BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo

4 posters

Go down

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo  Empty Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo

Post by Ad-Dien Tue Jan 10, 2012 10:52 pm

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo  Redwood

Dari Kazoo airport, aku dibawa ke Redwood apartment (foto di atas) yang menempatkan ahli kelab UMNO Kazoo. Kelab UMNO Kazoo adalah antara kelab UMNO yg paling kuat di USA kerana bandar Kazoo menempatkan lebih kurang 400 org pelajar Melayu ketika itu...Redwood apartment ada tiga bilik dan ianya fully furnished atau dilengkapi kelengkapan penuh (sofa,katil, tilam, washer, pengering pakaian (dryer), peralatan dapur lengkap dgn peti ice dan oven...termasuk dishwasher). Kebanyakan rumah atau apartment sewa di US, saya difahamkan adalah fully-furnished..maksudnya, anda tidak perlu membeli apa-apa keperluan rumah, semua disediakan oleh landlord (pemilik hartanah). Sewanya dalam sekitar USD600.

Aku langsung tidak menyangka semua urusan tsb dilakukan oleh kelab UMNO Kazoo. Bila aku tiba di apartment Redwood, mereka menyambut mesra, ada pelajar lama dan baru...aku amat puas hati dgn saiz dan kemasan apartment tsb...setelah mandi-manda (setelah agak lama juga tidak mandi), aku dihidangkan nasi, kari ayam dan sayur, sambal belacan dan ikan kering serta buah-buahan segar (epal dan anggur)...setelah perjalanan yg begitu jauh merentasi benua dan lautan, aku amat bersyukur kerana akhirnya aku menemui nasi, kari dan sambal belacan...aku ditempatkan sebilik dgn seorang pelajar jurusan muzik, dia agak lebih tua dariku. Pada malam tsb kami berkenal-kenalan...ada 6 orang semuanya. Aku diterangkan bagaimana pembahagian kos sara hidup yg bakal ditanggung bersama, sewa apartment, letrik dan air serta bil telefon. Aku setuju je kerana tidak ada pilihan...tapi jauh disudut hati, aku dapat merasakan, kemungkinan besar aku tidak dapat ngam dengan penghuni apartment ni kerana depa nampak tidak membawa fikrah islami sangat, ada yg menghisap rokok dan tidak menjaga ibadat khusus spt solat...Dalam hatiku, aku kesal kerana tidak sempat menghubungi kenalan2 lama ku di US lantas mereka dapat mengatur penginapanku dengan lebih baik, bersama-sama dgn org yang memiliki manhaj dan fikrah yg serupa...namun, aku bertekad, ini adalah cobaan terhadapku, utk mengukur sejauh mana ilmu dakwah yg aku timba di Malaysia, bak kata guru2ku, ketika memberi amanat-amanat terakhir (sebelum berlepas ke US) bahawa "di mana saja engkau jatuh, engkau adalah benih yg baik, engkau pasti merubah keadaan di sekelilingmu..." aku akan buktikan bahawa harapan dan amanat mereka benar-benar dapat aku lakukan utk merubah persekitaranku atau "bi'ah"...TBC Berjayaakah aku merubah apartment Redwood?

Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo  Empty Re: Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo

Post by yat Wed Jan 11, 2012 4:46 am

kelab UMNO sekrang dah berubah banyak dah....tapi tang 'puteri' tu no komen, hehe, masih lagi unsur keseksian tu ada..

depa antara banyk menghulur bantuan diperlukan oleh rakyat malaysia, unsur2 maksiat tu dah sikit2 terbuang (tak semua lagi), pengalaman saya dengan kelab umno queensland dan sekejap dengan kelab umno london...ni mungkin sebab gelombang islam yg sedikit sebanyak melanda UMNO...
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo  Empty Re: Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo

Post by Syazlan Mon Jun 10, 2013 8:33 pm

skrang ni wujud lagi kah kelab2 ni semua??
Syazlan
Syazlan
AHLI
AHLI

Posts : 55
Points : 97
Join date : 05/10/2012
Age : 28
Location : PASIR MAS,KELANTAN

Back to top Go down

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo  Empty Re: Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo

Post by thtl Mon Jun 17, 2013 1:26 pm

wujud
sebab slogan mereka: kini, dulu dan selamanyer
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo  Empty Re: Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum