Scotland : Paderi benarkan org Islam solat didalam gereja

View previous topic View next topic Go down

Scotland : Paderi benarkan org Islam solat didalam gereja

Post by Mohamad hafiz on Thu May 30, 2013 5:30 pm

Asalamualaikum,

Saya ingin kongsikan satu cerita, dulu kite banyak dgnar Org Islam yg benarkn Org bukan Islam utk masuk Masjid, skrg pulak, org Bukan Islam pula benarkn Org Islam masuk gereja.. Smile

Link :- http://mynewshub.my/?p=165003
Berikut ialah cerita / ulasan berita :-


SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat.

St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.

Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi.

Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).

Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.

” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.

” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.

” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,”
katanya.

Poobalan menambah, beliau ingin meningkatkan usaha serta menjalinkan hubungan baik di antara penganut Kristian dan Islam di sana.

“Ini adalah satu perkara asas dan mudah. Tiada kaitan dengan agama – ini hanyalah satu keperluan manusia. Perbezaan agama tidak sepatutnya meluaskan jurang antara manusia.

” Pada mulanya apabila saya memberikan cadangan ini kepada imam, beliau juga ragu-ragu, kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi.

“Namun, pihak masjid telah menerima cadangan tersebut dan hubungan antara masjid dan gereja ini menunjukkan kesan yang positif,”
katanya.

Sementara itu, Ahmed Megharbi menyatakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang istimewa dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika diaplikasikan di seluruh negara tersebut. – Daily Mail UK

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Scotland : Paderi benarkan org Islam solat didalam gereja

Post by thtl on Thu May 30, 2013 6:06 pm

ia bukan kongsi gereja, tapi menggunakan sbhgn dari kompleks gereja spt dewan.

Bagusla sebab dalam AQ, umat Nasrani ni dianggap yg paling hampir dgn kita, umat Islam...

وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

AQS 5:82 [ Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.]

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Scotland : Paderi benarkan org Islam solat didalam gereja

Post by Dodo Don on Fri May 31, 2013 4:28 am

Apakah keadaan ini masih berlaku di zaman muktahir ini seolah-olah Umat Kristian pula lebih memusuhi kita. Apakah kerana mereka juga telah jauh dari agama mereka iaitu lebih cenderung kepada athiesm, menyebabkan mereka juga memusuh orang yang mengamalkan Islam.

Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 210
Points : 244
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

Re: Scotland : Paderi benarkan org Islam solat didalam gereja

Post by thtl on Fri May 31, 2013 2:21 pm

Org Kristian mmg frienfly dgn umat Islam pada AMnya. Yang dok cucuk org Kristian ni adalah Zionis. Kalau lihat di Timur Tengah, hubungan baik antara Kristian Arab dan Muslim Arab, mmg baik...baik di Palestine, Egypt, Lebanon dan Syria. Manakala ramai org Islam yg menjadi warganegara di negara Kristian dan mereka lebih aman damai dari warga Arab Islam yg mendiami negara Israel sekarang.
Org Kristian tidak memusuhi kita cuma spt agama kita, agama Kristian adalah agama "expansionist" maksudnya ia akan cuba mengkristian siapa saja termasuk Muslim, sama dgn agama kita, kita akan mengislamkan sapa saja termasuk Kristian...so, ianya a FAIR fight.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Scotland : Paderi benarkan org Islam solat didalam gereja

Post by Sponsored content Today at 6:39 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum