang tersebut buat pendidikan kami untuk mengenal Allah yang Maha Mengasihani.

Segala Puji bagi Allah Tuhan Penguasa Sekalian Alam

Cucumu Asri bertanya apakah Al Faatihah orang Melayu tidak sama dengan Al Faatihah orang Islam?

Pujian orang Melayu pada kerajaan di sebelah Timur Asia, apakah sudah tiada negara Islam?



Pujian orang Islam kepada kerajaan di Timur Tengah, apakah mereka benar-benar Islam?





Maha Pemurah Maha Penyayang

Asri bertanya kenapa orang Islam dan orang Melayu tidak pemurah dan penyayang sesama mereka?

orang melayu lebih pemurah dan penyayang kepada mereka yang memberi kepentingan selain daripada bangsanya

orang Islam lebih pemurah dan penyayang kepada mereka yang memberi kepentingan selain daripada agamanya


Yang Menguasai Hari Pembalasan

Asri bertanya adakah orang Melayu dan orang Islam akan mendapat manfaat daripada mereka-mereka yang mereka 'sayang' dan 'kasih' lebih daripada saudara mereka dimana kita semua akan dibalas?


Tunjukilah kami jalan yang lurus

Wahai Tok Ki dan Tok Wan orang Islam lagi Melayu ajarkanlah kepada saya untuk menjawab soalan nakal anak-anakku



Iaitu Jalan orang yang kau kurniakan ni'mat kepada mereka

Supaya kami dapat mengenali jalan-jalan yang Allah kurniakan nikmat



Bukanlah jalan yang Engkau murkai

Supaya saya tidak dimurkai kelak dihadapat Allah untuk memenuhi tanggung jawab sebagai ayah.


dan bukanlah jalan mereka yang sesat

Supaya saya dan anak-anak tidak sesat, didalam dunia yang penuh dengan maklumat ini


Sekian Al Faatihah buat Tok Wan Melayu dan Tok Ki Islam

Tamat


Siap pada 7hb Januari 2013M bersamaan 24 Safar 1434H jam 7.00 pagi
Abu Qays Al Fawaatih


Makluman: Cerpen ini tiada kaitan dengan kehidupan sebenar dan watak-watak didalamnya adalah ciptaan penulis semata-semata tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati, sekiranya kebetulan ianya sama, saya memohon jutaan kemaafan kerana diluar sedar saya telah membuat kesalahan. Wallahu'alam
avatar
AbuQais
AHLI
AHLI

Posts : 13
Points : 23
Join date : 25/05/2012

Back to top Go down

Re: Cerpen Pertama Saya "Al Faatihah buat Tok Wan Melayu dan Tok Ki Islam"

Post by thtl on Mon Jan 07, 2013 10:50 pm

TQ ya akhi,
akan baca slow-slow..
avatar
thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Cerpen Pertama Saya "Al Faatihah buat Tok Wan Melayu dan Tok Ki Islam"

Post by Ahmad Shamil on Wed Jan 09, 2013 6:53 pm

ana dah baca habis...sarat dengan pengajaran..
ana merasakan cerpen ini bagai sebuah kisah benar yg pernah berlaku di alam nyata Smile

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)
avatar
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Cerpen Pertama Saya "Al Faatihah buat Tok Wan Melayu dan Tok Ki Islam"

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum