Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka551

Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka

View previous topic View next topic Go down

Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka

Post by intan on Fri May 31, 2013 4:40 pm

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada terbaca kisah ini,

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang dikatakan derhaka itu. Khalifah Umar mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya. Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: “Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia.

“Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran.”

Mendengar yang demikian, si anak lantas berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Itu semua tidak ada yang dia laksanakan. Ibuku dicarinya dari orang Majusi. Namaku dibuatkan Jaklan dan aku tidak diajarnya membaca al-Quran.”

Khalifah Umar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu? Ternyata engkau telah derhaka kepadanya sebelum dia derhaka kepadamu. Engkau telah berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat kepadamu.”

Soalan saya, adakah kisah ini sahih dan pernah direkodkan di dalam mana-mana kitab? Kalau ada, boleh kongsikan rujukannya.
Adakah kita boleh jadikan kisah ini sebagai hujah supaya para ibu bapa perlu koreksi diri terlebih dahulu sebelum menghukum anak sebagai derhaka?

Jazakallahu khoiran.

intan
AHLI
AHLI

Posts: 43
Points: 110
Join date: 21/05/2012

Back to top Go down

Re: Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka

Post by thtl on Fri May 31, 2013 8:14 pm

susah sikit tu...kitab tarikh al-khulafa' (bibliogafi khalifah ar-rasytidin) ni banyak. lagipun kita2 saya ni semua dok di Malaysia...
tak pa, kita pelan2 cari...nampak macam ada logiknya di situ dan kena dgn watak Umar yg tegas dan kewalian beliau yg tinggi

thtl
Admin
Admin

Posts: 9133
Points: 9868
Join date: 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka

Post by thtl on Sat Jun 01, 2013 3:24 am

Dah jumpa dalam diskusi multaqa AH:

( جاء رجل إلى عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – يشكو إليه عقوق ابنه ، فأحضر عمر الولد وابنه وأنّبه على عقوقه لأبيه ، ونسيانه لحقوقه ، فقال الولد : يا أمير المؤمنين أليس للولد حقوق على أبيه ؟ قال : بلى ، قال : فما هي يا أمير المؤمنين ؟ قال عمر : أن ينتقي أمه ، ويحسن أسمه ، ويعلمه الكتاب ( أي القرآن ) ، قال الولد : يا أمير المؤمنين إن أبي لم يفعل شيئاً من ذلك ، أما أمي فإنها ونجية كانت لمجوسي ، وقد سماني جُعلاً ( أي خنفساء ) ، ولم يعلمني من الكتاب حرفاً واحداً
فالتفت عمر إلى الرجل وقال له : جئت إلي تشكو عقوق ابنك ، وقد عققته قبل أن يعقك ، وأسأت إليه قبل أن يسيء إليك ؟! ) ( تربية الأولاد في الإسلام – 1 / 137 ، 138

واعتقد أن الأستاذ عبدالله ناصح علوان قد نقل ذلك عن الغزالي ، والذي يظهر أن الأثر غير صحيح ، والله تعالى أعلم

Kisah ini ada dalam Tarbiyah al-Awlad fil Islam (Pendidikan anak2 dlm Islam) oleh Prof Dr Nasih Ulwa (rh) Jld 1:137-138. Yang diambil dari al-Ghazali (dalam Ihya') Menurut Multaqa, ia tidak sahih Kitab ni sudah ditahqiq hadisnya oleh syaikh al Otaibi namun atsar tsb beliau tidak mentahqiqnya.
Cuma dalam diskusi di Multaqa, maksud dari atsar tsb adalah baik, tapi bila dikaitkan dgn Umar al-Khattab, maka kita kena pastikan ianya sahih sanadnya. Dalam hal ini tiada sanad. WA

Maka kisah ni boleh disebut, tapi dinyatakan ia adalah dari kitab dr Nasih Ulwan

thtl
Admin
Admin

Posts: 9133
Points: 9868
Join date: 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka

Post by alDayyan on Sat Jun 01, 2013 9:49 am

off topic jap:

Khalifah Umar ni ke yg diiktiraf manusia paling bengis di dunia?
kalau khalid al walid tu manusia yg paling beranikan?

yg dapat title singa Allah tu siapa ye?
mohon pencerahan..

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts: 537
Points: 740
Join date: 25/05/2012
Age: 45
Location: 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka

Post by thtl on Sat Jun 01, 2013 12:11 pm

Umar al-Khattab=al-Farouq
Khalid al-Waleed=Pedang Allah
Hamza Abdul Muttalib=Singa Allah

yg paling garang di dunia?
1. Fir'aun
2. Nimrood
3. Genghiz Khan
4. Lenin
5. Hitler
6. Jeneral Yamashita (WWII)
hehehe.
Umar al-Khattab garang, tapi bukan kejam

thtl
Admin
Admin

Posts: 9133
Points: 9868
Join date: 25/11/2011

Back to top Go down

Re: Kisah di zaman Umar: Ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka sebelum anak derhaka

Post by intan on Tue Jun 04, 2013 2:08 am

Jazakallahu khoiran Ustaz atas maklumat. Sebab itu saya harapkan ada rujukan, tak yakin nak share sebab tak tahu kisah ni sahih ke tak. Kalau ada rujukan, selamat sikit.. Smile

intan
AHLI
AHLI

Posts: 43
Points: 110
Join date: 21/05/2012

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum