BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

3 posters

Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by umrah persendirian Wed May 28, 2014 8:08 am

Bila sebut saja CUKAI tak kiralah apa jenis cukai tentulah pengguna yang terpaut dgn cukai itu akan merasa tidak selesa.

Malaysia, melalui pembentangan Belajawan 2014, telah memperkenalkan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang akan melaksanakan mulai 1 april 2015 menggantikan SST sebelum ini. Perlaksanaan GST ini adalah tambahan kepada pelbagai cukai yang sedia seperti cukai pembuatan/pengeluaran dan cukai Pendapatan.

Sedutan dari lapuran BERNAMA

Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus. Menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, GST adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.- BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_37/Bajet-2014-GST-akan-dilaksanakan-mulai-1-April-2015#ixzz32yfxel5y © Utusan Melayu (M) Bhd wrote:

Terkecuali dari GST

  1. bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung
  2. bekalan air paip
  3. 200 unit pertama bekalan elektrik sebulan pelanggan domestik
  4. perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya
  5. pelajaran
  6. perkhidmatan kesihatan
  7. Jual beli dan sewaan rumah kediaman
  8. perkhidmatan kewangan yang terpilih.

 
"Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Di ASEAN nampaknya hanya tinggal 3 buah sahaja negara belum laksanakan, selepas 1/4/15 hanya akan tinggal Brunei dan Myanmar

Bila GST di laksanakan, rakyat secara keseluruhannya akan terlibat seawal bayi lagi  apabila menggunakan pampers dan susu bayi sehinggalah kepada tua dan sampai peringkat mati bila membeli kelengkapan pengkebumian seperti kain untuk kapan dan lain-lain.


Apakah cukai GST?

GST dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax (cukai barangan dan perkhidmatan) adalah sistem cukai yang dicipta oleh barat. Ia mula diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Laure.

Kadar GST negara jiran:

  1. Singapura kadar 5%
  2. Thailand   kadar   7%,
  3. Indonesia kadar   10%
  4. Filipina     kadar   10%
  5. Malaysia akan melaksanakan pada kadarnya 6%.




Dalam melaksanakan GST ataupun apa-apa CUKAI sekalipun, banyak negara termasuk Malaysia akan mengambil acuan dari barat walaupun kaedah barat itu tidak semestinya berjaya dan kadang-kadang membebankan rakyat.
Kaedah Percukai ISLAM nampaknya lebih berjaya terutama yang berlaku semasa Khalifah Umar Abdul Aziz seperti sedutan di bawah.


sumber
Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai:“Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.

Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya:

“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”

Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas.

Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam.

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas tidak akan timbul dalam sejarah.

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas.


Persoalan yang boleh di bincangkan di sini berkaitan perlaksaan GST di Malaysia:

  1. Apakah pandangan  mengikut mengikut Ahlu Sunnah Wal Jemaah terhadapt perlaksaan GST ini.
  2. Apakah hukum bagi penerima dan pembayar GST


Mohon pencerahan sterusnya.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by thtl Wed May 28, 2014 9:28 am

1. ASWJ larang  Kerajaan kutip cukai dari rakyat, nasnya:
إِنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ

الراوي:  رويفع بن ثابت الأنصاري المحدث: الألباني  - المصدر: صحيح الترغيب - الصفحة أو الرقم: 787
خلاصة حكم المحدث: صحيح
قال شعيب الأناؤوط : حسن لغيره
terjemah "bahawa pemungut cukai dalam neraka" HR Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh syaikh Syu'aib
Pendapatan negara/daulah zaman dulu kebanyakannya dari ghanimah atau harta yg dirampas dari negara yg ditakluki dan cukai ke atas penduduk Zimmi.
Untuk zaman sekarang, kata DYQ, kerajaan boleh kenakan tax (selain zakat) bila sumber perbendaharaan tidak ada melainkan melalui percukaian (taxation).
Hukum asal: haram dikenakan cukai kpd rakyat
Harus jika kerajaan tidak ada sumber kewangan untuk membiayai kos pengurusan negara.


Last edited by thtl on Wed May 28, 2014 9:17 pm; edited 1 time in total
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by thtl Wed May 28, 2014 9:31 am

2. Hukumnya harus, komentar al-Qurthubi
Imam Al-Qurtubi pula menerangkan syarat-syarat mengambil harta rakyat dan mengagihkannya kembali dalam bentuk cukai adalah seperti berikut;

1. jangan pemimpin mementingkan dirinya dengan membebankan rakyat.

2. hendaklah dipentingkan kepada golongan yang paling berhajat dengan bantuan kewangan.

3. hendaklah disama-ratakan pembahagian negara [hasil pungutan cukai] berpandukan taraf kedudukan rakyat.
[Tafsir al-Qadhi Al-Qurtubi al-Maaliki, Ahkamul Qur'an : 11:60]
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by Mohamad hafiz Wed May 28, 2014 12:37 pm

GST dah dilaksanakan di Sarawak, area Sibu. Baru tengah hari tadi saya baiki kereta di workshop, bila dh bayar tu, dkat resit tu, mereka ada kenakan gst. Tempat jual brg peralatan computer pun dh laksana gst. Yg lain blum tahu lagi.

Area kuching, mukah, tmpt lain blum tahu lagi setakat ni. Yang pasti setakat ni Sibu dh guna dh. Mungkin semenanjung ade jugak dh guna gst ni.
Apa kata rakan2 di forum ?
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by umrah persendirian Wed May 28, 2014 6:26 pm

GST belum di laksanakan di Malaysia termasuklah di Sibu. Cukai yang sedang di kenakan sekarang ialah SST (Sales n Service Tax) yg kadarnya juga 6%. SST di kenakan pada perniagaan tertentu seperti KFC, MD, SCR(Sarawak) dan kalau w/shop mungkin spt Toyota Service, Proton Service Centre atau Produa Service center.
Kalau seperti saudara kata di Sibu sudah ada GST, itu tak benar. Jika ianya benar, aduan kepada kementerian berkenaan berdasarkan bukti resit. Bagaimanapun tolong pastikan resit itu di tulis GST atau SST.

TQ

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by thtl Wed May 28, 2014 7:48 pm

SST tu
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by Mohamad hafiz Thu May 29, 2014 4:45 am

owh, sst, tpi ditulis dkat resit government sales tax(GST), huhuhuhu
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by umrah persendirian Thu May 29, 2014 5:28 am

GST = Goods and Services Tax (cukai barangan dan perkhidmatan). GST belum laksana.

SST = Sales and services Tax yang sedang berkuatkuasa sekarang. Hanya perniagaan tertentu saja seperti hotel 5*.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by Mohamad hafiz Thu May 29, 2014 7:10 am

umrah persendirian wrote:GST = Goods and Services Tax (cukai barangan dan perkhidmatan). GST belum laksana.

SST = Sales and services Tax yang sedang berkuatkuasa sekarang. Hanya perniagaan tertentu saja seperti hotel 5*.

syukran
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Empty Re: Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum