Adakah wudhu terbatal jika benda termasuk dalam qubul atau dubur?

View previous topic View next topic Go down

Adakah wudhu terbatal jika benda termasuk dalam qubul atau dubur?

Post by ZulQ on Wed Jan 01, 2014 12:31 am

Assalamualaikum,

Adakah wudhu terbatal jika benda termasuk dalam qubul atau dubur? Sebagai contoh jika secara tidak sengaja termasuk rambut dalam lubang qubul atau dubur semasa membasuh. Apakah patut ditarik keluar dan dilap sahaja ataupun perlu mengambil wudhu semula? Kuantiti yang masuk hanya sedikit dan berasal dari kawasan qubul dan dubur. Dari mata kasar apabila ditarik tidak nampak kesan cecair lain yang keluar. Kadar kemasukan pula tidaklah terlalu dalam.

Soalan saya lebih kepada keadaan yang tidak sengaja, tetapi baik juga jika dapat mengetahui jika wuduk terbatal jika memasukkan sesuatu dalan qubul dan dubur secara sengaja seperti biopsi zakar dan seumpamanya.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah wudhu terbatal jika benda termasuk dalam qubul atau dubur?

Post by thtl on Wed Jan 01, 2014 9:27 am

Ini khilaf.
Kalau di saudi, fatwa Ibn Othaimeen dan mazhab Hanbali, batal wudhu'.
sebab ia termasuk hukum sesuatu yg keluar dari dua jalan.
Mazhab Hanafi, tak batal sebab ia anih dan jarang terjadi dan tidak ada nas, maka ia tidak batal. WA

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah wudhu terbatal jika benda termasuk dalam qubul atau dubur?

Post by alfindani on Thu Jan 02, 2014 7:51 am

mohon mencelah.

Termaklum di kalangan para penuntut ilmu fiqh bahawa "Wudhu terbatal dengan sesuatu yang keluar, berbeza dengan puasa yang terbatal dengan sesuatu yang masuk".

itu kaedahnya.

Merujuk kepada soalan ada beberapa hal yang kelihatan saling bertentangan.

Pertamanya dinyatakan bahawa termasuk rambut dalam lubang qubul atau dubur semasa membasuh. Dapat diindikasikan di sini bahawa basuhan tersebut berlaku kerana ada sesuatu yang telah terlebih dahulu keluar dari tempat berkenaan. Dengan demikian tentunya wudhu' telah sedia terbatal.

Keduanya, jika diihtimalkan (dianggapkan) basuhan tersebut saja2 tanpa didahului oleh sesuatu yang keluar, maka muncul pula perkara selanjutnya iaitu secara kebiasaannya basuhan itu tentunya dengan sentuhan tangan yang tidak berlapik. Ini juga membatalkan wudhu'. (Tentang pandangan mazhab Hanafi yang tidak batal menyentuh kemaluan dengan dalil2nya perlukan perbahasan lain yang panjang lebar).

Yang lain2 itu kembali kepada kaedah yang disebut di awal2 di atas.

Sedikit perkongsian. Tq

alfindani
AHLI
AHLI

Posts : 12
Points : 12
Join date : 26/05/2012
Location : Tepi Masjid

Back to top Go down

Re: Adakah wudhu terbatal jika benda termasuk dalam qubul atau dubur?

Post by thtl on Thu Jan 02, 2014 11:14 am

syukran ust findani, kaedah berguna utk ulangkaji

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah wudhu terbatal jika benda termasuk dalam qubul atau dubur?

Post by Sponsored content Today at 12:39 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum