Penjelasan Siapa Salafi Wahabi oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

View previous topic View next topic Go down

Penjelasan Siapa Salafi Wahabi oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Post by zikrulmaut_sm on Thu Apr 18, 2013 2:06 am

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaikum,

Video: Mazhab Salafi Wahabi - Penjelasan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:




Petikan kata-kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:


"Budak (ditanya oleh) Nabi: "Mana Tuhan?", Nabi (diberi jawapan) katanya: "Fissama (Tuhan di langit)". Tidakkah Tuhan itu bertempat? Ini termasuk dalam hadits yang mutasyabihat. Jadi golongan salaf mengatakan pakai zhohir hadits. Langit tu langit lah, tapi tak sama dengan makhluk. Tak sama dengan bulan dan bintang. Tak sama. Kita tak mampu nak fikir. Tangan (Allah) tak sama dengan tangan manusia, tangan binatang, tangan makhluk. Tak sama. Mata (Allah) tak sama dengan mata makhluk. Ada pun golongan khalaf, mentakwilkan mata itu (maknanya) "melihat", tangan (maknanya) "qudrah", duduk atas langit maknanya Allah Ta'ala Maha Tinggi. Ditakwilkan begitu. Golongan salaf tidak mentakwilkan. Di antara salaf ini ialah golongan Wahabi. Mereka tidak mentakwil. Mereka adalah salaf. Mereka itu AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Di samping itu mereka menyebut sifat-sifat Allah berdasarkan pada nas-nas yang shorih di dalam al-Qur'an dan hadits. Di antaranya yang terkandung dalam ayat-ayat yang mutasyabihat, seperti 'An-Nuzul' (turun). Di antara sifat Allah adalah An-Nuzul, bukan wujud, qidam, baqa', yang hok kita bilang 20, tambah lagi, An-Nuzul, kerana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam "yanzuru robbuna tabaaroka wa taala ila sama'iddunya fi tsulutsil akhiri minallail" (Allah Ta'ala turun ke langit dunia pada satu pertiga akhir dari waktu malam). Dan Allah berfirman "Berdoalah.Barangsiapa yang berdoa, Aku terima doanya. Barangsiapa yang beristighfar, aku terima istighfarnya." Di mana hadits ini menunjukkan Allah Ta'ala turun (An-Nuzul). Di antara sifat Allah Ta'ala ialah An-Nuzul. Turun (Allah) tidak sama dengan turun makhluk. Allah Ta'ala tak sama dengan makhluk. "Al-Istiwa'" iaitu sifat Allah Ta'ala Al-Istiwa' (bersemayam), raja bersemayam, Allah Ta'ala bersemayam. tapi bersemayam Allah Ta'ala tidak sama dengan bersemayam raja. Adh-Dhohik (suka/gelak ketawa), ini antara sifat Allah Ta'ala. Kerana sabda Nabi sallahu 'alaihi wasallam: "Innallaha yadhak al-qootilu wal maqtul fii jannah" (Allah Ta'ala ketawa kerana orang yang membunuh dan dibunuh masuk syurga). Ini kerana ada hadits yang mengatakan demikian. Maka di antara sifat Allah Ta'ala, Adh-dhohik (ketawa), dan lain-lain, dengan tidaklah sekali-kali menyamakan Allah dengan makhluknya. Allah Ta'ala tak sama dengan makhluk. Ketawa Allah Ta'ala tak sama dengan makhluk. Suka Allah Ta'ala tak sama dengan suka makhluk. Allah Ta'ala tak sama dengan makhluk, dengan menyerah kepada Allah Ta'ala. Di samping itu mereka menonjolkan kembali kepada masyarakat, huraian-huraian yang panjang berhubung dengan perkara-perkara yang membawa kepada syirik seperti kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam perkara tawassul, ziarah kubur dan sebagainya. Bertawassul dengan orang mati, mereka tidak membenarkan. Ziarah kubur dengan berdoa kepada orang yang ada dalam kubur, mintak dengan yang ada dalam kubur, datuk, tuan syaikh, mintak dengan orang yang mati dah, tak boleh. Diharamkan dalam mazhab salaf. Tak dibenarkan. Termasuk dalam syirik, dan sebagainya. Apabila menentang dengan tegas penggunaan ilmu akal, maka golongan salaf yang baru ini bergeser dengan mazhab asy-'ariyah dan maturidiyah. Jadi berlawan. Jadi berbalah pulak salaf dengan asy-'ariyah dan maturidiyah. Jadi berbalah. Macam berbalah dengan mazhab wahabi. Semua-semua tu ahli sunnah belaka, berlawan, berkelahi, dalam bab furu', dalam bab cabang. Ini kerana tidak tahu sejarah. Bila tak tahu sejarah, jadi berbalah lah. kena baca sejarah. yang menjadikan ilmu-ilmu aqidah sebahagian dari bahan-bahan perbincangan dalam perkara aqidah, golongan salafiyyun menolak takwil ayat-ayat mutasyabihat yang dilakukan asy-'ariyah dan maturidiyah dengan sekeras-kerasnya . Ibnu Taimiyyah yang hidup di abad yang ketujuh hijrah menjadi tokoh terkemuka dengan mengemukakan hujah-hujah melalui kitab-kitab yang dikarangnya. Sebenarnya, aliran ini telah dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal. oleh itu mereka hanyalah meneruskan aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad yang ingin supaya perbincangan dan pengajian tentang Aqidah hendaklah dikembalikan seperti zaman Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam, para sahabat dan tabi'in. Walaupun adanya cabaran baru yang tidak ada di zaman mereka, yang kadang-kadang hujah aqliyah (hujah aqal dan falsafah) terpaksa digunakan untuk menolak golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariyah, dan sebagainya, yang terkeluar dari ahlissunnah wal jamaah. Al-Wahabiyah, mazhab wahabi, yang tersebar di Arab Saudi, dan beberapa daerah dalam dunia Islam, yang ditaja oleh pemimpin Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, adalah penerusan daripada apa yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyyah, yakni mazhab salaf. Mazhab wahabi adalah mazhab salaf. Sama saja. Tetapi syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah mendapat suatu kekuatan, apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Su'ud yang pada akhirnya berjaya merampas kuasa di Semenanjung Arab, dan membentuk kerajaan Al-al-Mamlakah al-‘Arabiyyah (as-Su‘udiyyah atau kerajaan Arab Saudi)..."

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum