BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud

3 posters

Go down

S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud Empty S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud

Post by najib76 Fri Nov 07, 2014 5:11 am

Salam

Seorang ahli akademik pengajian Islam menggesa Selangor agar menjauhi sikap terburu-buru dan tidak cermat kerajaan Kelantan dan kerajaan PAS Terengganu suatu masa dahulu yang dianggapnya "gelojoh" dalam melaksanakan hudud.

Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata Undang-undang Kanun Jenayah Syariah itu tetap akan gagal dilaksanakan sekalipun jika PAS dan Umno bersepakat untuk melaksanakannya.

"Kalau kita laksana hudud di Kelantan dan Terengganu, sekiranya kerajaan Umno dan PAS laksana hudud berasaskan draf di Kelantan dan Terengganu, insya-Allah gagal.

"Saya nak kata kalau nak laksanakan hudud, mulakan satu-satu.

"Jangan gelojoh macam Kelantan dan Terengganu," kata dekan Institut Peradaban dan Pemikiran Islam Antabangsa (ISTAC) UIA itu.

Beliau bercakap pada forum Kanun Jenayah Syariah dari Perspektif Perlembagaan dan Masyarakat Majmuk di Malaysia anjuran kerajaan Selangor di Shah Alam petang ini.

Menjelaskan kenyatannya itu, Mahmood Zuhdi berkata undang-undang hudud perlu diasaskan kepada kefahaman tentang hukum Islam (fiqh) yang bersifat semasa.

"Kitab yang digunakan di Kelantan adalah berdasarkan kitab lama.

"Yang ada (hudud) di Kelantan dan Terengganu berdasarkan fiqh beratus tahun dahulu.

Bukan hudud 'bengis'

"Realiti semasa, kita terbitkan semula hudud dalam wajah yang berseri dan bukan dalam wajah yang bengis.

"Daripada segi fiqh, saya cadangkan kepada universiti supaya mewujudkan fiqh-fiqh baru.

"Jadi sekarang ini, kita benarkan satu fiqh yang betul-betul semasa, realitinya berasaskan Malaysia," katanya.

Mahmood Zuhdi yang juga bekas pengarah Akademi Pengajian Islam Univeriti Malaya berkata pelaksanaan hudud juga menuntut masyarakat yang berdisplin serta kebijaksanaan pemerintah.

Memberikan contoh, Zuhdi berkata kesaksian dalam hudud menuntut seorang individu yang tidak bercakap bohong dan juga tidak secara suka-suka mengendap orang yang berzina.

"Kalau masyarakat belum ada hati, nurani dan budi untuk melaksanakan hudud, maka ia akan gagal.

"Bolehkah kita laksanakan undang-undang hudud dalam keadaan ia akan timbulkan kontroversi dalam masyarakat?

"Ia akan menyebabkan masyarakat berpecah-belah dan tidak ada perpaduan dalam ummah.

"Saya bukan menentang hudud tetapi saya tidak percaya kepada kebijaksanaan kita untuk melaksanakan hudud," katanya.

boleh buat pencerahan ?
Apa yang dimaksudkan "kitab Lama" digunakan di Kelantan dan Terengganu ?
Apa yang dimaksudkan "saya cadangkan kepada universiti supaya mewujudkan fiqh-fiqh baru"..?
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud Empty Re: S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud

Post by rd73 Fri Nov 07, 2014 5:47 am

kitab lama maksudnya fiqh ini berkembang bukan kaku. begitu juger dgn maksud fiqh2 baru.

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud Empty Re: S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud

Post by thtl Fri Nov 07, 2014 8:47 am

Prof Zuhdi antara tokoh pelopor Mazhab Malaysia, mazhab baru yang tidak lagi berpegang dgn mazhab2 klasik. Banyak kertas kerja dan buku beliau yg nampak dia amat berusaha keras utk mengujudkan "mazhab Malizia", mazhab baru fiqh yang diadaptasi utk masyarakat melayu kini. tak tahuler sejauh mana dia maju dalam memperjuangkan mazhab malizia ni..he3
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud Empty Re: S'gor digesa jangan 'gelojoh' laksana hudud

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum