BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Umrah Persendirian Part 2

+14
Ibnu Sarkawi
mohdnasir
nurhikmah99
asha2000
norliha
Andhy Putra
Mohamad hafiz
msaadhamid
syuaib
najib
abu_firdaus
Ad-Dien
thtl
umrah persendirian
18 posters

Page 3 of 11 Previous  1, 2, 3, 4 ... 9, 10, 11  Next

Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue Mar 18, 2014 7:56 pm

First topic message reminder :

Saya "UP" mendoakan tuan/puan semua yang membaca tread ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta segera dapat menunaikan UMRAH atau HAJI dengan apa cara yang di halalkan oleh syarak. Mohon juga saudara pembaca kelian mendoakan untuk pembaca yang lain

Salam untuk semua

Saya ingin mencadangkan usul saya tempoh hari untuk di bincangkan:

Saya ingin mencadangkan Bagi Perlaksanaan Umrah Persendirian

  1. Mana-mana pihak menjadi coordinator kepada umrah tanpa pakej atau tanpa melalui TA. Teruma forum ini di bawah kelolaan ustaz THTL menjadi coord itu.
  2. Mengumpul peserta/ jemaah yang membeli tiket persendirian samaada AA/NasAir atau lain-lain untuk di gabungkan di peringkat KSA bagi tarikh yg sama bagi tujuan ground svs pada kadar yg berpatutan. Jangkaan saya bagi bil hari 13H11M untuk ground svs akan melibatkan perbelanjaan tidak melebihi RM1K8, jika tiket pada kadar SAR1999, jumlah keseluruhan RM3553.26 (RM1753.26 + RM1800)
  3. Mana-mana tarikh, tiket boleh di beli oleh jemaah pesendirian dan akan bergabung di peringkat keberangkatan di KUL.
  4. Jika cadangan ini di terima, pohon buka satu ruang forum baharu di bawah satu tajuk khusus umrah persendirian dan ustaz thtl melalui forum ini bertindak sebagai pengumpul peserta. Jika mendapat sambutan, para peserta mohon hebahkan kepada rakan-taulan.

Tujuan mengadakan pakatan umrah cara ini bukan nak menidakan usaha TA, biarkan pakej TA untuk yang lebih mencari keselesaan dan kesenangan tanpa mengurusnya sendiri.

Tiket normal Airasiaatau Nas Air tidak akan dapat di bawah RM2000. Jadi elok kalau kita sedia sahabat yang nak tunaikan umrah dan bersedia beli tiket sendiri apabila ada offer. Cuma saya cadangkan di adakan forum ini untuk di bincangkan terlebih dahulu

  1. permasalahannya serta menghilangkan tahap pemikiran kebanyakan orang kita Malaysia bahawa mengerjakan umrah mesti ikut pakej TA.
  2. Mengurangkan kebimbangan bakal jemaah tentang perkara kurang elok yang sering di ceritakan walhal tiada bukti.
  3. Memperbanyakan orang Malaysia yang masih sihat terutamanya kaum muda  untuk mengerjakan umrah kerana belanja rendah.Budget RM3.5K kebawah bagi 2014 ini. (kebanyakan TA sudah offer 4.5K ke atas. Ada yang offer 7k dgn hotel paling dekat Masjidil hHaram)

Sekian.

Last edited by umrah persendirian on Thu Jun 12, 2014 9:40 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : formating)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Fri Apr 25, 2014 10:42 am

syukran syaikh msaad.

Kalau ada flight KLIA-Riyadh-Madina, inilah peluang yg terbaik.

Anda tak payah pakai ihram, tak payah susah payah di Jeddah. Terus ke Madinah, imigresen pun sekejap, dan teksi Madinah aiport ke hotel pun murah SAR 50 je sebuah teksi ke hotel. di Madinah, saya akan kasi kontek persatuan pelajar Malaysia Madinah,depa akan uruskan tour dan ziarah tempat bersejarah. kemudian depa akan uruskan tiket bas express Saptco ke Mekah, rasanya SR 80 sehala, 400 KM. Niat dan pakai ihram di mesjid Bir Ali.
bila dah habis umrah di Mekah, nak balik Malaysia, ambil cab ke stesen teksi Jeddah, SR 15. dan stesen teksi jeddah ke airport Jeddah, SR50. balik Malaysia, Jeddah-KLIA.
cara ni lebih praktikal dan cost saving

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Fri Apr 25, 2014 10:48 am

thtl wrote:syukran syaikh msaad.

 Like  cantik sgt dah ni! kalau boleh dptkan juga contact pelajar di makkah sheikh. cuma nak tau..kenapa jauh harga taxi makkah-jeddah & jeddah-airport? guna special airport taxi ke?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Join date : 19/05/2012

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by msaadhamid Fri Apr 25, 2014 12:53 pm

Assalamu'alaikum wbt.

Saya copypaste pengalaman melakukan umrah secara persendirian oleh Dr Hamid Arshat KL-Madinah, Madinah-KL sebagai maklumat tambahan. Hotel dan mode of transportation Madinah-Makkah agak mahal bagi orang kebanyakan spt saya. Namun kita boleh ubahsuai mengikut baget dan tahap keselesaan masing-masing.

-----------
Jiwa tenang adalah satu nikmat Allah yang saya anggap sangat penting, khusus dalam umor saya ' diambang senja'. Kita memang dapat capai jiwa sakinah bila kita dimasjidil haram atatu dimasjid nabawi.
Alhamdulillah dua kali akhir ramadan dan hari raya eidilfitri tahun lepas dan tahun ini, kita dapat puasa dua hari dan menyambut hari raya di Medinah dan selepas itu pergi Makkah untuk buat umrah. Terkilan juga tidak dapat buat umrah dalam bulan puasa ramadan kerana dikatakan amalan demikian sama saperti buat haji bersama Rasulullah. Munkin tahun depan kita cuba capai cita2 demikian.
Dulu waktu kita masih muda , alhamdulillah Allah telah  banyak kali jemput kita ke masjidil haram pada 10  hari terakhir ramadan dan  dapat nikmat solat teraweh  serta tahjud. Sekarang ini hati hendak buat tetapi badan macam tidak larat. Semoga Allah terus menerus beri kita nikmat iman dan kesihatan sehingga  akhir hayat kita.
Semasa disana saya berpeluang  mengulang kaji bacaan alquran dan memperbaikkinya  serta memahami makna. Inilah oeluang kelapangan masa untuk saya mendalami ilmu pengetahuan saya tentang islam. Masa umor muda, saya abaikan perkara ini dan sekarang tiada helah / excuse bagi saya.
Satu lagi perkara ialah saya dan usteri pergi umrah dengan pengurusan sendiri , ajen pelancungan bantu kita dapatkan visa umrah dengan sedikit bayaran. Urusan beli tiket penerbangan dan penginapan dihotel2 diMedinah dan Makkah saya buat sendiri melalui internet. Saya naik penerbangan Saudi airlines dari KL keMedinah dan balik kerana urusan check in dan out, serta imegresen dan kastan kebih mudah diairport Medinah berbading airport Jeddah. Terdapat dua penerbangan terus KL ke Medinah setiap minggu, iaitu pada hari isnin dan rabu. Kalau kita buat booking awal 4-6 bulan sebelum itu harga adalah lebih murah.
Setelah buat booking untuk flight dengan Saudi airlines, biasanya saya ambil flight hari rabu pukul 3 petang dan sampai Medinah pukul 8 malam waktu tempatan. Kemudian saya buat booking hotel juga melalui internet, satu malam dihotel Medinah, esoknya pergi keMakkah untuk selama 6 malam, book hotel diMakkah untuk 6 malam. Lepas itu balik ke Medinah dan booking lagi hotel untuk 3 malam. Kesemuanya 10 malam. Bila siap booking penerbangan dan hotel kita dapat e tiket dan voucher2 untuk hotel yang perlu dikemukakan kepada ejen untuk permohonan visa, berserta paspot2 surat2 nikah dan beranak ( untuk bokti muhrim) dan kad perubatan untuk suntikan meningitis. Biasanya ejen akan mohon visa 2-4 minggu sebelum penebangan. Visa akan ditampal dalam paspot dan nama wakil muasasah ditampal dibelakang paspot.
Sampai diMedinah setelah selesai urusan imigresen dan sudah dapat beg dan kastam scan beg2 kita.
Diluar nanti , pegawai minta paspot kita untuk discan dan kita ditanya siapa muasasah kita, wakil muasasah datang kepada kita dan akan tanya samada kita hendak naik kenderaan mereka atau pilih naik teksi kehotel dengan bayar sendiri. Tunjukkan voucher hotel yang kita sudah buat booking. Biasanya tiada apa2 masalah. Dari airport Medinah kehotel naik teksi mengambil masa 20 -30 minit sahaja. Solat jama' maghrib dan isha dibilek hotel. Esok solat subuh dan zohor dimasjid nabawi. Lepas zohor pergi Makkah untuk umrah. Book teksi dari Medinah ke Makkah melalui 'bell boy' bolih negotiate harga. Biasa teksi salon muat 4 orang harganya 600 rial tetapi yang besar saperti GMC atau van harga antara 800 hingga 1000 rials bolih muat sehingga 8 orang.
Beginilah cara kita buat umrah secara ' Free and Easy'

msaadhamid
AHLI
AHLI

Posts : 9
Join date : 25/04/2014

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Fri Apr 25, 2014 1:47 pm

abu,
teksi mekah-Jeddah SR 15, sebab itu laluan paling sibuk...taxi go for volume.
teksi jeddah ke airport SR 50, sebab sebut ke airport je, harga dia mesti lain...itu std seluruh dunia, teksi dr airport dan ke airpot mmg mahal.

syaikh msaad,
ini bermakna kita kena travel bersama-sama dgn travel agent yg cop visa kita, kalau tidak naya kena tahan di airport...huhuhu.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by msaadhamid Fri Apr 25, 2014 5:38 pm

thtl wrote:

syaikh msaad,
ini bermakna kita kena travel bersama-sama dgn travel agent yg cop visa kita, kalau tidak naya kena tahan di airport...huhuhu.

Tidak juga tuan. Ikut fahaman saya, sampai di Madinah wakil muassasah akan tunggu dan tenguk passport dan nama hotel. Kalau hotel sudah booking awal kita boleh terus ke hotel sama ada naik teksi atau ikut wakil muassasah.

msaadhamid
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 9
Join date : 25/04/2014

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Kos Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian Fri Apr 25, 2014 7:13 pm

Penerbangan dari Kul dan landing di Madinah adalah terbaik seperti yang di cadangkan oleh beberapa sahabat di atas, pendaratan di Madinah akan dapat menyelesaikan 2 perkara utama dengan mudah iaitu imigresen dan tambang teksi ke hotel. Tetapi perkara lain pula timbul di mana harga tiket bagi sektor KUL-MED tak akan dapat yang murah.

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Kul-Med
Harga Tiket Kul-Medinah
bagaimankah jemaah umrah persendirian boleh mendapatkan harga yang lebih rendah jika mereka memilih terbang terus ke Medinah. Sesiapa yang pernah Flight ke Madinah mungkin dapat bantu.

Ini pula tawaran Nas Air utk ke Jeddah sebagai perbandingan;

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 NasA+offer
Nas Air sehala SAR983

Atas faktor kos penerbanganlah barangkali pengendali umrah memilih Jeddah sebagai pintu masuk. Kita sebagai orang berminat nak buat umrah sendirian, barang kali kena pilih Jeddah juga.

Saya cadangkan macam ini, naik Nas Air masa Kul-Jed dan pulang ke Malaysia terserah mana yang beri tawaran harga lebih baik.

Kenapa anda dan saya membincangkan umrah cara persendirian
Umrah cara persendirian ini biasanya akan di lakukan atas beberapa faktor antaranya:

1. penjimatan kos
2. Kebebasan untuk beribadat tanpa mengikut jadual penganjur
3. Tempoh masa lebih panjang bersesuaian dengan kehendak persendirian

Terima kasih

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Tawaran Nas Air baagi sektor KUL-Jeddah

Post by umrah persendirian Fri Apr 25, 2014 7:24 pm

Nas Air menawarkan harga murah, ini sangat sesuai kepada keperluan jemaah persendiriain. Tawaran ini bermula 21 julai 2014.

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 NasA+offer
NasAir sehala Kul-Jed

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Offer+Nas+Air
Nas Air 2 hala

Bagi penumpang Flynas (Nas Air) sudah pasti tidak akan di uruskan ketibaan di Jeddah melalui terminal hajj. Masalah teksi sukar tidak akan berlaku. Masalah imigresen di airport utara ini tak pula pasti, adakah akan berjalan sama dengan proses imigresen di terminal lain.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Fri Apr 25, 2014 7:26 pm

Kalau kita dah pengalaman, banyak opsen utk tiket murah...

guna laluan KLIA-Dubai-Jeddah atau
KLIA-Riyadh-Madinah/Jeddah
Riyadh-Madinah/Jeddah boleh ambil Nas air atau Saudia

cuma kalau guna Saudia airlines, advantage ialah bagasi 42 kg (kalau ahli al-Fursan, frequent flyer dgn saudia, boleh apply online), ini kerana jika shopping, maka saudia adalah yg terbaik...kalau tak shopping, boleh guna nas air...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Sun Apr 27, 2014 10:32 pm

Ikuti umrah terkini saya di blog bicara saya:
CLick
umrah april 2014
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Mon Apr 28, 2014 5:10 am

thtl wrote:Ikuti umrah terkini saya di blog bicara saya:
CLick
umrah april 2014
menarik!
amik juga la gambar kan? hehe
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Mohamad hafiz Mon Apr 28, 2014 6:13 am

Like 
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Mon Apr 28, 2014 7:57 am

abu_f,
ambik jugaklah tapi amat terhad, itupun isteri yg desak. kalau saya, mmg tak minat posing ni...he3
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue Apr 29, 2014 3:43 am

Saya baru membaca umrah ustaz THTL. Sangat menarik dan bagi saya ianya merupakan umrah persendirian sepenuhnya.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue Apr 29, 2014 3:53 am

Pasal Bergambar.

Sesetengah penceramah Umrah (penceramah pakej Umrah) memberi tahu supaya tidak membawa hp terutama semasa tawaf, apa lagi cam. Khuatir akan mencacatkan tawaf.
Tapi apa yang kita lihat di kalangan penganjur umrah, mereka memasukan gambar/video sedang tawaf bersama jemaahnya bagi tujuan promosi. Gambar ditempat lain apa lagi. Ini mungkin bertentangan apa yang di ucapkan dengan apa yg di lakukan. Kalau mereka ambil gambar pemandangan tawaf, bererti bukan semasa mereka sedang tawaf.
Perkara lain, sebilangan penulis travelogue umrah terutama wanita muda yang telah menunaikan umrah memasukan gambar dan video menunjukan mereka sedang melakukan ibadat umrah termasuklah tawaf dan saie.

Apa pandangan uztaz dan forumer semua.

Last edited by umrah persendirian on Wed Apr 30, 2014 6:33 am; edited 1 time in total (Reason for editing : pembetulan ejaan)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Tue Apr 29, 2014 4:46 am

bergantung pada niat. kalau amik utk menunjuk2 (riak) maka rosaklah ibadatnya. kalau utk kenang2an & utk menggalakkan org & diri sendiri utk pergi lagi, should be ok la.

btw (off topic sikit) bagaimana dgn penyakit MERS yg melanda skrg? dah in control ke? dengarnya salah satu disebabkan lawat ladang unta. pesakit yg meninggal di johor kebetulan nombor flight balik dia sama dgn flight saya tapi tarikhnya tak sama la Smile
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Tue Apr 29, 2014 8:55 am

pasal bergambar dan merakam video secara berlebihan dalam mesjidil haram tu mmg fenomena, banyak mendatangkan kesulitan kpd org ramai dan Polis mesjid pun tak dapat buat apa, semua HP sekarang ada camera.

MERS di saudi belum dapat dikawal, Menteri Kesihatan Saudi pun dah kena FIRED (dipecat)...sama-sama kita doakan kerana ia melibatkan keselamatan umat islam yang tidak akan berhenti mengunjungi Haramain
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Benarkah MERS bawaan unta

Post by umrah persendirian Wed Apr 30, 2014 6:30 am

Benarkah bawaan unta. Menteri Kasihatan Malaysia juga ada menyatakan melalui berita TV iaitu MERS adalah penyakit bawaan unta. Lupa pula tarikh menteri tu keluar TV.

Kasihan pula pada menteri kesihatan KSA tu. Kena pecat kerana MERS.

Kabar lain iaitu doktor di Jeddah enggan bertugas! benarkah?

Saya ada terdengar ada di kalangan jemaah yang melawat ladang unta bukan sahaja minum susu unta, tapi ada yang meminum air kencing unta. Kata mereka ada hadis yang sahih tentang minum air kencing untuk untuk tujuan perubatan terutamanya kaum lelaki. Saya belum mencari hadis tersebut walaupun pernah mendengarnya. Mohon pencerahan.

Seeloknya kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan semua jemaah dari melawat ladang unta bagi tempoh tertentu di samping itu semua unta di sana di periksa dan di ambil tindakan sewajarnya.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed Apr 30, 2014 10:08 am

1. unta tu belum confirm.
2. doktor saudi je yg enggan bertugas, doktir India, mesir, OK je
3. hadith air kencing unta ada kat thread hadith Maqlubah
4. rasanya lawatan ke ladang unta di Hudaibiah dan dihentikan oleh syarikat umrah malaysia.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed Apr 30, 2014 11:56 pm

pasal hadith kencing unta:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ أُنَاسٌ مِنْ عُكْلٍ أَوْ عُرَيْنَةَ فَاجْتَوَوْا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلِقَاحٍ وَأَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَبْوَالِهَا وَأَلْبَانِهَا فَانْطَلَقُوا فَلَمَّا صَحُّوا قَتَلُوا رَاعِيَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا النَّعَمَ فَجَاءَ الْخَبَرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ فَبَعَثَ فِي آثَارِهِمْ فَلَمَّا ارْتَفَعَ النَّهَارُ جِيءَ بِهِمْ فَأَمَرَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسُمِرَتْ أَعْيُنُهُمْ وَأُلْقُوا فِي الْحَرَّةِ يَسْتَسْقُونَ فَلَا يُسْقَوْنَ

Dari Anas bin Malik berkata, “Beberapa orang dari ‘Ukl atau ‘Urainah datang ke Madinah, namun mereka tidak tahan dengan iklim Madinah hingga mereka pun sakit. Beliau lalu memerintahkan mereka untuk mendatangi unta dan meminum air kencing dan susunya. Maka mereka pun berangkat menuju kandang unta (zakat), ketika telah sembuh, mereka membunuh pengembala unta Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan membawa unta-untanya. Kemudian berita itu pun sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelang siang. Maka beliau mengutus rombongan untuk mengikuti jejak mereka, ketika matahari telah tinggi, utusan beliau datang dengan membawa mereka. Beliau lalu memerintahkan agar mereka dihukum, maka tangan dan kaki mereka dipotong, mata mereka dicongkel, lalu mereka dibuang ke pada pasir yang panas. Mereka minta minum namun tidak diberi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
ringkasan fiqh:
1. ia adalah perubatan baduwi, khususnya kpd org arab gunung (bani urainah) yg tidak sesuai dgn cuaca dan makanan di Madinah
2. unta yg ditunjuk oleh Nabi adalah sejenis unta di Madinah bukan semua jenis unta
3. ini sbg cabaran kpd ilmu perubatan mengenai kencing unta yg dikatakan ada potensi perubatan, sama dgn kajian di India dalam kencing lembu yang sudah diterma sebaga perubatan ayurvedic di sana. Jika India masyhur dgn kencing lembu, kena tidak dijadikan bahan kajian terhadap kencing unta?
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Air kencing Unta

Post by umrah persendirian Sun May 04, 2014 11:46 pm

thtl wrote:pasal hadith kencing unta:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ أُنَاسٌ مِنْ عُكْلٍ أَوْ عُرَيْنَةَ فَاجْتَوَوْا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلِقَاحٍ وَأَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَبْوَالِهَا وَأَلْبَانِهَا فَانْطَلَقُوا فَلَمَّا صَحُّوا قَتَلُوا رَاعِيَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا النَّعَمَ فَجَاءَ الْخَبَرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ فَبَعَثَ فِي آثَارِهِمْ فَلَمَّا ارْتَفَعَ النَّهَارُ جِيءَ بِهِمْ فَأَمَرَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسُمِرَتْ أَعْيُنُهُمْ وَأُلْقُوا فِي الْحَرَّةِ يَسْتَسْقُونَ فَلَا يُسْقَوْنَ

Hadith yang di sampaikan ustaz memang jelas air kencing unta adalah untuk orang arab gunung sahaja.
Tolong sebarkan kepada kenalan, rakan kita yg ingin menunaikan umrah!!!!

Pada jumaat yang lepas di sebuah masjid, saya dan rakan dari ajk masjid bersembang selepas solat jumaat tersebut. Tiba-tiba ustaz yg menjadi khatib dan iman sembayang keluar (sebenarnya dia bukan Iman Masjid berkenaan) dan bertegur sapa dengan rakan tadi, rupanya ustaz ini baru balik dari umrah dan atas sebab itu di berikan mencadi iman dan juga khatib sebelumnya. Keadaan pakaiannya masih menunjukan org baru balik umrah dan selsemanya masih kelihatan. Umurnya sekitar 30'an dan saya tidak mengenalinya. Tidak lama berbual, sebut pasal MERS, dan adalah ceritanya. Yang bestnya dia bersungguh meng'ia'kan pasal hadith nabi tanpa menyebut hadith tersebut atau memberikan maksudnya, katanya air kencing unta betina yang di kencing awal pagi sahaja. Katanya lagi, memang baik untuk kesihatan dan ...... Saya ini mulut celupar sikit, kenapa ustaz kena selsema walhal tadi ustaz kata ada minum susu + air kencing. Kawan ajk terus menepis pertanyaan saya dengan katanya tak elok bertanya demikian kepada ustaz yang baru balik umrah. jadi soalan saya tidak berjawab dan rakan pun bersama ustaz tadi ke arah parking.
Soalan di sini, seorang ustaz dan baru balik umrah beria-ia menyatakan hadith pasal air kencing unta betina yang di ambil semasa unta kencing awal pagi?.  Mohon semua pembaca forum jangan terpengaruh dgn ustaz sebagini.

terimakasih

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Mon May 05, 2014 8:57 am

sahih la tu...lagipun unta adalah suspect utama dalam penyibaran virus MERS yang sedang merebak di saudi arabia sekarang. Sapa yang datang umrah jangan melawat kandang unta, apatah lagi minum kencing dan susunya...he3
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra Wed May 07, 2014 4:36 pm

thtl wrote:syukran syaikh msaad.

Kalau ada flight KLIA-Riyadh-Madina, inilah peluang yg terbaik.

Anda tak payah pakai ihram, tak payah susah payah di Jeddah. Terus ke Madinah, imigresen pun sekejap, dan teksi Madinah aiport ke hotel pun murah SAR 50 je sebuah teksi ke hotel. di Madinah, saya akan kasi kontek persatuan pelajar Malaysia Madinah,depa akan uruskan tour dan ziarah tempat bersejarah. kemudian depa akan uruskan tiket bas express Saptco ke Mekah, rasanya SR 80 sehala, 400 KM. Niat dan pakai ihram di mesjid Bir Ali.
bila dah habis umrah di Mekah, nak balik Malaysia, ambil cab ke stesen teksi Jeddah, SR 15. dan stesen teksi jeddah ke airport Jeddah, SR50. balik Malaysia, Jeddah-KLIA.
cara ni lebih praktikal dan cost saving

Salam Tuan,

Alhamdulillah... Semua urusan berkaitan dengan Umrah sudah selesai... Sekarang, saya hanya perlu menunggu untuk berangkat ke Tanah Suci pada tanggal 19/5/14 ini bersama keluarga besar saya... Insya Allah...

Berikut adalah butiran anggaran kasar untuk Umrah saya sekeluarga:

a) Pax:
   6 Orang - Ayah+Ibu+Saya+3 Adik
b) Pesawat via AirAsia:
   RM7850 - 6 pax (Tiket Sahaja)
c) Visa Umrah via Zahafiz Travel and Tours
   RM2100 - 6 Pax
d) Injection Umrah + Buku Merah @ Putra Medical Centre
   RM900 - 6 pax
e) Gambar @ PKNS Shah Alam
   RM60  - 6 pax
f) Kelengkapan Umrah (Complete Set)
  RM500 - 6 pax
g) Hotel di Madinah (Al Eiman Taibah-Booking.com) 19/5 to 24/5
  RM1260 - 6 pax
h) Hotel di Mekah (Qubad Najd 3-Booking.com) 24/5 to 31/5
  RM800 - 6 pax
i) Bagasi/Makanan (ReturnFlight)
  RM800 - 6 pax

*** Per pax ~ RM2380

Tapi, ini belum termasuk kos transport + Makanan:
Anggaran RM500 per pax

===============================================================

Mohon pencerahan dari pihak tuan untuk perkara berikut:
a) Jeddah ke Madinah
   1. Cara untuk mendapatkan perkhidmatan bas SAPTCO dari airport Jeddah
   2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

b) Airport Madinah ke Hotel
   1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

c) Ziarah Madinah
   1. Bagaimana untuk berhubung dengan Persatuan Pelajar untuk uruskan tour?
   2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

d) Madinah ke Jeddah
   1. Saya memilih untuk menggunakan pesawat, cuma saya takut dengan syarat bagasi oleh pihak Saudi yang bagi tahu cuma 1 beg boleh check-in. Apakan memang mereka strict dengan jumlah beg?
   2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar untuk taxi dari airport ke Jeddah dan Jeddah ke Kota Mekah?
   3. Atau bagus saya ambil bas SAPTCO yang esklusif terus ke Kota Mekah? Andai, ini pilihan yang lebih murah dan berapa harga tiket bas tersebut?

e) Kota Mekah ke Jeddah Airport
   1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

Mohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan sedikit idea dan pengalaman lalu buat saya sekeluarga... Mudahan ilmu yang dikongsi bersama akan selalu dibalas olehNya dengan pahala... Insya Allah...

Tinggal 12 hari sebelum berlepas membuatkan saya agak sedikit gelabah...

Terima kasih sebelumnya...

Wsalam...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed May 07, 2014 10:41 pm

Mohon pencerahan dari pihak tuan untuk perkara berikut:
a) Jeddah ke Madinah
1. Cara untuk mendapatkan perkhidmatan bas SAPTCO dari airport Jeddah
2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?
----------------------
Jawab:
Ini yg suspense ni, saya tak tahu anda boleh bahasa arab atau tidak sikit2 atau pernah datang saudi sebelum ni. tambahan kalau bawa ibu dan ayah yg berusia, saya amat risau
Flight ni KLIA>Jeddah hajj Terminal?
Saptco kat jeddah airport tak ada. anda kena ambil MPV Innova ke station bas saptco di Baab Makkah di Jeddah, mungkin SR 150 utk MPV tsb. saya tak pernah turun di terminal haji dan tak tahu ada MPV atau tidak.
Bila sampai Bab Makkah station di Jeddah ada dua opsyen, bas SR 80 per person ke Madinah. atau sewa SUV sapu, spt Yukon atau Tahoe 7 seater, SR 500. Kelebihan naik SUV ialah kita boleh berenti ikut suka kita kerana kita sewa satu SUV. Bas pun baru dan selesa.

b) Airport Madinah ke Hotel
1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

----------------------------
Jawab:
kenapa turun airport? Kalau bas dari bab Makkah Jeddah, turun kat bus stand saptco madinah jalan kaki sahaja ke mesjidil Nabawi..
airport Madinah ke hotel, MPV cuma SR70, kalau nak pergi ke hotel susah dan jem, drebar akan mintak lagi SR 30. di saud apa pun anda kena tawar menawar

c) Ziarah Madinah
1. Bagaimana untuk berhubung dengan Persatuan Pelajar untuk uruskan tour?
2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?
-------------------------
Persatuan Pelajar islam saudi, persada.
YDP Persada ialah sdr Mohd Daniel Mohd Saodi
HP: 9660564236504 boleh Whatsapp
email: almunawwarah90@gmail.com
utk urusan transport dari airport atau ziarah sekitar madinah semua dia boleh urus. harga saya tak tahu, tapi murah sebab depa student...kasi lebih pun sedekah..

d) Madinah ke Jeddah
1. Saya memilih untuk menggunakan pesawat, cuma saya takut dengan syarat bagasi oleh pihak Saudi yang bagi tahu cuma 1 beg boleh check-in. Apakan memang mereka strict dengan jumlah beg?
2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar untuk taxi dari airport ke Jeddah dan Jeddah ke Kota Mekah?
3. Atau bagus saya ambil bas SAPTCO yang esklusif terus ke Kota Mekah? Andai, ini pilihan yang lebih murah dan berapa harga tiket bas tersebut?
-----------------------------------------
Jawab:
1. Ya, sebab penerbangan domestic, 1 bag 26 kg, saudia antarabangsa baru depa kasi 2 bag. tapi kalau bag jenis hand carry, boleh je bawa dua. satu bagasi dan 1 lagi handcarry
2. MPV direct dari terminal domestik Jeddah direct ke Mekah, sekitar SR200-250 weekend. kalau ke Bab Makkah di Jeddah city, SR 120-150; Jeddah ke Mekah SR 15 satu kepala
3. bas eksklusif SR 90 per head. Madinah ke Mekah, ya, ia pilihan yg lebih murah, flight SR 250-300 per head

e) Kota Mekah ke Jeddah Airport
1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

----------------------
Naik MPV ke texi stand di Jeddah, SR15 satu kepala, Teksi stand ke airport, satu MPV Innova, SR 70.
Kalau direct Makkah - Jeddah airport satu MPV SR200-250

Allahu Musta'aan
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra Thu May 08, 2014 4:39 am

thtl wrote:Mohon pencerahan dari pihak tuan untuk perkara berikut:

Alhamdulillah... Terima kasih atas informasi yang diberikan... Insya Allah saya akan berurusan dengan Persatuan Pelajar tersebut...

Sekali lagi, andai ada sebarang pertanyaan, saya akan bertanyakan kembali...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Cara nak Keluar Terminal Haji Jeddah bagi jemaah Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian Thu May 08, 2014 6:58 am

Alhamdulillah, sudah ramai rakyat kita yang telah dan akan menunaikan umrah cara persendirian. Bagi yang sudah melakukan umrah cara persendirian sudilah berkongsi pengalaman di forum yang telah di sediakan  oleh ustaz THTL ini bagi membantu jemaah yang akan menunaikan umrah persendirian seperti yang di minta oleh keluarga saudara kita:

  1. Andhy Putra Yesterday at 9:36 pm
    Alhamdulillah... Semua urusan berkaitan dengan Umrah sudah selesai... Sekarang, saya hanya perlu menunggu untuk berangkat ke Tanah Suci pada tanggal 19/5/14 ini bersama keluarga besar saya... Insya Allah... wrote:
  2. najib on 21/4/2014, 12:02 am
    Saya Najib...insyakAllah nak buat Umrah pada 24 Mei ini...dah beli tiket AA KL ke Jeddah 24 Mei dan Balik 7 Jun 2014. Dah beli jugak tiket Saudia dari Jeddah ke Madinah 24Mei dan Madinah ke Jeddah 28 Mei. Hotel d Madinah dan Mekah pun dah book. wrote:

Nampaknya di sini, perancangan saudara Andhy Putra untuk umrah sekeluarga sangat rapi. Semua telah di tempah kecuali transport dan makanan.

Seperti yang di bincangkan dan penerangan tuan syeikh thtl, tiada masalah dengan transport kecuali transport nk keluar dari airport haji Jeddah.  tak usah khuatir, pasti ada cara penyelasainya. Airport, pastinya ada transport.

Pada pandangan saya untuk mengatasi bagaimana nak dapatkan transport untuk keluar dari terminal Haji Jeddah:

  1. Cuba berunding dengan pembawa pakej umrah yg sama flight, tumpang sampai ke Jeddah atau terus ke Madinah, kalau bas mereka belum penuh, rasanya dapat.
  2. Tumpang berbayar mana-mana kenderaan yang masuk hantar penumpang ke terminal haji.
  3. Dapatkan teksi di luar gate utama, kena jalan sikit tapi tak jauh sangat.

Kepada saudara Andhy Putra , mohon buka inbox  Private Message untuk no phone pemuda di bawah. Saudara boleh call atau whatsapp tapi mohon jangan di dedahkan no nya utk semua, tuannya belum izin.
Semasa pulang Jeddah-Kul, saya bertemu dengan Flight Engineer AA yg bercuti mengerjakan umrah sedang hendak pulang, mereka berempat sahaja dan benar-benar melakukan cara persendirian, wrote:

Cadangan kpd Sdr Andhy Putra bagi pejalanan Madinah ke Mekah.
Pada pendapat saya, elok rasanya sdr guna flight Jeddah ke Madinah dari ambil flight Madinah ke Jeddah. Tambang flight Jed-Madinah rasanya tetap aje, klu Nasair = SAR129, Saudi = SAR140. Dari Madinah boleh ambil teksi dari hotel ke hotel Mekkah, jimat kos.

tk

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Thu May 08, 2014 7:40 am

Alhamdulillah... Semua urusan berkaitan dengan Umrah sudah selesai... Sekarang, saya hanya perlu menunggu untuk berangkat ke Tanah Suci pada tanggal 19/5/14 ini bersama keluarga besar saya... Insya Allah...

Hotel di Madinah (Al Eiman Taibah-Booking.com) 19/5 to 24/5 RM1260 - 6 pax h)
Hotel di Mekah (Qubad Najd 3-Booking.com) 24/5 to 31/5 RM800 - 6 pax wrote:

Sedikit nak tanya saudara Andhy Putra

1. Sdr berangkat ke Jeddah pada 19/5 , klu benar ianya akan sampai pada pagi 20 mei. Kenapa pula sdr tempah hoel di Madinah juga pada 19 mei, rasanya rugi 1 hari.
2. Hotel di Mekah agak murah di bandingkan dgn Madinah, berapa jarak dengan Majidil Haram. Adakah Qubad Najd 3 itu apartment.

Nak tambah sikit pasal cadangan naik flight sebelum ini kena bagi masa yang cukup sikit. Proses nak lepas imigresen di Terminal Haji agak lama juga, 3 jam tu narmal bagi dia orang. Masa menunggu yang lama. Kemudian nak dapatkan kenderaan ke terminal selatan. jadi kalau nak ambil fligh Jed-Med kena bagi gap yg sesuai atau beli saja secara online bila sudah tiab di Jeddah nanti.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Thu May 08, 2014 10:19 am

19 May KLIA > Jeddah Terminal Haji?

jika masa landing baru nak book flight ke Medina, rasanya tak ada, sebab on the spot booking mmg tak ada can, mungkin boleh sorang tapi bukan 6 orang. Sebab domestic flight di saudi selalunya fully booked kerana org saudi kaya, pengangkutan udara selalunya penuh dan tiada beli tiket on the spot. kena book sekarang. spt kata syaikh umrah persdn, imigresen clearance saudi tengk keadaanlaa..dari 1-3 jam.
langkah terbaik ialah tumpang pakej umrah, naik bas depa ke Madinah kalau ada kosong. rasanya depa akan ambil ground svc kerana bilangan 6 orang.

2. pasal makan, kalau di Mekah, kat tingkat 2 al-safa tower ada restoren Malaysia dan di floor tsb ada macam2 restoren. Jadi, balik aje dari mesjid, boleh singga sebab ia di depan Gate no 1.

3. dah decide ke? nak pergi ke Medina dulu atau Mekah bila tiba pada 19 May tu..?
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Thu May 08, 2014 10:37 am

makan mmg takde masalahla kat sana. nasi arab, baryani, ayam goreng, kebab, mkn roti dgn cream cheese pun jalan. siap bawak balik botol besar cream cheese hehe
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

umrah persendirian - Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 3 of 11 Previous  1, 2, 3, 4 ... 9, 10, 11  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum