BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

+7
Nizam
rul85
nurhidayah
ZulQ
thtl
fikri_50
lovebattery
11 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Tue Sep 25, 2012 10:42 am

Assalamualaikum warga bicarathtl.

Saya mohon pandangan2 agama dari yg arif di sini tentang beberapa persoalan di bawah:

1. apakah perubatan2 berlabel 'islam' e.g. darussyifa, ustaz2 tertentu di tv dll tu selari dgn syarak?

seorang ahli keluarga terdekat saya baru2 ni didiagnose dgn kanser. pada mulanya dia ni setuju nak terima rawatan ke hospital dan pada masa yg sama ambil rawatan alternatif sebagai tambahan kepada rawatan hospital. saya takde masalah dan sokong tindakannya.

tapi baru2 ni dia bagitau saya yg dia dah taknak ke hospital sebab nak concentrate pada rawatan alternatif.. dalam kes ni darussyifa. dah beberapa kali ke darussyifa dan menurutnya dia dah mula rasa sihat dan sel kanser tu dah semakin mengecil (saya tak tahu macam mana nak verify kesahihan claim dia ni..).

walaupun saya tak setuju dgn tindakan dia, tapi apa yg lebih utama ialah kesihatan dia. bila tengok dia cakap dia makin sihat dan takde apa yg perlu dibimbangkan saya patah hujah untuk dorong dia dapatkan rawatan ke hospital.

pada masa yg sama saya agak skeptik dgn kaedah2 perubatan berlabel 'islam' ni. pada saya islam mengiktiraf semua jenis perubatan moden selagi mana ia dilaksanakan dalam kerangka syarak. perasaan ni jadi lebih kuat bila pengamal perubatan 'islam' ni mengenakan pantang larang tertentu dan bacaan2 tertentu yg tak sabit dari nabi s.a.w. (kalau yg sabit dari nabi saya tak kisah).

amalan2 seperti baca fatihah senafas, ayat2 quran tertentu yg dibaca dgn kadar2 tertentu, air jampi, piring putih, tumbuhan2 yg tak boleh disentuh tanpa wudhuk dll...

di samping risaukan kesihatan dirinya saya pun bertambah risau dgn akidahnya. saya ambil pendekatan berhati2 dalam benda2 macam ni. sebab kalau salah langkah boleh bawa kpd syirik.

harap dapat bawakan dalil yg sahih berkenaan konsep perubatan islam yg sebenar dan juga kalau saudara2 ada kaedah hikmah utk memujuk ahli keluarga saya ni untuk terima rawatan hospital.

2. apakah pandangan islam tentang amalan org2 melayu yg jemput ustaz2 tertentu untuk 'memagar' kawasan rumah?

baru2 ni juga, dia panggil seorang ustaz untuk 'memagar' kawasan rumahnya. saya secara umum tak menolak amalan 'memagar' atau membuat 'pendinding' yg berlandaskan al-quran dan sunnah. banyak riwayat2 sahih dari nabi s.a.w yg boleh kita manfaatkan sebagai org islam utk berlindung dari syaitan.

namun sekali lagi saya ragu2 dgn kaedah yg diamalkan oleh 'ustaz' yg 'memagar' kawasan rumah ahli keluarga saya ni. cara2 seperti menabur garam kasar, lada hitam & kacang hijau disekeliling rumah, membakar sesuatu benda2 tertentu untuk memperasapkan rumah, pantang-larang bawa masuk benda2 hanyir e.g. daging, ikan dll ke dalam rumah ikut tempoh2 tertentu dan macam2 lagi yg saya rasakan langsung takde roh islam dalam amalan2 tersebut (walaupun diiringi dgn bacaan ayat quran dan nama allah).

sekali lagi perkara yg berkaitan dgn akidah ni yg buat saya risau...

3. apakah yg diajarkan allah dan rasulnya s.a.w. kepada kita dalam hal2 berlindung daripada gangguan jin dan syaitan? mohon disertakan dalil.

sekian.

wassalam.

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by fikri_50 Tue Sep 25, 2012 11:56 am

wasalam..

polisi dalam darussyifa, apabila melibatkan kesihatan fizikal especially yang serius, pesakit akan ditanya samaada dah jumpa doktor atau belum?

pesakit diminta mendapat rawatan doktor di hospital/klinik terlebih dahulu. ini seperti disebut oleh ustaz abdul rashid & tn. haji abdul rahman (antara org besar darussyifa) di bangi. kerana itu ust Haron Din juga mendapatkan rawatan di amerika utk pembedahan jantung.

ilmu Allah luas. kenapa mesti kita limitkan perubatan dgn doa dan jampi? krn itu ust Haron Din sebut pembedahan, kemoterapi, radioterapi dll adalah selaras dgn islam (mafhum drp hadith nabi cakap pasal berubat dgn besi panas).

saper perawat rakan anda tu? di cawangan mana? minta ahli keluarga anda jumpa pakar di hospital sebelum jadi lebih serius. ini spt suggestion ust haron iaitu ada kes org dipatuk ular berbisa di atas padang pasir pada zaman nabi. nabi suruh org tu pergi berubat. menunjukkan nabi mengiktiraf kepakaran.

antara kitab rujukan dalam darussyifa ialah at-tibb nawawi.

berkenaan gangguan jin dan doanya, dalil2 sangat banyak. contohnya di dalam buku sihir & cara rawatannya karangana syeikh wahid 'abdus salam. atau saudara boleh try search 'ayat-ayat ruqyah' di google

fikri_50
AHLI
AHLI

Posts : 7
Points : 9
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Wed Sep 26, 2012 3:42 am

terima kasih kerana reply.

ahli keluarga yg berkenaan ialah ibu mertua saya.

berkenaan anjuran segera ke hospital tu dah saya dan isteri pujuk.. tapi kurang menjadi.

macam saya cakap, saya takde masalah dgn rawatan berlabel 'islam' ni... tapi kalau sampai meninggalkan rawatan hospital semata2 kerana nak tumpukan pada rawatan alternatif, pendapat saya satu tindakan yg amat risky bagi seorang pesakit kanser. sebab mudarat kanser berkadar terus dgn masa. lagi lambat dapat treatment, selagi sel kanser akan develop dalam tubuh pesakit.

berkenaan ayat2 ruqyah tu, saya ada terjumpa beberapa link...

tapi takde nyatakan sumber dari mana...
potongan2 ayat tertentu dgn bilangan2 tertentu ni sabit ke dari nabi s.a.w?

amalan mamagar rumah tu pun sabit ke dari nabi s.a.w?

wassalam.

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Wed Sep 26, 2012 6:38 am

Jawab:

1. ruqyah, lihat sampel yg saya kasi link

ruqyah yg sahih

juga cari kita Dr Ali Wahaf al-Qahthani, Ruqyah syar'iyah...ada terjemahan Melayu dan Indo

2. Pagar rumah, yg paling aula, pagar dgn sistem penggera (alarm) tercanggih hari ni. Alarm system itulah yg islamicnya...hehehe
yg sebenarnya, pagar yg paling kuat ialah Hudud. Hudud itulah yg memagar dan mengawal jenayah. Bila hudud tak ada, jnayah amat tinggi, maka langkah terbaik ialah pasang security dan alarm. Kereta anda, anda nak pilih pagar dgn ruqyah atau pasang car alarm system dgn immobiliser?

kalau saya, saya pilik alarm + immobilizer..itu lebih Islamik dan releven dgn zaman dan realiti jnayah semasa.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by fikri_50 Wed Sep 26, 2012 11:32 am

Amalan pagar rumah dgn bacaan tertentu, bahan tertentu dan method tertentu tak boleh disabitkan dengan amalan nabi.

Ia hanya suggestion atau anjuran berdasarkan pengalaman dll. Umumnya sebagai doa.

Pagar rumah sekali. Baca doa yang ma'thur dan ambil langkah keselamatan tiap-tiap hari.

Hudud adalah terbaik sebab ia pencegahan drp Allah (nakalan minallah).

ust Haron Din tulis dalam akhbar Harakah : 16-30 April 2007 halaman 18 : al-Quran menyebut dengan jelas, jika jenayah tersebut dihukum setimpal mengikut hukum Allah, maka Allah berjanji akan menahan penjenayah itu atau sesiapa sahaja daripada melakukan jenayah terbabit pada masa depan. ‘Nakalan minallah’ iaitu pencegahan daripada Allah bukan kerana keperitan atau kedahsyatan hukuman tersebut tetapi kerana yang memiliki kuasa untuk mengubah hati budi manusia adalah Allah.

fikri_50
AHLI
AHLI

Posts : 7
Points : 9
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Wed Sep 26, 2012 12:19 pm

terima kasih saudara thtl & fikri50.

macam mana pula kalau 'memagar' rumah daripada gangguan makhluk halus?

ada ke kaedah2 tertentu boleh kita manfaatkan drpd petunjuk nabi s.a.w.?

ritual tabur garam, lada hitam, kacang hijau tu ada asasnya ke dalam islam?

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Wed Sep 26, 2012 4:16 pm

makhluk halus ni sama juga dgn virus dan bacteria, lipas, semut dan unggas..time dia nak datang, datang juga..cuma antibody kitalah (iman dan taqwa) kena sentiasa maintain.

gitulah rumah kita pun, tak ada yg selamat dari kedatangan jin/syaitan, sama dgn kedatang lipas dan semut juga. jin mmg akan datang kot kot mana mana kita pagar pun, nama pun makhluk ghaib.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by ZulQ Wed Sep 26, 2012 11:07 pm

Assalamualaikum,

Malah tabur garam tu menyerupai ritual agama Shinto jika mereka hendak "menghalau" hantu. Cukuplah memagar dengan iman dan doa, tak perlu perantaraan.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Thu Sep 27, 2012 4:48 am

saya pernah jugak dengar pasal ritual di bawah:

ada juga ritual meletakkan 'pasak' di 4 penjuru rumah.
'pasak' yg dipasang ni macam bunjut kecil yg diperbuat daripada kain kuning.. ada pulak tulis kalimah 'ALLAH' kat situ. content dalam bunjut tu pulak wallahua'lam.

tapi pada masa yg sama, ritual 'memagar' rumah ni turut diikuti bacaan ayat2 quran dan laungan azan.

rumah jugak diperasap dgn kemenyan.

ditambah lagi ada ahli keluarga perempuan yg turut dimandikan oleh 'ustaz' ni tanpa ada batasan aurat dan bersentuhan antara lelaki/perempuan bukan mahram... konon utk tujuan pendinding dan berubat.

ini jelas pada saya sangat bercanggah dgn apa yg diajar oleh nabi s.a.w. kpd umatnya...

saya jugak ada dengar tentang 'ijtihad' penyokong2 ritual ni tentang darurah ketika berubat yg mengharuskan batas aurat dan sentuhan lelaki/perempuan dilonggarkan. disamakan pulak macam doktor yg mengubati pesakit.

soalan saya...

boleh ke pakai kaedah menyamakan doktor dgn ritual 'ustaz' ni?

sejauh manakah islam beri kelonggaran dalam darurah ni?

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by fikri_50 Thu Sep 27, 2012 5:56 am

lovebattery,

ust darussyifa tu guna garam, lada hitam dan kacang hijau ker? pelik. dia cawangan mana..boleh tau nama?

yang buat ritual perasap tu ..ustaz drp pertubuhan / organisasi mana?

fikri_50
AHLI
AHLI

Posts : 7
Points : 9
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Thu Sep 27, 2012 7:01 am

ohh bukan...

yg guna barang2 tu bukan darussyifa.
darussyifa tu cuma time berubat kanser.

ni orang perseorangan yg claim mahir dalam ilmu pagar memagar ni yg pelik sikit, di samping dia pun claim dia boleh mengubati kanser.


fikri_50 wrote:lovebattery,

ust darussyifa tu guna garam, lada hitam dan kacang hijau ker? pelik. dia cawangan mana..boleh tau nama?

yang buat ritual perasap tu ..ustaz drp pertubuhan / organisasi mana?

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Thu Sep 27, 2012 7:06 am

Jauhilah apa yg meragui kamu.
berubat dgn pengamal perubatan alternatif yg anda yakini dan kenali hatibudinya.
masalah aurat mmg boleh tolakansur, tapi ia benar dharurat
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by nurhidayah Thu Oct 04, 2012 4:39 am

Assalammualaikum, ustaz.

Saya tertarik dengan kata ustaz, kalau makhlub ghaib ni nak datang dia datang juga, bergantung pada iman/takwa kita. Jadi, maksudnya ustaz, walau kita dah pagar sekalipun, makhlub ghaib ni masih boleh masuk lah kan. Begitu juga dalam perkara lain, walaupun kita dah ucap bismillahirrahmanirrahim dan auzubillahimissyaitanirrojim pun syaitan masih lagi mampu mengganggu setiap perbuatan kita ya, ustaz?

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 38
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by rul85 Thu Oct 04, 2012 4:45 am

Salam, bagaimana dgn perubatan ustaz asyraf..

rul85
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 46
Join date : 04/08/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Thu Oct 04, 2012 11:24 am

nur,
sahih. hanya Nabi Muhammad saw aja yg terselamat. kita semua mmg tak ada immunity.


rul,

saya tak tahu pasal metod perubatan asyraf. so, no comment.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by Nizam Sat Oct 06, 2012 2:08 pm

Thtl tahu ustaz sunnah yg leh ruqyah?
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Sat Oct 06, 2012 10:57 pm

tak tahu..

manhaj sunnah, pergi hospital je..kemudian ruqyah dan zikir, lakukan sendiri. trust yerself.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Mon Oct 08, 2012 10:57 am

bab ruqyah pada diri sendiri tu yg ramai orang melayu islam masih 'segan' nak amalkan....

thtl wrote:tak tahu..

manhaj sunnah, pergi hospital je..kemudian ruqyah dan zikir, lakukan sendiri. trust yerself.

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Mon Oct 08, 2012 11:06 am

melayu kita ni dia low self-confidence sebab dah bias apak lebai buatkan, pak lebai tlg baca yasinkan, tolong tahlilkan, maka jampi dan ruqyah pun depa harapkan pak lebai, solat hajat pun depa upah pak lebai juga
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Mon Oct 08, 2012 12:45 pm

jadi, apakah kaedah yg paling hikmah yg boleh kita buat utk mendekatkan orang melayu islam di malaysia kpd sunnah yg kian dilupakan ni?

especially kpd golongan2 gen baby-boomers yg masih kuat lagi kepercayaan kpd bomoh/ustaz/pak lebai dalam hal2 ruqyah ni...

kita ni tak nak nampak terlalu keras sampai mencabar diorang... tapi kita tak nak nampak macam kita meremehkan benda ni. kalau salah langkah, nak terjerumus kpd syirik tu senang sangat...

ada idea yg kita boleh kongsi sama2?

thtl wrote:melayu kita ni dia low self-confidence sebab dah bias apak lebai buatkan, pak lebai tlg baca yasinkan, tolong tahlilkan, maka jampi dan ruqyah pun depa harapkan pak lebai, solat hajat pun depa upah pak lebai juga

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Mon Oct 08, 2012 1:12 pm

amat sulit, sebab kena tukar paradigm, Melayu perlukan anjakan paradigma..dari taqlid buta kpd madzhab tradisi kpd ittiba' sunnah (ikut dgn fiqhu dalil)

kemudian, golongan tradisional dan tareqat amat kuat menjaga agar manhaj taqlid ini menjadi amalan tegar di nusantara..

ia masih dalam pertembungan golongan pembaharuan vs golongan lama.

kita kena think big, politically...tapi gerakan sunnah di Malaysia tidak ada semua itu...kena kaji bagaimana Imam Muhammad abdul wahab melakukan paradigm shift di Nejd dan kemudian Hejaz. beliau menggunakan pedang dan politik bersama King Saud dynasty
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by lovebattery Tue Oct 09, 2012 3:48 am

perlu ada hubungan kuat antara gerakan sunnah dan pemerintah...


thtl wrote:amat sulit, sebab kena tukar paradigm, Melayu perlukan anjakan paradigma..dari taqlid buta kpd madzhab tradisi kpd ittiba' sunnah (ikut dgn fiqhu dalil)

kemudian, golongan tradisional dan tareqat amat kuat menjaga agar manhaj taqlid ini menjadi amalan tegar di nusantara..

ia masih dalam pertembungan golongan pembaharuan vs golongan lama.

kita kena think big, politically...tapi gerakan sunnah di Malaysia tidak ada semua itu...kena kaji bagaimana Imam Muhammad abdul wahab melakukan paradigm shift di Nejd dan kemudian Hejaz. beliau menggunakan pedang dan politik bersama King Saud dynasty

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by hafiz Wed Sep 24, 2014 2:13 am

saya cuma nak brtanya kepada ustaz dan forumer2 lain. adik saya sering diganggu makhluk halus. saya pun nak suruh dia mendalami lagi Islam, menghafal ayat2 Al-Quran beserta makna, dan sbagainya, supaya at least, kalau di diganggu, dia boleh melindungi diri dia sendiri.

saya ada fikir nak hantar ke darussyifa di bangi. adakah darussyifa berlandaskan Islam?

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by thtl Wed Sep 24, 2014 9:18 am

Berapa usia dia dan lelaki/perempuan?
Ruqyahnya mmg senang je, sebelum tidur baca Qul Huwallah 3X, al-Falaq, 3X, al-Nas 3X dan ayat Kursi dan usap dari kepala hingga kaki.
Darul Syifa' mmg perubatan alternatif, tapi tak dapat dipastikan apa metod yang depa pakai...saya tak pernah ke sana. tak salah nak try dan perhatikan cara rawatan mereka. (perubatan Islam Islam ialah perubatan moden dgn doktor2 yg pakar dan peralatan terkini)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by seijiseimura84 Wed Sep 24, 2014 9:42 am

Saya lebih sarankan kepada combination of treatment kalau betul2 nak focus pada rawatan alternatif.
Tp hakikatnya, ramai yg nak rawatan alternatif sebenarnya atas sebab tak mau dicucuk jarum, tunggu lama di hospital, buat ini buat itu, buat scan, cucuk sini, tak caya, cuba korek cite, mesti ada yg dia tak puas hati pasal hospital
Perasaan lebih sihat ni kadang2 bersifat psikologi yg dipanggil "placebo effect". Mmg terbukti melalui kajian saintifik, mind over matter, kepercayaan boleh mempengaruhi apa kita rasa. Lebih percaya dia terhadap rawatan alternatif, lebih hebat kesannya
Sel kanser semakin mengecil??

Satu benda org yg tak faham prinsip rawatan alternatif, rawatan alternatif mungkin berkesan pd zaman dulu, tapi tak semestinya berkesan zaman sekarang, kerana kefahaman dan ketulenan ilmu tersebut berubah setelah zaman berubah kerana, ilmu tersebut byk disampaikan secara turun menurun. SEbab tu , kita melihat rawatan alternatif ni kesannya adalah random
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar Empty Re: Perubatan Berlabel 'Islam' dan Pendinding/Pemagar

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum