BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

semakan:55 sunnah nabi.

+2
thtl
abu_aisyah
6 posters

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_aisyah Sun May 18, 2014 7:28 am

First topic message reminder :

As-salamu 'alaikum,ustaz thtl dan rakan2.apa khabar?

Mihon disemak status/fakta dibawah.
55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down


semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Fri May 23, 2014 11:06 pm

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
sahih, dalil hadith:
مَن بات طاهرًا بات في شِعارِه مَلَكٌ فلَمْ يستيقِظْ إلَّا قال المَلَكُ : اللَّهمَّ اغفِرْ لعبدِك فلانٍ فإنَّه بات طاهرًا


الراوي:  عبدالله بن عمر المحدث: ابن حبان  - المصدر: صحيح ابن حبان - الصفحة أو الرقم
terj:
“Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci.’” HR Ibn Hibban dalam sahihnya, dinilai sahih sanadnya oleh syaikh Syu'aib al-Arnaouth dan dinilai hasan oleh al-Albani, sahih at-targheeb, no 597
Adapun dihindari dr syaitan adalah tambahan dari Ibn Hajar Asqolani dalam al-Fath, 11:110.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sat May 24, 2014 9:59 pm

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

Khilaf disebabkan nas hadith ini:
Dari Anas bin Maalik ra, pembantu khas Nabi saw yg berkata :

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لن يقرءوا كتابك إذا لم يكن مختوما فاتخذ خاتما من فضة ونقشه محمد رسول الله
terj:
"Tatkala Nabi saw hendak menulis surat kepada (Kerajaan) Rome, maka dikatakan kepada baginda : "Sesungguhnya mereka (kaum Rom) tidak akan membaca tulisanmu jika tidak dicopmohor". Maka Nabi pun memakai cincin dari perak yang terpahat "Muhammad Rasulullah" (HR Al-Bukhari no 5875)

Maka kata syaikh bin Uthaimin rh, hukum pakai cincin adalah sunah jika ada keperluan spt rubber stamp. Jika dia tidak memerlukan cincin utk sesuatu fungsi, maka ia jatuh harus sahaja. sunnah itu dinamakan sunnah al-adat. ( Ruj: http://ar.islamway.net/fatwa/9189 )
Maka tidak boleh 100% yakin bila dibuat kenyataan dapat pahala sunnah secara berterusan jika pakai cincin. sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sat May 24, 2014 10:11 pm

solat berjama'ah wrote:22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
sahih
Dari Abu Huroiroh, Rasulullah saw bersabda,

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
“Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (yaitu masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan derajatnya.” (HR. Muslim no. 1553)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sun May 25, 2014 11:39 pm

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
Sahih
Dalil hadith
Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Nabi saw bersabda:
وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ
“Celak yang paling baik bagi kalian adalah istmid, ia bisa mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Abu Daud no.3380 dan 3539, Ibnu Majah no. 3488, Ahmad no. 2109)
Status Hadits:
Dalam Aunul Ma’bud dijelaskan bahwa Imam At Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan shahih”. Di shahihkan oleh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud (2/766/3426).
Kata Ibn Uthaimin, ia sunnah jika dipakai utk tujuan perubatan bukan perhiasan lelaki.
Adapun Nabi saw mencalit 3X pada mata kanan dan kiri adalah adalah dha'if kerana adanya perawi dha'if bernama 'Abbad bin Manshur (Dr Maher al-Fahl, tahqiq hadith syama'il no 49)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Mon May 26, 2014 12:05 am

Isbal wrote:24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
*Isbal=melaburkan kaki pakaian melebih buku lali
Khilaf yg muktabar. Ini kerana ada illat atau sebab ia dilarang:
من جر ثوبه خيلاء ، لم ينظر الله إليه يوم القيامة . فقال أبو بكر : إن أحد شقي ثوبي يسترخي ، إلا أن أتعاهد ذلك منه ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إنك لن تصنع ذلك خيلاء . قال موسى : فقلت لسالم : أذكر عبد الله : من جر إزاره ؟ قال : لم أسمعه ذكر إلا ثوبه

Terj:
“Barangsiapa menjulurkan pakaiannya karena sombong, tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat. Abu Bakar lalu berkata: ‘Salah satu sisi pakaianku akan melorot kecuali aku ikat dengan benar’. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: ‘Engkau tidak melakukan itu karena sombong’.Musa bertanya kepada Salim, apakah Abdullah bin Umar menyebutkan lafadz ‘barangsiapa menjulurkan kainnya’? Salim menjawab, yang saya dengan hanya ‘barangsiapa menjulurkan pakaiannya’. ”. (HR. Bukhari 3665, Muslim 2085)

Ini kerana pakaian org Islam adalah mengikut adat dan budaya sesuatu tempat. Budaya pakaian arab saudi misalnya, mereka hanya memakai jubah putih 24/7 utk semua keadaan, kerja, kenduri, ke mesjid. jubah putih satu2nya pakaian mereka. Manakala lelaki muslim di Malaysia mereka kebanyakannya mmakai seluar yg berasal dari Eropah dan cuttingnya adalah bawah pada buku lali. Oleh kerana semua cutting ini sama utk semua orang, maka tak ada langsung unsur sombong kepada pemakainya. Unsur kesombongan di zaman kini ialah JENAMA. seluar buatan BOSS, Levi's, Bonia, Guy Laroche, Dockers, dll. Jadi hukum isbal kepada masyarakat yg berubah dari pakai sarung kpd memakai seluar Barat, maka isu isbal tidak ada lagi melainkan isu jenama. sekian
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_firdaus Mon May 26, 2014 4:33 am

pertanyaan tambahan yg ada kaitan dgn isbal :
sy pernah dgr hadith larangan melipat seluar/baju ke atas. sahihkah hadith ini? kerana ada juga sesetengah org lipat seluar utk mengelak isbal ni.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Mon May 26, 2014 1:49 pm

أمرنا أن نسجد على سبعة أعظم ، ولا نكف ثوبا ولا شعرا  
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 810

"Kami diperintah sujud di atas 7 anggota, dilarang menyingsing pakaian dan memintal rambut" HR Bukhari: 810

ini bukan isu isbal, tapi isu khusu' dalam solat, di mana manusia sibuk dgn main rambut dan kalau di saudi di selak jubah dan serban mereka.

Boleh singsing seluar ketika nak solat, dalilnya:

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا ابْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا عُمَرُ بْنُ أَبِي زَائِدَةَ أَخْبَرَنَا عَوْنُ بْنُ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ فَرَأَيْتُ بِلَالًا جَاءَ بِعَنَزَةٍ فَرَكَزَهَا ثُمَّ أَقَامَ الصَّلَاةَ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ فِي حُلَّةٍ مُشَمِّرًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ إِلَى الْعَنَزَةِ وَرَأَيْتُ النَّاسَ وَالدَّوَابَّ يَمُرُّونَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ وَرَاءِ الْعَنَزَةِ


Telah menceritakan kepadaku Ishaq telah mengabarkan kepada kami Ibnu Syumail telah mengabarkan kepada kami Umar bin Abu Za`idah telah mengabarkan kepada kami 'Aun bin Abu Juhaifah dari ayahnya Abu Juhaifah dia berkata; "Lalu aku melihat Bilal datang dengan membawa tongkat (berujung runcing) dan menancapkan tongkat tersebut, kemudian dia mengumandangkan iqamah, setelah itu saya melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar (rumah) dengan menyingsingkan pakaiannya, lalu beliau shalat dua raka'at di hadapan tongkat tersebut, dan saya melihat orang-orang dan binatang pun lewat di hadapan beliau di belakang tongkat tersebut."
[Bukhari, lidwa]
org singsing seluar ada dua sebab:
1. nak pastikan dalam solat dia langsung tak isbal kerana pakai seluar slack atau jeans mmg kebanyakannya isbal (tapi bukan kerana sombong tapi by design seluar tu mmg begitu)
2, dia datang dari toilet atau tempat wuduk mesjid, maka sudah tentu dia singsing seluar dan terus demikian ketika solat.
Manakala lengan baju sapa yg pakai long sleeve. selepas wudhuk ada yg terus dalam keadaan berlipat dan ada yg uraikan semula. terpulanglah..
namun sapa yg yakin seluarnya isbal tapi tak ada rasa riak dan sombong, bisa saja dia solat dalam keadaan demikian tapi kalau rasa nak lebih aman hatinya, dia melipat kaki seluar dalam solat dan melepaskannya kembali selepas solat.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Mon May 26, 2014 2:35 pm

solat berjamaah wrote:25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
Sahih

صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

“Shalat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh derajat daripada shalat sendirian.” (HR. Al-Bukhari no. 131 dan Muslim no. 650)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Mon May 26, 2014 7:47 pm

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
Sahih dgn koreksi
Dalil hadith:

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra dia berkata: Rasulullah saw bersabda:
إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ
Terj: “Bila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah dia menahan mulutnya dengan tangannya karena sesungguhnya setan akan masuk.” (HR. Muslim no. 2995)

koreksi: Tidak dinyataan dgn detail, depan tangan atau belakang, menandakan boleh keduanya.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_aisyah Tue May 27, 2014 3:40 pm

thtl wrote:أمرنا أن نسجد على سبعة أعظم ، ولا نكف ثوبا ولا شعرا  
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 810

"Kami diperintah sujud di atas 7 anggota, dilarang menyingsing pakaian dan memintal rambut" HR Bukhari: 810

ini bukan isu isbal, tapi isu khusu' dalam solat, di mana manusia sibuk dgn main rambut dan kalau di saudi di selak jubah dan serban mereka.

mmg macam kebiasaan pulak lihat mereka betul2 kan jubah tu termasuk para imam kan?tetapi hadis yg ustaz bawa tu jelas.
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Tue May 27, 2014 4:03 pm

yg paling banyak depa betulkan ialah igal dan smagh (serban merah tu), manakala Imam betulkan jubah sebab pak Imam saudi pakai jubah resmi yg luar. Jubah biasa warna putih, jubah atas jubah kaler hitam, cokelat atau gold. Jubah atas jubah tu yg selalu dibetulkan sebab nipis dan mengerbang...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Tue May 27, 2014 10:20 pm

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

sahih, ia adalah sunan al-fitrah bukanlah sunan syari'at
nas:
Dari Ummul Mukminin, Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda,

عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ وَقَصُّ الأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ
Terj:
“Ada sepuluh macam fitroh, yaitu memendekkan kumis, memelihara jenggot, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian (baraajim), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ (cebok) dengan air.” (HR. Muslim no. 627)
yg ke 10: berkumur
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Tue May 27, 2014 10:28 pm

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

sahih
nas hadith:
Dari Ibnu ‘Umar ra yang mengatakan,

ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِى ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْضِى حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ

“Aku pernah menaiki rumah Hafshoh (umul mukminin) karena ada sebagian keperluanku. Lantas aku melihat Rasulullah saw buang hajat dengan membelakangi kiblat dan menghadap Syam.” (HR. Bukhari no. 148, 3102 dan Muslim no. 266).

Pendapat yg terkuat ialah makruh menghadap kiblat ketika buang air di luar bangunan (org zaman dahulu bila mereka mengembara di padang pasir, akan buang air di kawasan terbuka) dan harus dalam bangunan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_firdaus Wed May 28, 2014 5:22 am

thtl wrote:
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

sahih, ia adalah sunan al-fitrah bukanlah sunan syari'at
nas:
Dari Ummul Mukminin, Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda,

عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ وَقَصُّ الأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ
Terj:
“Ada sepuluh macam fitroh, yaitu memendekkan kumis, memelihara jenggot, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian (baraajim), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ (cebok) dengan air.” (HR. Muslim no. 627)
yg ke 10: berkumur
apa beza sunan fitrah dan sunan syariat dari segi hukum amalan?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Wed May 28, 2014 8:51 am

sunan fitrah ni personal hygiene supaya rupadiri lebih terurus atau disiplin diri. Manakala sunan syariat ni adalah peraturan2 dalam mengatur hubungan sesama manusia. sunan fitrah adalah personal management (urusan personal), manakala sunan syariat, pengurusan masyarakat dan negara.
cth sunan fitrah ialah trim misai, dan simpan janggut. Kalau kita tak buat, ia tidak mendatangkan masalah kpd org lain.
cth sunan syariat: menjaga hak jiran. Kalau kita tak buat, maka hubungan sesama jiran2 akan lemah dan kehidupan bermasyarakat akan musnah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu May 29, 2014 12:00 pm

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

Sahih, dalil hadith:

الْبِسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فإنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُم


"Pakailah pakaian-pakaian kalian yang berwarna putih, sesungguhnya itu merupakan pakaian kalian yang terbaik, dan hendaknya kalian mengkafani mayat-mayat kalian dengan kain putih" (HR Abu Dawud, Termizi, ibn Majah, Ahmad, al-Albani kata sahih dalam Jilbab al-Mar'ah, ms 82)
Tapi ia hanyalah sunnah al-jibliah (kebiasaan/tabiat Nabi saw yg dibentuk oleh iklim, citarasa tempatan, budaya dan norma kaum), termasuk di dalamnya warna pakaian, jubah, serban, igal, smagh, kasut, capal, kenderaan (kaldai atau unta)...ianya tidak diberatkan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu May 29, 2014 12:21 pm

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

sahih
Dari Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi saw bersabda,
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu May 29, 2014 10:34 pm


31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

Tidak sahih
. Ini hanyalah petua sahaja. Tidak ada dalam kitab-kitab sunnah akan larangan ini.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu May 29, 2014 10:54 pm

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

Sahih, namanya Qailulah, nas
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:

قِيْلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ

“Qailulah-lah kalian, sesungguhnya setan-setan itu tidak pernah istirahat siang.” (HR. Abu Nu’aim dalam Ath-Thibb), al-Albani, Ash-Shahihah no. 1637: isnadnya shahih); waktunya khilaf, ada kata sebelum zawal (masuk zuhur) dan boleh juga selepas solat zuhur.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by Mohamad hafiz Fri May 30, 2014 2:57 am

thtl wrote:

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

Tidak sahih
. Ini hanyalah petua sahaja. Tidak ada dalam kitab-kitab sunnah akan larangan ini.

Ya Ustaz, ape sebab Rasulullah SAW minum sambil berdiri (minum air zam2) ? dan ape sebab baginda melarang kita minum sambil berdiri ? Ada yg mengatakan hanya atas sebab2 tertentu baginda minum sambil berdiri.
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Fri May 30, 2014 7:44 am

Itulah maksud Islam itu mudah dan anjal.

Hukum asal, dibenci makan dan minum sambil berdiri, jika ada kesulitan, cthnya di mesjid haram, org ramai, tak ada ruang duduk, dan org sibuk dgn tawaf dan sa'iy dan perlu cepat, maka harus berdiri kerana ada uzur.
itu kaedah islam, dilarang atau dibenci jika keadaan normal, bila ada kesulitan atau uzur, maka dibolehkan yg terlarang atau yg dibenci syarak.
cth di sediakan kerusi dgn banyak dan org pun tak ada, maka dia masih minum berdiri, ini mmg makruh, jika tak ada tempat nak duduk dan org ramai, maka bisa saja minum berdiri.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Fri May 30, 2014 8:02 pm


33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

Sahih dengan adanya khilaf
Nas hadith yg melarang

عن أبي مجلز قال خرج معاوية على بن الزبير وبن عامر فقام بن عامر وجلس بن الزبير فقال معاوية لابن عامر اجلس فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من أحب أن يمثل له الرجال قياما فليتبوأ مقعده من النار
Dari Abu Mijlaz ia berkata : Mu’awiyyah keluar menemui Ibnuz-Zubair dan Ibnu ‘Aamir. Maka Ibnu ‘Aamir berdiri sementara Ibnuz-Zubair tetap duduk. Berkata mu’awiyyah kepada Ibnu ‘Aamir : “Duduklah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Barangsiapa yang suka seseorang berdiri untuknya, maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad no. 977, Abu Dawud no. 5229, At-Tirmidzi no. 2753, Ahmad 4/93, dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahaan 1/219; shahih menurut al-Albani].
Yang dilarang ialah pemimpin yg suka pengikutnya berbuat demikian

sebaliknya berdiri juga dibolehkan dan juga sunnah menurut Imam Nawawi dan Ibn Hajar jika menyambut dan memuliakan org yg soleh.
ini dalam Fath alBari:
“Ibnul-Qayyim berkata dalam Hasyiyyah As-Sunan : Berdiri terbagi menjadi tiga tingkatan. Pertama, berdiri pengagungan terhadap seorang yang sedang duduk, ini merupakan perbuatan orang-orang yang sombong/dhalim. Kedua, berdiri untuk menyambut kedatangan seseorang, ini tidak mengapa. Ketiga, berdiri ketika melihat seseorang, ini yang diperselisihkan para ulama” [Fathul-Bariy, 11/51].

Juga jika ia menjadi sebahagian adat, maka ia juga muhkam:
kaidah dalam ushul fiqh,

العادة محكمة

“Adat dapat menjadi dasar dalam hukum”
Maka jika anda ada majlis di istana, menghadiri kes di mahkamah, maka adat istana dan mahkamah adalah berdiri menyambut ketibaan raja dan Hakim. sekian
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sat May 31, 2014 12:06 am

34. PAKAIAN BERWARNA USHFUR
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

Sahih, nas hadith yg melarang

أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَخْبَرَهُ قَالَ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَىَّ ثَوْبَيْنِ مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ « إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلاَ تَلْبَسْهَا ».

Telah mengabarkan kepadanya, dan ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash; Telah mengabarkan kepadanya, dia berkata; Rasulullah saw pernah melihat aku memakai dua potong pakaian yang dicelup ‘ushfur, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.” (HR. Muslim no. 2077)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sat May 31, 2014 12:17 am

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
Sahih
Nas AQ
Perintah Memberi Makan Orang Miskin
AQS al-Maa'un: 1-3 [“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.”]

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sat May 31, 2014 10:08 pm

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

Tak sahih
Dalam kitab Ath-thibb minal Kitab was Sunnah, Muwafiquddin Al Baghdadi (الطب من الكتاب والسنة لموفق الدين عبداللطيف البغدادي ), ms 135, mengatakan, “Rasulullah SAW biasa minum madu setiap hari, yaitu madu yang dicampur air. Beliau meminumnya di pagi hari ketika perut masih kosong”. Tidak diketahui akan kesahihannya kerana al-Baghdadi tidak menyatakan sanadnya.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sat May 31, 2014 10:42 pm

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu
Khilaf akan kesahihannya:
و حديث ابن عمر رواه الترمذي في السنن والبيهقي وغيرهما من حديث ابن أبي فديك عن عبدالله بن مسلم عن أبيه عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
"ثلاثة لا ترد اللبن والوسائد والدهن".
Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu." ((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) -
Mutaqaddimin spt at-Termidzi menyatakan hadith "ghareeb" (petanda dha'if), Ibn Qayyim, kata hadith ma'lul (cacat) dan Ibn Abi Haatim, hadith mungkar (dha'if). syaikh Mahir yg mentahqiq asy-Syama'il Termidzi:

قال الشيخ ماهر بن ياسين الفحل حفظه الله في تعليقه على الشمائل للترمذي الحديث(218) ص 130
hadith dha'if.
Muhaddith spt al-Albani, Ibn Hajar, Imam Nawawi, kata hadith hasan.

Jika ianya sahih/hasan bermaksud, jika kita menjadi tamu, maka jangan tolak tiga perkara, bantal atau sofa stail arab utk bersandar, minuman yg dihidangkan (sekarang ialah jus atau teh) dan minyak wangi.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Sun Jun 01, 2014 9:11 pm

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

Tidak sahih, ini kerana Imam Abu Isa at-Termidzi ada satu bab dlm Syamail Muhammadiah:
34 - باب ما جاء في ضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم


bab 34: Perihal ketawa RasuluLlah saw..
ada 9 hadith dalam tu yg menceritakan baginda mmg ketawa dan senyum. bahkan Allah pun ketawa..
dalil:
hadis Bukhari dan Muslim, "Allah ketawa terhadap dua lelaki, salah seorangnya membunuh yg seorang lagi, kedua-duanya masuk ke syurga....". (Bukhari no: 2671 dan Muslim no: 1890).

Dr Yusof al-Qardhawi berkata, tidak benar sama sekali anggapan sesetengah pihak, bahawa Islam adalah agama yg serius dan kering kontang...ada senyum, ketawa dan tangisan...cuma tidak melampau batas dalam ketawa.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Mon Jun 02, 2014 9:06 am

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
Tidak sahih, bahkan mursal
كان أحبُّ الشرابِ إلى رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : الحلوَ الباردَ

الراوي: عائشة أم المؤمنين المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1895
خلاصة حكم المحدث: الصحيح عن الزهري مرسلا
"Adapun minuman yg paling disukai Nabi saw ialah yang manis dan sejuk" HR Termidzi. kata Imam Abu `Isa, yg sahih dari az-Zuhri, hadith Mursal (dha'if)
Nabi suka apa jua minuman yg ada ditanah arab pada masa itu. baginda dilapurkan menyukai madu, susu, nabiz, dan air sejuk. Ini semua sunnah al-jibliyah atau sunnah yg bersifat peribadi.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 2 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum