Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim 03-Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 2

Go down

02122011

Post 

Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim 03-Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 2 Empty Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim 03-Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 2




Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim 03
المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا


Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 2


Ibn Qayyim menetapkan mayat di dalam kubur boleh mendengar orang hidup secara mutlak dan beliau mengemukakan dalil-dalilnya.

Dalil ketiga: Mayat mendengar bunyi sandal

وثبت عنه صلى الله وآله وسلم أن الميت يسمع قرع نعال المشيعين له إذا انصرفوا
عنهterj: Telah tsabit dari Nabi saw bahawa mayat dapat mendengar tapak kaki orang yang menghantarnya ke kubur dan ketika mereka bingkas meninggalkannya (selepas proses penguburan).
Ta`aliq:
Misalnya hadith dalam sahih Muslim:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمَيِّتَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ إِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا انْصَرَفُوا
terj: "Mayat bila selesai dikuburkan, dia dapat mendengar derapan sandal-sandal mereka yang datang ketika mereka beredar." Muslim, no.5116
Ini juga sebenarnya bukanlah dalil yang kukuh untuk mengatakan mayat mendengar sepanjang masa. Mayat diberi kesempatan mendengar seperti mana yang dikhabarkan oleh nas..selain itu, mayat akan tertakluk dgn hukum umum al-Qur'an..
AQT 35:22 [dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar]

Dalil #4: Perintah memberi salam kpd penghuni kubur.

وقد شرع النبي لأمته إذا سلموا على أهل القبور أن يسلموا عليهم سلام من يخاطبونه فيقول السلام عليكم دار قوم مؤمنين وهذا خطاب لمن يسمع ويعقل ولولا ذلك لكان هذا الخطاب بمنزلة خطاب المعدوم والجماد

terj: Nabi saw telah mensyariatkan kpd ummat baginda agar memberi salam kpd penghuni kubur sama dengan orang Islam yang masih hidup. Ini lafaz dalam sahih Muslim:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلَّمَا كَانَ لَيْلَتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَقُولُ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَأَتَاكُمْ مَا تُوعَدُونَ غَدًا مُؤَجَّلُونَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَهْلِ بَقِيعِ الْغَرْقَدِ



Terj: Aisyah bahwa ia berkata; Pada malam gilirannya bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, di akhir malam beliau keluar ke (perkuburan) Baqi' dan mengucapkan: "Semoga keselamatan atas kalian wahai para penghuni (kuburan) dari kaum mukminin. Apa yang dijanjikan Allah kepada kalian niscaya akan kalian dapati esok (pada hari kiamat), dan kami Insya Allah akan menyusul kalian. Ya Allah ampunilah penduduk Baqi al-Gharqad'" (HR Muslim, no. 1618. Lidwa)

Komen:
ia diperselisihkan, apakah mayat benar2 mendengar ketika kita memberi salam apabila kita melangkah masuk ke kawasan perkuburan, pendapat yang rajih, mayat dapat mendengar salam tsb kerana ia diberitahu oleh nas yg sahih, tapi mayat bisa mendengar saja namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
[Asy-Syaikh Abdul Aziz Ar-Rajihi. Diterjemah dari www.sh-rajhe.com kategori: Fawaid fil Aqidah 13]


_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim 03-Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 2 :: Comments

Ad-Dien

Post on Fri Dec 02, 2011 7:12 pm by Ad-Dien

telah berkata syeikh Muhammad bin Jamil Zainu dalam kitab al-firqatun Najiyyah, bahawa Rasulullah s.a.w mengajar para sahabat agar membaca doa ketika memasuki kuburan:

"Semoga keselamatan tercurah untuk kalian, wahai para penghuni kubur dari kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam. Kami insyaAllah juga akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah agar memberi keselamatan kepada kami dan kalian" (rawahul Muslim)

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum