Sikap "tidak apa" orang melayu

View previous topic View next topic Go down

Sikap "tidak apa" orang melayu

Post by seijiseimura84 on Wed Mar 12, 2014 5:34 pm

Saya gusar.....kejadian malang yg berlaku yg menimpa MH730 disebabkan masalah oleh seorang individu yg tidak bertanggungjawab. Objek terbang yg kelihatan di satelit pun, langsung tiada initiatif apa2 utk membuat apa2 tindakan. Andainya....kalau objek tersebut adalah kapal terbang musuh, sudah pasti malaysia menjadi mangsa serangan musuh

Saya nak bawa beberapa isu yg mengambarkan kualiti pemikiran dan kerja anak melayu masa kini

Pertama....
sahabat saya kehilangan beg semasa bertugas di wad kecemasan. Dia masih ingat , dia meletakkan begnya di atas kaunter, namun tiba2 lesap. Maka disebabkan wad kecemasan itu dilengkapi oleh cctv, kami pun segera menuju ke bilik sekuriti bagi meninjau sekiranya berlaku kecurian terhadap beg tersebut. Namun bila saya dan sahabat saya bertanya pegawai yg bertugas, saya menerima jawapan selamba.....Tak tahu....saya tak tahu bagaimana nak tengok cctv. Begitu mudah dan simple jawapan, langsung tidak ada initiatif untuk membantu, cuba tanya senior, cubalah sekurang2nya berusaha membantu rakan saya yg mengalami kehilangan beg. Namun dgn muka tak berperasaan, seolah2 mcm amik tak kisah nasib kawan saya

Kedua.....
di surau hospital saya, ada satu paip selalu menitik air tak henti2. Aduan dibuat kepada pihak yg menjaga surau, katanya akan diusahakan. Mereka mengadu kepada pihak teknikal....kemudian esok hari didapati ia tidak dibaiki. Kemudian saya mengadu sekali lagi.....keesokkan masih tidak dibaiki. Bila saya buat aduan semula, dia kata saya dah banyak kali dah buat aduan. dan saya menjelaskan semula kepada petugas tersebut, "awak ada buat aduan, bagus, tp awak ada pastikan tidak tugasan awak dilaksanakan dgn baik". maka terdiam petugas tersebut bila saya bertanya begini. Inilah mentaliti pekerja melayu hari ini, lanmgsung tiada initiatif, langsung tak ada perasaan accountability. Dia fikir pasal dia dah mengadu pd pihak teknikal....maka tugas dah settle, boleh cuci tangan. Bila saya bertanya kepada pegawai keselematan yg menjaga surau, rupa2nya isu ini dah berlarutan 6 bulan dan macam2 aduan dah dibuat

Ketiga....
mesin pemprosesan darah di makmal rosak di tengah2 malam, bila diadu , mcm2 lah alasan diberi oleh pegawai teknikal. Seboleh2 kalau boleh tak nak datang malam ni. Walaupun ada mesin extra .....andaikata mesin tersebut juga rosak, ini akan mendatangkan benccana kepada makmal hospital....kerana banyak sampel darah memerlukan penilaian segera

Banyak lagi sebenarnya yg boleh dikongsi dan boleh diadu di sini....kesimpulan di sini, kebanyakan pekerja melayu kita mempunyai satu tabiat "tidak apa". Inilah gelaran bukan melayu terhadap org melayu hari ini....kerana kebanyakan melayu mmg mempunyai sikap "tidak apa"

Berbalik kepada su MH730, saya memikirkan , boleh jadi kesan satelit tentera lambat amik tindakan kerana sikap tidak apa oleh pegawai yg bertugas malam tersebut. Malah tiada tindakan segera atau initiatif untuk memastikan apa objek misteri itu, sebaliknya bersikap "tidak apa" KAlaulah itu musuh, nahas malaysia

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Sikap "tidak apa" orang melayu

Post by thtl on Wed Mar 12, 2014 7:47 pm

Itulah sebab adanya Unit Kualiti, ada 5S, ada ISO 9001, ada ISO 14000 dan ISO 22000, anugrah Kualiti Perdana Menteri, Mampu, MPC (malaysian produktiviti Corporation), saya dulu kerja 12 tahun di Jabatan Kualiti dan Produktiviti TM bhd. sekarang di Saudi pun dalam bidang kualiti dan akreditasi sistem pendidikan saudi arabia..
Objektif utama ialah nak jadikan kualiti dan prihatin sbg culture macam org Jepun, USA dan negara2 Eropah. Paling kurang macam Singapore, HK, Taiwan, Korea.
Bayangkan jika kakitangan pun mendapat servis dalaman yg teruk, doktor pun depa bolayan, maka apakah nasib pelanggan, nasib rakyat yg datang utk mendapatkan rawatan, mereka terpaksa beratur panjang, menunggu angka giliran berjam-jam, yg sakit tenat dan kes emergensi pun boleh "kojol" sbelum dapat bertemu dgn tuan doktor. Orang kaya tidak merasai ini semua kerana mendapat rawatan di hospita swasta bertaraf 5 bintang. Balik kpd isu kualiti:
Isu utama org Melayu dan arab ialah "tidak apa" spt yg Doc katakan..sebab itu kualiti dan perihatin ni adalah suatu perjalanan. kemungkinan di hospital, tidak ada yang menggerakkan sistem kualiti, paling kurang ISO 9001. Kalau lihat beberapa hospital spt Hospital Besar Kota Bharu, ianya adalah mencapai piawaian  ISO 9001, sistem kerja dan pengurusan setiasa di audit oleh SIRIM QAS, maka budaya kerja agak lain drpd hospital doc. Tidak dinafikan keadaan sibuk di hospital sekarang, ditambah dgn kekurangan budget kerajaan dan banyak pos2 maintance yg tidak diisi, maka sikap poor service mentaliti akan berterusan. Setiap tempat kerja perlukan boss atau ketua yang mempunytai ciri2 kepimpinan yg tinggi, yg mampu merubah budaya kerja. Pada zaman Tun M, sistem kualiti dan mutu perkhidmatan di jabatan2 kerajaan agak tinggi, dan sekarang saya lihat di era Tuk Najib, mutu perkhidmatan awam telah jatuh...
rumusan: mutu kerja yg rendah sikap kakitangan perkhidmatan kerajaan mmg merupakan masalah utama di kebanyakan negara dan lebih meruncing di jabatan kerajaan spt kesihatan. Dalam keadaan ekonomi dan politik Malaysia yg tidak stabil, ia akan brtambah merosot lagi.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum