BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sunnah menyambut kelahiran Bayi

2 posters

Go down

Sunnah menyambut kelahiran Bayi Empty Sunnah menyambut kelahiran Bayi

Post by ibnuwafiy Mon Feb 24, 2014 6:52 pm

Salam 

ingin meminta pencerahan berkaitan;

1) Azan & Iqamat
setahu saya, azan di telinga kanan bayi, iqamat di telinga kiri bayi.. adakah ianya valid untuk bayi lelaki dan juga perempuan? ade saudara beritahu saya untuk bayi perempuan, hanya iqamat sahaja.. adakah ia benar? yang mane lebih sunnah?

2) Tahnik
bagaimana yang paling rajihnya ustaz? bertahnik hari ke-7 atau sebelum bayi di beri susu ibu yang pertama?
Jika tiada orang alim di sekitar kite yang bule mentahnik bayi itu, siapa yang selain nya yang lebih layak?

Mohon pencerahan ustaz di sini..

sy menjumpai perbincangan yang sama di AFN, tapi masih kurang jelas.
maaf jika menyusahkan ustaz2 di sini.

 Jazakallah 

ibnuwafiy
AHLI
AHLI

Posts : 49
Points : 69
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Sunnah menyambut kelahiran Bayi Empty Re: Sunnah menyambut kelahiran Bayi

Post by thtl Tue Feb 25, 2014 9:08 am

1. azan dan iqamat
pertama: kritik matan
Azan & Iqamah adalah utk solat. maka jika azan dan iqamah utk bayi baru lahir adalah bercanggah dgn akal, kerana mereka belum ditaklifkan utk solat.

kedua: kritik sanad
hadithnya amat kontroversi, mutaqaddimin tidak sepakat akan kesahihannya, hadith yg dimaksudkan:
Hadits Tirmidzi 1436

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَا أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْعَمَلُ فِي الْعَقِيقَةِ
“Aku telah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengumandangkan adzan di telinga Al Hasan bin ‘Ali ketika Fathimah melahirkannya dengan adzan shalat.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
Komentar Abu Isa: Hasan Sahih dan diamalkan dalam akikah. Ini pulak pendapat mutaqaddimin yg lain:
قال أبو حاتم: منكر الحديث مضطرب الحديث ليس له حديث يعتمد عليه، وضعفه ابن معين، وقال البخاري: منكر الحديث.
Kata Abu Hatim, hadith mungkar, goncang dan tidak ada hadith yg muktamad dalam isu azan pada bayi
Kata Ibn Ma'in, hadith dha'if dan kata al-Bukhari, hadith mungkar.

Maka bila khilaf yg muktabar (khilaf yg sama kuat), maka anda bebas memilih yg mana satu.
Jika yakin dgn penilaian hasan sahih Imam Termidzi, pentashihan yg kuat sama taraf dgn sahih dlm Bukhari-Muslim atau anda pilih menolaknya kerana kedha'ifan sanadnya mengikut sebagian mutaqaddimin. Keduanya adalah diterima tanpa dicela.

Ketiga: azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri, itu tidak thabit sebab hadithnya amat parah. yang betul, cuma azan sahaja tanpa iqamat.
Ini hadithnya:\
وأخرجه أبو يعلى عن حسين قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ولد له ولد فأذن في أذنه اليمنى وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم الصبيان))[رواه أبو يعلى في مسنده6780]، وفيه مروان بن سالم الغفاري وهو متروك
“Setiap bayi yang baru lahir, lalu diadzankan di telinga kanan dan dikumandangkan iqomah di telinga kiri, maka ummu shibyan tidak akan membahayakannya.” HR Abu Ya'la dalam sanadnya ada Marwan bin Saalim yg dituduh Matruk (diabaikan hadithnya)

Pendapat saya, tak yah buat
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Sunnah menyambut kelahiran Bayi Empty Re: Sunnah menyambut kelahiran Bayi

Post by thtl Tue Feb 25, 2014 9:22 am

2) Tahnik
Dalil sahih, tiada pertikaian
Hadits Aisyah.

عن عا ء شة رضى الله عنها قا لت : أتى النبى صلى الله عليه و سلم بصبى يحنكه فبا ل عليه فأ تبعه الماء

"Artinya : Dari Aisyah, ia berkata, "Didatangkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam seorang bayi laki-laki beliau mentahniknya, lalu bayi itu mengecinginya, kemudian beliau memercikkannya dengan air" HR Bukhari (no. 5468) dan Muslim (I/163-164)
fiqh:
1. tahnik ialah belah mulut baby pada hari pertama kelahiran. Maksudnya secepat mungkin bukan tunggu 7 hari.
2. dgn tamar, jika tiada tamar dgn madu lebah (Ibn Hajar, al-fath, jld 15)
3. boleh juga campur dgn air zam-zam, jika ada, dalam campurannya (al-Fakihi, akhbar Makkah, jld 3)
4. dilakukan sendiri oleh ibu atau ayah
5. Tidak perlu jumpa org alim atau wali utk tahnikkan baby kerana amalan tahnik Rasulullah saw itu khusus buat baginda sahaja.
Bukti: selepas baginda wafat, tiada lagi orang Madina bawa bayi kpd 4 khalifah rasyad utk tolong tahnikkan baby mereka. amalan itu tamat dgn kewafatan Nabi, dan dilakukan sendiri sahaja oleh ibubapa atau datuk
5. pastikan mulut org yg nak tahnik dibersihkan dulu (bersugi atau berus gigi)
sekian
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Sunnah menyambut kelahiran Bayi Empty Re: Sunnah menyambut kelahiran Bayi

Post by ibnuwafiy Thu Feb 27, 2014 7:42 pm

suatu ilmu baru bagi sy ustaz nih. huh.
hadis mungkar ni ade kemungkinan hadis nya palsu kan ustaz?erm..

hadis azan di telinga kanan dan Iqamat di telinga kiri tu, adakah hadis nya tidak thabit hanya di sebabkan Marwan bin Saalim tu?

ustaz kata yang betul nya 'cuma azan sahaja tanpa iqamat'.. adakah ini bersandarkan Hadis Tirmidzi di atas?

"mengecinginya" itu ape ustaz?

maaf ustaz.. banyak pulak soalan saya.. terima kasih.

ibnuwafiy
AHLI
AHLI

Posts : 49
Points : 69
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Sunnah menyambut kelahiran Bayi Empty Re: Sunnah menyambut kelahiran Bayi

Post by thtl Thu Feb 27, 2014 10:58 pm

1. mungkarul hadith
ثم رواه الطبرانى من طريق حماد بن شعيب عن عاصم بن عبيد الله به مرفوعا بلفظ: " أذن فى أذن الحسن والحسين حين ولدا , وأمر به ".
قلت: وهو بهذا اللفظ ضعيف جدا تفرد به حماد بن شعيب ضعفه ابن معين وغيره. وقال البخارى: " منكر الحديث " وفى موضع آخر: " تركوا حديثه "
hadith mungkar itu adalah jalur dalam riwayat Tabrani, melalui perawi Hamad bin Syu'aib. manakala dalam riwayat ImamTermizi, kedha'ifan pada perawi 'Asim bin Ubaidillah (وأما اللفظ الأول , فقال الترمذى عقبه: " حديث حسن صحيح ".
كذا قال , وعاصم بن عبيد الله اتفقوا على تضعيفه ) lafaz Termizi yg menetapnya hasan sahih, tapi Asim bin Ubaidillah adalah disepakati akan kedha'ifannya.

HR Termizi, dha'if kpd Asim, hadith Tabrani dha'if kpd Asim dan matruk kpd Hamad.

2, Hadith azan di telinga kanan dan iqamat di terlinga kiri, ada dua hadith:
satu, Musnad Abu Ya'la dan Ibn Sunni
أبي يعلى (6780) ، وعنه ابن السُّنِّي في "عمل اليوم والليلة" (623) من حديث حسين بن علي قال: قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَن وُلِدَ له فأَذَّن في أُذنه اليمنى، وأقام في أُذنه اليسرى، لم تضرَّه أمُّ الصِّبيان".
(Setiap bayi yang baru lahir, lalu diadzankan di telinga kanan dan dikumandangkan iqomah di telinga kiri, maka ummu shibyan tidak akan membahayakannya.” )
وفي إسناده يحيى بن العلاء ومروان بن سالم، وهما متهمان بالوضع، وشيخ أبي يعلى فيه جُبارة بن مغلِّس، وهو ضعيف.
Syaikh Al Albani dalam Silsilah Adh Dho’ifah no. 321 menilai bahwa Yahya bin Al ‘Alaa’ dan Marwan bin Salim adalah dua orang yang sering memalsukan hadits. hadith ni palsu

hadith kedua:
البيهقي في "شعب الإيمان" (8620) من حديث ابن عباس: أن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أذَّن في أُذن الحسن بن علي يوم وُلِدَ، فأذَن في أُذنه اليمنى وأقام في أُذنه اليسرى. وفي إسناده الحسن بن عمرو بن سيف السدوسي وهو متروك، واتهمه علي ابن المديني والبخاري بالكذب.
(Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan di telinga al-Hasan bin ‘Ali pada hari beliau dilahirkan maka beliau adzan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri. ) HR Baihaqi

البيهقي في "شعب الإيمان" (8620) من حديث ابن عباس: أن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أذَّن في أُذن الحسن بن علي يوم وُلِدَ، فأذَن في أُذنه اليمنى وأقام في أُذنه اليسرى. وفي إسناده الحسن بن عمرو بن سيف السدوسي وهو متروك، واتهمه علي ابن المديني والبخاري بالكذب.
juga palsu kerana al-hasan bin amru kata Bukhari adalah pendusta.

3. Azan sahaja tanpa iqamat adalah berdasarkan hadith Imam Termidzi dari Asim

4. "mengencingi" tu maksudnya baby tsb kencing ketika Nabi saw memegang utk melakukan tahnik, baby zaman dulu tak pakai pampers macam sekarang.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Sunnah menyambut kelahiran Bayi Empty Re: Sunnah menyambut kelahiran Bayi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum