[Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

View previous topic View next topic Go down

[Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by alDayyan on Tue May 21, 2013 12:29 pm

Dari manakah kisah ini berasal? Adakah ia benar?

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Ya Allah, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah 'ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut Islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. insyaa Allah... Allah always with us.

Sumber Dari Fanpage Tanyalah Ustaz Anda Sendiri


Last edited by sil on Wed May 22, 2013 5:05 am; edited 1 time in total

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by thtl on Tue May 21, 2013 12:42 pm

Rasanya ana pernah jawab, tapi tak sure, kat AFN atau kat sini. Dongeng tahap gaban

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by ibnuwafiy on Wed May 22, 2013 3:36 am

assalamualaikum ustaz,

bule saya tahu di mane dongeng nye kisah tuan sil bawak tu? tersebar luas cite nih ka FB...byk plak tu yang like.. ni riwayat israelliyat ke?

ibnuwafiy
AHLI
AHLI

Posts : 49
Points : 69
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by alDayyan on Wed May 22, 2013 5:10 am

ibnuwafiy wrote:assalamualaikum ustaz,

bule saya tahu di mane dongeng nye kisah tuan sil bawak tu? tersebar luas cite nih ka FB...byk plak tu yang like.. ni riwayat israelliyat ke?

saya dapat dari fanpage Tanyalah Ustaz.. saya lihat mereka mempunyai komuniti tertentu dan semacam pelik dgn amalan ibadah agama mereka. Mcm sufism ckit dan seangkatan dengannya yg mana sering menerima bulat2 apa yg admin page tersebut postkan.

saya sangat2 berasa sangsi bagaimana mungkin page besar sebegitu mempunyai admin2 yg tidak berilmu dalam menyebarkan dakwah?

saya juga perasan ada beberapa teguran dari follower yg mempertikaikan mengenai posting2 tertentu di page tersebut, tapi semacam bolayan je.
seolah2 mereka tidak bertanggungjawab dgn apa yg mereka postkan itu dan semacam ok dgn follower yg semakin "beriman" bila terpengaruh bulat2 dgn kisah2 palsu lagi dusta yg menggunakan nama Allah, malaikat dan nabi2 tertentu.

Hukumnya berdosa besar ke pak syeikh?

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by thtl on Wed May 22, 2013 9:22 am

IW,
belum jumpa lagi, sbb kisah2 camgini ada dalam kitab sufi..antaranya Tanbihul Ghaafilin, Durratun Naasihin..
ia juga adalah Israeliyat bertujuan meremehkan Jibrail AS

Dayyan,
dosa, besar atau kecil tu tak pasti, sebab penulis tidak kata ia dari Hadis...kemungkinan juga ia dari hadis gabungan hadis lemah dan palsu atau kata2 hikmat...

pelan2 cari, sebab ia dok dalam kitab kuning ni...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by alDayyan on Thu May 23, 2013 8:04 am

thtl wrote:IW,
belum jumpa lagi, sbb kisah2 camgini ada dalam kitab sufi..antaranya Tanbihul Ghaafilin, Durratun Naasihin..
ia juga adalah Israeliyat bertujuan meremehkan Jibrail AS

Dayyan,
dosa, besar atau kecil tu tak pasti, sebab penulis tidak kata ia dari Hadis...kemungkinan juga ia dari hadis gabungan hadis lemah dan palsu atau kata2 hikmat...

pelan2 cari, sebab ia dok dalam kitab kuning ni...

pendapat pak syeikh, apa saja bahan dari kitab kuning ni molek di buang atau mcmana kaedahnya? ceritaceriti begini tanpa sebarang perawi2 yg tersohor, agak sukar nak percaya.. x pe ke kalau x percaya langsung dgn kisah2 begini melainkan apa yg ada dalam hadis sahih dan kisah2 dari al Quran?

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by thtl on Thu May 23, 2013 8:20 am

alam ghaib yg detail camgitu, ada tiga cara:

1. No komen (ini lebih selamat)
2. kata tiada asalnya..sebab kita belum jumpa.
3. Israeliyat kerana ada unsur melampau dan meremehkan agama

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by rozimuda on Sun May 26, 2013 3:48 am

Salam,

Ana jumpa ini, tetapi 3 perkara sahaja:

Dalam kitab az-Zuhd al-Kabir, Imam Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya hingga ke tokoh tassawuf besar di Mesir bernama Zun Nun al-Misri:

" Sesungguhnya Allah menyimpan 3 perkara di dalam 3 perkara. Allah menyimpan kemurkaan di dalam kemaksiatan, menyimpan keredhaan di dalam ketaatan, dan menyimpan walinya di antara sekalian manusia.

Maka janganlah engkau meremehkan maksiat walau sekecil mana sekalipun, kerana siapa tahu di dalamnya terdapat murka Allah.

Janganlah engkau meremehkan ketaatan walau sekecil manapun, kerana siapa tahu di dalamnya terdapat redha Allah.

Janganlah engkau menghina hamba Allah walau sekalipun, kerana siapa tahu ia adalh wali Allah."

Petikan dari buku "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia" Nukilan Umar Muhammad Noor, terbitan Telaga Biru, mukasurat 85-86.

rozimuda
AHLI
AHLI

Posts : 14
Points : 16
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by thtl on Sun May 26, 2013 8:46 am

Setakat saya dok search, abis dah guna syamila pun dah search, mmg tak ada.

Rasanya penulis ni bijak, dia kumpulkan dan ambik serba sedikit. Misalnya, Jibrail ada 600 sayap tu dari Kitab al-Bidayah, kemudian dia ambik pulak dari kitab al-Baihaqi...

cuma kita tak tahu dari kitab sufi mana. kalau dia habaq kitab apa, senang kita trace.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by alDayyan on Fri Jun 14, 2013 5:50 am

thtl wrote:Setakat saya dok search, abis dah guna syamila pun dah search, mmg tak ada.

Rasanya penulis ni bijak, dia kumpulkan dan ambik serba sedikit. Misalnya, Jibrail ada 600 sayap tu dari Kitab al-Bidayah, kemudian dia ambik pulak dari kitab al-Baihaqi...

cuma kita tak tahu dari kitab sufi mana. kalau dia habaq kitab apa, senang kita trace.

saya rasa, masyarakat perlu menolak secara total mengenai kebergantungan kepada kisah2 begini (utk merasa takjub dan kasih terhadap Allah dan makhluk2NYA) dalam kehidupan seharian.

memadailah kebergantungan 100% kepada hadis dan al Quran yg dah terbukti segala2nya boleh membuatkan kita berasa lebih takjub dan kasih kepada Allah dan makhluk2NYA.

kitab kuning dgn kisah2 ghaib sebegini sudah tidak diperlukan lagi kerana sandaranya banyak yg x jelas.. kalau jelas dan sering menjadi rujukan pelajar2 agama dalam jurusan tertentu, tidak mengapalah.

sekadar pendapat pribadi.

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: [Dari Page Tanyalah Ustaz] 6 Perkara Allah Sembunyikan

Post by Sponsored content Today at 9:16 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum