BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air..

2 posters

Go down

Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air.. Empty Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air..

Post by alDayyan Fri Feb 22, 2013 6:10 am

salam..

merujuk kepada artikel ini..
Gabungan herba tradisional, al-Quran

GENERASI masa kini kurang mengetahui tentang khasiat herba tradisional. Sebenarnya, khasiat herba seperti halia bara, lengkuas dan buah pala, merupakan bahan asas untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Orang tua-tua dahulu sememangnya menggunakan ekstrak herba-herba ini untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.

Minyak Anugerah Sejuta Rahsia menggabungkan 30 juzuk al-Quran dan sembilan khasiat herba yang digunakan sebagai penawar untuk membantu meringankan beban dan kesakitan.

Herba-herba tradisional yang terdapat dalam minyak ini termasuk minyak kayu putih, halia bara, serai wangi, limau purut, lengkuas, pudina, cengkih dan avokado.

Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, pengguna dapat menikmati khasiat yang terbaik.

Menurut Ustaz Khairul Azhar Ghazali, terdapat syifa, hikmah, penawar yang terlalu banyak dan hebat di dalam al-Quran. Misalnya, Surah Ash Shaffat, ayat 37 dalam minyak ini, dengan izin Allah SWT sesiapa yang membacanya akan terpelihara daripada gangguan jin.

"Bahkan surah al-Fatihah yang kita baca dalam solat fardu setiap hari sebenarnya mempunyai banyak fadilatnya.

Secara keseluruhannya, apabila ayat-ayat al-Quran digabungkan dengan herba-herba tradisional ia mampu untuk mengubati sesetengah penyakit, dengan memberi kesan yang menakjubkan," ujarnya.

Dengan gandingan khasiat herba tradisional dan bacaan 30 juzuk al-Quran di dalam Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini, menjadikan al-Quran dekat dengan diri kita.

Minyak ini boleh didapati di Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-2072 5555 / 019-369 9998.

Artikel Penuh: www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130210/kn_01/Gabungan-herba-tradisional-al-Quran#ixzz2LaonUNgk
© Utusan Melayu (M) Bhd

1.apa yg saya boldkan itu mmg ada ke dalam agama? rasa mcm kelakar plak sebab seolah2 dorg membuktikan yg minyak ni lebih pawer dari minyak biasa yg x dibacakan dgn ayat2 al Quran itu..

2.sesetengah penyakit yg dkatakan tu biasanya penyakit apa yg boleh dirawat dgn ayat Al quran?

3.bolehkah kahsiat al Quran di simpan dalam sesuatu?

4.jika ianya salah di sisi agama, apa pandangan semua mengenai salesman2 atau penjual barangan sebegini yg mempromosikan kehebatan air ini?
adakah kita boleh takrifkan sebagai mempromosi ajaran yg sesat/khurafat/etc?

5.adakah ianya menyerupai kaedah amalan membaca surah2 tertentu kepada bayi di dalam kandungan menyerupai kaedah membaca al Quran kepada benda2 tertentu dalam usaha mendapatkan khasiatnya?

mohon pencerahan..

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air.. Empty Re: Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air..

Post by thtl Fri Feb 22, 2013 11:45 am

1. AQ bergabung dgn herba tu cuma kelentong je..hehehe. Ini kerana barakah dan karomah itu bukanlah sesuatu yg gerenti

2. AQ diturunkan utk menyembuhkan penyakit kebodohan, kejahilan, syirik dan masalah sosial dan kenegaraan manusia. Kalau sakit badan, kena pergi ke hospital moden

3. Ini urusan ghaib, tak ada sapa boleh determine dakwaan semacam itu

4. Ya, ia satu kesalahan dari segi agama tapi belum lagi di sisi perundangan negara buat masa ini. Ia salah kerana memperdagangkan agama dgn harga

5. Tidak sama, kerana jika si ibu membaca AQ, ia adalah ikhlas dari lidahnya. Unless diupah para qari utk membaca kpd perut ibu, itu juga adalah salah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air.. Empty Re: Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air..

Post by alDayyan Fri Feb 22, 2013 3:04 pm

JKK pak syeikh atas jawapan yg diberikan... baru lega rasanya..
terbaik

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air.. Empty Re: Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air..

Post by alDayyan Fri Oct 04, 2013 11:35 am

terbaru..

HUKUM MEMINUM AIR DARI AYAT AL-QURAN

Pendapat ulama'-ulama' Syafi'e

Didalam kitab" Khazinatul Asrar' ada dinyatakan
"al Qadhi Husain, al Baghawi dan lainnya dari mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al-Quran pada manusia atau makanan, maka tidaklah mengapa.

Pendapat al Imam Suyuti

Didalam kitab "al Itqan' Imam Suyuti menulis:
"Imam an Nawawi didalam kitab 'al Muhazzab' menyentuh tentang hukum menuliskan al- Quran pada papan tulis atau sesuatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit, menurut kata Imam Hassan al Basari, Mujahid, Abu Qilaabah dan al Auzai'e tidaklah mengapa(dibolehkan). Akan tetapi an Nakhaie memakruhkan."
Sumber: https://www.facebook.com/sharhanshafie/posts/763378583688379

Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu". (Riwayat Thabrani).
Sumber: https://www.facebook.com/sharhanshafie/posts/763378583688379?comment_id=8188465&offset=0&total_comments=12

Saya rasa, setakat tulis dan bacakan sahaja Al Quran pada makanan atau apa2, mmg la dibolehkan dan x mengapa.. tp kalau dah beranggapan kesembuhan sesuatu penyakit tu disebabkan keberkatan amalan baca, tulis dan dendangkan alunan bacaan al Quran tu yg x boleh.. adakah benar begitu pak syeikh?

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air.. Empty Re: Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air..

Post by thtl Fri Oct 04, 2013 11:49 am

sahih.
yg lebih sahih, pergi medical center dulu, buat x ray dan lab test...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air.. Empty Re: Menginstall khasiat al Quran ke dalam minyak/air..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum