BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

4 posters

Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by peyoy Thu Apr 04, 2013 7:03 am

Oleh : Pelajar Pondok Pasir Tumboh

Ini satu risalah yang memadai bagi membahaskan Masalah Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Secara Berjemaah. Tujuan risalah ini untuk menerangkan kekeliruan yang timbul daripada suara-suara sumbang kejahilan yang tidak berasas .Kami bahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hadis Sunat Berdoa Selepas Sembahyang, Hadis Berdoa Secara Berjemaah yang menjadi sandaran bagi masalah ini dan keterangan bagi kekeliruan. Mudah-mudahan dapat difahami dengan jelas oleh seluruh kaum Muslimin.

HADIS SUNAT BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG.

1) Daripada Muaz, bahawasanya Nabi s.a.w berkata "Ya Muaz, demi Allah sesungguhnya aku mengasihi engkau, jangan engkau tinggalkan berdoa selepas sembahyang dengan doa : Allahumma a'inni 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika.

2) Hadis daripada Abi Bakrah pada katanya : Allahumma a'innia'uzubika minal kufri wal faqri wa 'azabil qabri

�"Adalah Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa ini selepas sembahyang"

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dengan lafaz, dubur as-solah ( mengiringi atau belakang solat ) pada hadis-hadis tersebut ialah selepas solat ba'da as-solah (ayat) dengan ijmak ulama�, sebagaimana sabit dengan hadis:-

3) Hadis Abi Hurairah, ditanyakan Nabi s.a.w "Ya Rasulullah! bilakah doa yang terlebih segera diperkenankan? Bersabdanya "Doa selepas solat fardu ( ba'da al-Maktubah ) terlebih afdal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardu mengatasi solat sunat".

4) Mengeluarkan hadis ini oleh Thabari daripada Jaafar Assadiq berkata "Doa selepas solat fardu terlebih afdal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardu mengatasi solat sunat".

5) Mengeluarkan hadis ini oleh Ibnu Syaibah daripada Al-Aswad Al-Aamiri daripada bapanya berkata "Bersolat subuh aku bersama Rasulullah s.a.w dan setelah selesai memberi salam lalu baginda berganjak dan mengangkat kedua tangannya berdoa".

HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH

Kami paparkan sebilangan hadis yang menjadi dalil dan sandaran bagi Berdoa Secara Berjemaah Selepas Solat Fardu, di antaranya:-

1) Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya, Al-Ausath daripada Qais AL-Madani ���� Waktu aku, Abu Hurairah dan seorang sahabat sedang berdoa dan berzikir mengingati tuhan kami Azzawajalla di dalam masjid, tiba-tiba menuju Rasulullah ke arah kami dan duduk bersama-sama, kami pun berdiam diri, lalu ia bersabda "Kembalilah kepada apa yang sedang kamu lakukan." Berkata Zaid "lalu aku serta sahabatku berdoa di sisi Abu Hurairah lalu baginda mengaminkan doa kami���

2) Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah memperkenankan doa mereka.

3) Tersebut di dalam Sahih Muslim pada �Bab Harus Berjemaah Pada Solat Sunat�. Selepas bersolat sunat Nabi s.a.w berjemaah bersama-sama dengan Anas, emak dan emak saudaranya lalu berdoa Nabi dengan secara berjemaah. Hadisnya secara ringkas, "Maka sembahyang Nabi dengan kami�.. Kemudian ia mendoakan kami ahli rumah dengan setiap kebaikan dunia dan akhirat��. Dan adalah akhir doanya bagiku, "Ya Allah, perbanyak dan berkatilah harta dan anaknya, Anas".

4) Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani didalam kitabnya AL-Kabir daripada Ibnu Abbas dan didalam AL-Ausath daripada Ibnu Omar, berkata keduanya, "Telah sembahyang Rasulullah s.a.w solat subuh, kemudian menghadap kaumnya lalu berdoa, "Ya Allah, berkatilah kami pada bandar kami dan berkatilah pada cupak kami dan gantang kami".

Telah menyambut kedua hadis ini oleh Assamhudi di dalm AL-Wafaa dan rijal keduanya kuat, sebagaimana katanya.

Berkata AL-Muhaddis AS-Saiyid Mohd Yusuf AL-Banuri didalam kitabnya �Maarifussunan� ( Jilid 3, muka 123 ), "Maka ini ( hadis di atas ) dan hadis seumpamanya pada bab ini ialah memadai sebagai hujjah ( dalil ) bagi perkara yang dibuat secara beradat oleh manusia pada sekelian negeri, yaitu berdoa secara berjemaah selepas sembahyang. Kerana inilah juga telah menyebut Fuqaha kami ( ahli fekah bermazhab Hanafi ).�.. Dan berkata Imam Nawawi dalam Syarah Muhazzab, "Berdoa disunatkan bagi Imam, makmum dan mereka yang bersembahyang seorang diri mengiringi sekalian sembahyang dengan ketiadaan khilaf Ulama� dan katanya lagi, "Disunatkan berhadap imam ke arah makmum dan berdoa."

KETERANGAN

Hadis-hadis diatas menunjukkan bahawa:

(i) Disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang sembahyang seorang diri, berdoa selepas solat fardu dan sunat.

(ii) Disunatkan bagi imam, berdoa secara berjemaah bersama-sama makmum selepas solat fardu dan sunat. ( sebagaimana sabit dengan hadis 2,3&4 ).

(iii) Disunatkan bagi makmum mengaminkan doa imam. (sebagaimana sabit dengan hadis 1&2 ).

(iv) Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika berdoa.



Peringatan:

Telah sabit dengan sandaran hadis-hadis bahawa bahawa disunatkan menyapu muka dengan kedua belah tangan selepas berdoa.

Adapun berdalil pada masalah ini, tidak semestinya dengan hadis yang terang-terang menyatakan Nabi s.a.w berdoa secara berjemaah selepas Solat Fardu, kerana apabila �Doa Secara Berjemaah� itu sendiri telah sabit dengan sandaran hadis-hadis di atas, memadailah ia sebagai dalil boleh mengerjakannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi amalan berdoa secara berjemaah ini dilakukan pada waktu yang disunatkan berdoa, iaitu selepas menunaikan solat fardu.

Masalah ini seumpama dengan masalah Tazkirah ( peringatan / ceramah ) selepas solat Tarawih. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan Nabi dan Saiyidina Omar mengerjakannya selepas Tarawih. Oleh itu, tidak boleh sekali-kali menuduh mereka yang mengerjakannya sebagai pembuat bidaah, kerana Tazkirah itu sendiri ada sandaran dalil syarak, lebih-lebih lagi dilakukan di bulan Ramadhan. Walaupun sandarannya itu tidak secara terang-terang menyatakan selepas Solat Tarawih dan Solat Tasbih berjemaah pada malam Aidilfitri.

2) Jika diterima perkataan mereka bahawa dalil pada mengerjakan sesuatu perkara itu hendaklah secara terus-terang, maka dalil yang melarang melakukan sesuatu perkara juga mestilah secara terang-terang, kerana firman Allah SWT.,

Maksudnya:Apa yang mendatangkan Rasul kepada kamu ,hendaklah kamu lakukan dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.

Bahkan tidak ada satu pun dalil yang terang-terang di dalam kitab-kitab hadis yang melarang berdoa secara berjemaah selepas solat fardu,maka batallah perkataan mereka itu dan masuklah masalah berdoa secara berjemaah selepas solat fardu ini di dalam perkara yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu(ayat)kerana ianya disandarkan dengan dalil-dalil syarak.

3) Jika sesuatu perkara tidak disandarkan dengan sesuatu daripada kaedah-kaedah syarak dan dalil-dalilnya yang umum, bolehlah dikatakan perkara tersebut itu "Bida�ah" (asyik masuk hadis dalam ni )

Maksudnya: Sesiapa yang mereka-reka pada urusan kami ( syarak kami ) sesuatu perkara yang bukan daripada syarak kami, maka perkara tersebut ditolak.

Mentafsir Ibnu Hajar AL-Haitami di dalam Fathul-Mubin pada lafaz : laisa minhu (sesuatu perkara yang bukan daripada syarak kami) dengan katanya, "Daripada perkara yang menyalahi syarak kami atau perkara yang tiada suatu sokongan pun daripada kaedah-kaedah syarak kami dan dalil-dalilnya yang umum,"

4) Oleh itu, perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w atau sahabat, tidak semestinya perkara itu Bidaah Dhalalah. Contohnya seperti menitik ayat Quran dan membariskannya, membahagikan ilmu kepada berbagai-bagai bahagian serta membuat istilah dan kaedah bagi setiap bahagian ilmu seperti ilmu Fikah, Usuluddin, Tasawuf, Tata bahasa Arab, ilmu Ma�ani, ilmu Bayan, ilmu Mantik, ilmu Sya�ir, Usul Tafsir, Mustalah Hadis dan lain-lain, mengarang kitab-kitab ilmu, menubuhkan gerakan-gerakan islam, mendirikan madrasah pengajian, mensistemkan pembelajaran dan sebagainya.

Tidaklah mereka yang membidaahkan doa berjemaah selepas solat fardu, melainkan disebabkan kejahilan dan ketakburan. Janganlah kita terpedaya dengan mereka yang memfasikkan orang mukmin dan memecahbelahkan Umat Islam. Hendaklah kita menuruti jejak langkah Ulama� dahulu yang muktabar dengan mempelajari ilmu daripada ahlinya supaya tidak tersesat dan menyesatkan.

Dikeluarkan oleh:
Pelajar Pondok Pasir Tumbuh
Kota Bahru, Kelantan
Malaysia.
peyoy
peyoy
AHLI
AHLI

Posts : 15
Points : 19
Join date : 24/05/2012
Age : 43
Location : Ampang

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by peyoy Thu Apr 04, 2013 7:04 am

Apakah kedududukan hadis yang digunakan oleh artikel di atas ini? Dan bagaimana ingin mendepani permasalah ini?
peyoy
peyoy
AHLI
AHLI

Posts : 15
Points : 19
Join date : 24/05/2012
Age : 43
Location : Ampang

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by thtl Thu Apr 04, 2013 8:55 am

peyoy...
manhaj fiqh kat Malaysia ada dua:

aliran konservatif, pondok

aliran tajdid/sunnah..

peyoy pi ambil manhaj konservatif..depa ikut qaul mazhab depa.

nak mudah ambil buku Sahih Fiqh Sunnah, dia akan bawa balik kpd manhaj salaf yg asal.

Kalau dah datang Mekah Madinah atau saudi...Imam tak ada baca doa utk makmum, sendiri mau baca...sapa yg dia biasa Imam tlg bacakan, bila datang saudi akan kerugian, tak reti nak minta doa kat Tuhan
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by Dodo Don Fri Apr 05, 2013 5:37 am

Tuan,

Adakah ianya permasalahan khilaf atau bida'ah?
Dodo Don
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by thtl Fri Apr 05, 2013 7:18 am

Ia khilaf pada bab kecil:
APAKAH BOLEH IMAM BERDOA SELEPAS SOLAT DAN DIAMIMKAN OLH MAKMUM?

itu tajuknya dalam kitab Fiqh dan fuqaha' mazhab berselisih, mazhab syafi'iy kata boleh dgn tujuan nak ajar makmum sehingga dia yakin merka dapat baca sndiri

mazhab lain kata tak boleh, sebab ia sudah diajar di tadika, di sekolah dan ada banyak buku perukunan dan doa/dzikir dalam pasaran. apakah alasan mereka tak pandai baca doa sedangkan mereka ada diploma, BSc, BA, MA, MSc dan phD?

Kemudian ia menjadi Bid'ah Idhafiyah (inovasi tambahan) dlm ibadah kerana berterusan Imam rawatib berdoa setiap solat 5 waktu tanpa henti dulu, kini dan selamanya....
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by Dodo Don Fri Apr 05, 2013 11:02 am

Bagaimanakah yang dilakukan di zaman Nabi sebaik selesai solat jemaah? Apakah setiap orang berdoa sendiri atau terus bersurai?
Dodo Don
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by thtl Fri Apr 05, 2013 11:59 am

yg ada hal dan bisness, akan bersurai segera...
majoriti akan duduk, zikir dan doa secara sendirian dan buat solat sunat di situ atau banyak yg buat di rumah mereka..

kalau berpeluang dapat datang Mekah Madinah, itulah yg diamalkan..
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by Dodo Don Fri Apr 05, 2013 6:44 pm

Terima Kasih tuan,
Di sini kita biasa dengar orang berkata doa berjemaah lebih mudah diterima, lagi ramai lagi baik kerana dalam 40 orang akan ada 1 yg doanya diterima. Pernah terbaca para sahabat juga mengaminkan doa yang dibaca oleh Rasulullah. Saya pernah tengok video PM Gaza mengimamkan solat dan beliau juga membaca doa dan diamiinkan oleh rakyatnya. Bermakna bukan orang Nusantara sahaja yang melakukannya. Imam Mekah yang dijemput dalam bulan Ramadhan juga akan membaca doa selepas solat tetapi dia berzikir secara perlahan. Agaknya Imam itu meraikan amalan kebiasaan kita di sini. WA
Dodo Don
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by thtl Fri Apr 05, 2013 7:27 pm

sahih, org nusantara aje yg buat. kalau enta pi Peghlih pun depa tak buat juga..

saya dah dok di USA dan singgah di UK, pun tak buat juga di US dan UK...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by Ibnu Hisyam Mon Apr 15, 2013 6:31 am

ni la salah satu diskusi saya dgn ayah saya hujung minggu lepas...so saya lepas ni bila solat d kpg ayah ikut duduk doa tidak menjadi masalah ya tuan?
Ibnu Hisyam
Ibnu Hisyam
AHLI
AHLI

Posts : 93
Points : 104
Join date : 12/04/2013
Age : 50
Location : Sarawak

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by thtl Mon Apr 15, 2013 6:41 am

Tak ada masalah.
Allah tidak membebankan seseorang sesuai dgn kemampuannya
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by Ibnu Hisyam Mon Apr 15, 2013 8:32 am

Like Smile
Ibnu Hisyam
Ibnu Hisyam
AHLI
AHLI

Posts : 93
Points : 104
Join date : 12/04/2013
Age : 50
Location : Sarawak

Back to top Go down

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT  Empty Re: PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum