BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

mengenai bacaan ketika iktidal

2 posters

Go down

mengenai bacaan ketika iktidal Empty mengenai bacaan ketika iktidal

Post by hafiz Mon Jan 12, 2015 4:50 pm

1.saya ada baca yg semasa bngun iktidal disunatkan membaca SAMI’ALLAAHU LIMAN HAMIDAH.
selepas sudah meluruskan tangan ke bawah dan berdiri tegak (rasanya begitulah), disunatkan membaca RABBANAA WALAKAL HAMDU.
adakah memang begitu? atau boleh baca sekali harung?

2. kalau berjemaah bacaan SAMI’ALLAAHU LIMAN HAMIDAH sahaja dikuatkan, benarkah?

3. ada juga orang yvg menulis perlu membaca RABBANAA LAKAL HAMDU MIL’US SAMAAWATI WA MIL ‘ULARDHI WA MIL ‘UMAASYI’TA MIN SYAI’IN BA’DU.
Wahai Tuhan Kami ! Hanya Untuk-Mu lah Segala Puji, Sepenuh Langit Dan Bumi Dan Sepenuh Barang Yang Kau Kehendaki Sesudahnya.

adakah ada ayat versi sedemikian?

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

mengenai bacaan ketika iktidal Empty Re: mengenai bacaan ketika iktidal

Post by Ibnu Sarkawi Mon Jan 12, 2015 7:04 pm

No.2, hal ini terdapat perbezaan pendapat. Mereka yg berpendapat SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH utk imam, kemudian makmum menyebut ROBBANA LAKAL HAMD sahaja, berpegang dgn zahir nas hadis yg berikut :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الْإِمَامُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : “ Apabila Imam menyebut SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH –~Mudah-mudahan Allah memperkenankan doa bagi org-org yg memuji-Nya ~ , maka hendaklah kamu mengatakan : “ ROBBANA LAKAL HAMD “ ~ Wahai Tuhan Kami ! Untuk-Mulah segala segala puja-puji . Maka sesiapa sahaja yg perkataanya menyamai kata-kata para malaikat , akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah lalu ~Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

mengenai bacaan ketika iktidal Empty Re: mengenai bacaan ketika iktidal

Post by Ibnu Sarkawi Mon Jan 12, 2015 7:11 pm

No.3, sunat membaca yg sedemikian kerana bacaan iktidal ada beberapa cara yg tsabit daripada Baginda s.a.w

Kata Dr.Abdul Basit (Pondok Sg.Durian) Kesemua Bacaan berikut Tsabit dari Rasulullah s.a.w:-
- Rabbanaa Walakal hamd
- Rabbanaa Lakal hamd
- Allahumma Rabbanaa Walakal hamd
- Allahumma Rabbana Lakal hamd
[HR Bukhari]

bacaan yg lain ialah :-

- Rabbanaa Walakal hamd, Hamdan Katsiran Toyyiban Mubaarokan Fiih
[HR. Bukhari dalam Fathul Bari: 2/284]

- Mil Assamaawa ti Wamil Ar Ardhi Wama Bai-nahuma, Wa Mil Amaa Syikta Min Syai-in Ba`d. Ahlast-tsanaa iwal Majd, Ahaqqumaa Ko-Lal `Abd, Wakullunaa laka `Abd. Allahumma La Maa Ni`A Limaa `A-Thoit, Walaa Mu`Thiya Limaa Mana`t, Walaa Yanfa`u Dzal Jaddi Min Kaljad-.

(Pujian)Sepenuh Langit dan sepenuh bumi dan yang ada di antaranya. Dan sepenuh yang Engkau kehendaki selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Mulia. Inilah sebenarnya yang berhak dikatakan oleh hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menegah sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang Engkau telah tegahkan dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan(harta,keturunan,kuasa) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau.
[HR. Muslim: 1/346]

*rujukan mudah ialah kitab Hisnul Muslim
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

mengenai bacaan ketika iktidal Empty Re: mengenai bacaan ketika iktidal

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum