Cium name Nabi Muhammad dpt masuk syurga.

View previous topic View next topic Go down

Cium name Nabi Muhammad dpt masuk syurga.

Post by saifulnd43 on Sun Nov 30, 2014 4:52 am

Salam THTL
Aper status riwayat dibawah.



Di zaman Nabi Musa a.s yang mana ada seorang lelaki dalam kalangan bani israil yang mana merupakan seorang yang banyak melakukan dosa dan kemaksiatan.Dimana dosa berzina selalu,mengumpat biasa,mencuri,menipu dan membunuh pun dia buat sehinggakan tahap jahatnya itu dikatakan orang Yahudi yang paling jahat pun benci dekat dia kerana tahap kejahatan dia yang terlalu jahat itu.

Bilamana dia mati apa yang dilakukan masyarakat pada dia adalah dilemparkan jasadnya bersama dengan sampah sarap,mayatnya tidak dimandikan dibersihkan dan ditanam tetapi dilemparkan dibiarkan ditempat pembuangan sampah yang mana penuh dengan sampah sarap dan bangkai-bangkai binatang.

Akhirnya Allah ﷻ mengarahkan kepada Nabi Musa as untuk mengambil kembali jasad lelaki tersebut untuk dimandikan jasadnya dibersihkan dan ditanamkan dia dengan elok.

Maka berkejut Nabi Musa dan bertanya kepada Allah ﷻ .

Bukahkah lelaki ini merupakan seorang yang mungkar dengan apa yang Engkau wajibkan keatasnya dan merupakan seorang yang banyak berdosa yang dikenali sebagai orang yang sangat jahat?. Kata Allah ﷻ " Ya betul benar apa yang kau katakan itu.Cuma ada satu perkara yang dia selalu buat. "

Setiap malam lelaki ini akan membuka Taurat. Bilamana dia membaca Taurat lalu melalui satu nama didalam Taurat dia akan mencium nama tersebut.

Apakah nama tersebut? Tanya Musa, Jawab Allah, " Nama itu adalah nama Muhammad ﷺ. Setiap kali dia lalu nama itu maka dia sudah pasti akan mencium nama tersebut. Disebalik kasihnya dia dengan nama tersebut maka Aku bagi kepada dia Syurga. " -

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Re: Cium name Nabi Muhammad dpt masuk syurga.

Post by thtl on Sun Nov 30, 2014 9:18 am

Ada dua cara nak jawab hikayat di atas:

1. ianya hikayat Israeliyat, yakni yg berasal dari Bani israel. Maka sikap umat Islam, kalau dinyatakan sahih oleh Nabi saw kita terima, kalau statusnya tidak diketahui, kita tak komen dan tak beramal dengannya.

2. Menggunakan kaedah mengenali hadith palsu:
pertama: kritik matannya
Matannya tak logik sebab semua tamaddun manusia menghormati mayat dan tidak membuangnya di tempat buangan sampah kerana manusia menghormati bani Adam.
kedua: sedikit amalan dapat ganjaran yg amat luar biasa. Hanya cium nama Nabi Muhammad saw dapat syurga.
ketiga: petanda ia dicipta oleh tareqat kerana dari merekalah muncul amalan pooja Nabi, berzanji, bernasyid ya hanana, maka dapat syurga.
rumusan: kisah israeliyat di atas adalah tertolak

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum