Percikkan air ketika mencuci

View previous topic View next topic Go down

Percikkan air ketika mencuci

Post by Nizam on Sat Aug 11, 2012 3:07 pm

Salam

tangan ana terkena najis namun tak kelihatan ain najis (warna, rasa) lalu ana membasuh guna pili paip, masa basuh percikan air terkena pada track suit yang ana pakai, adakah ia dikira air mutanajjis?

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by thtl on Sat Aug 11, 2012 6:39 pm

tak, sebab air paip tu air mengalir.
lagipun biarlah kena track suit enta, sebab ia buka nak bawa utk solat pun kan? ke enta solat pakai track suit?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by Nizam on Sat Aug 11, 2012 7:27 pm

Kadang pakai gak hehe

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by rul85 on Tue Aug 14, 2012 4:11 am

Saya pun nak tanya, tp pasal air mutannajis lak..cemane kalau dlm baldi ada sedikit je najis..percikan najis,tapi ia tidak merubah rasa,warna,kemudian kita menggunakan utk basuh tangan,kaki..kemudian kita pegang tombol pintu..pijaklantai..adakah dah berjangkit jd najis

rul85
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 46
Join date : 04/08/2012

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by Adli_Khalim on Tue Aug 14, 2012 4:45 am

rul85 wrote:Saya pun nak tanya, tp pasal air mutannajis lak..cemane kalau dlm baldi ada sedikit je najis..percikan najis,tapi ia tidak merubah rasa,warna,kemudian kita menggunakan utk basuh tangan,kaki..kemudian kita pegang tombol pintu..pijaklantai..adakah dah berjangkit jd najis


1 - Bagaimana anda tahu ada "sedikit najis" kalau tak berubah sifatnya?


2 - Kalau betul anda lihat masuknya najis ke dalam air tersebut, kenapa anda nak gunakan air tu?


3 - Air kurang daripada 2 qullah jadi mutanajjis kalau dimasuki najis, walaupun tak berubah sifat menurut mazhab Asy-Syafi`iyyah. Namun menurut mazhab Al-Malikiyyah, air tersebut tidak menjadi najis jika tidak berubah sifat.


Ini menurut apa yang saya tahu.


Wallahu a`lam.

_________________
Sesi Ta`ruf: Adli Khalim

Adli_Khalim
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 121
Join date : 24/11/2011
Location : Jakarta Barat

http://blueincisivus.wordpress.com/

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by rul85 on Tue Aug 14, 2012 5:35 am

Tau nampak...bukan saya guna..saya nampak org lain telah menggunakannya

rul85
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 46
Join date : 04/08/2012

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by thtl on Tue Aug 14, 2012 5:57 am

najislah ikut mazhab syafi'iy.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by Ad-Dien on Thu Aug 16, 2012 3:06 am

Air yang bercampur najis ada 2 keadaan:

1. Najis itu merubah salah satu sama ada warna, rasa atau bau. Air dalam keadaan ini tidak boleh digunakan untu bersuci sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn al-Munzir dan ibn al-Mulqin.

2. Najis itu tidak merubah apa-apa antara tiga elemen itu. Maksudnya air itu tetap dalam kemutlakannya. Ia adalah suci lagi menyucikan sama ada kadar air itu sedikit atau banyak.


Dalil:

Hadith daripada Abu Sa'id Al-Khudri radhiallahu 'anhu, (Hadith sumur Budha'ah)

قيل : يا رسول الله أنتوضأ من بئر بضاعة ؟ وهي بئر يلقى فيها الحيض ولحوم الكلاب والنتن فقال : الماء طهور لا ينجسه شيء


Ada seseorang bertanya, wahai Rasulullah, bolehkah kami berwuduk dari sumur/ telaga Budha'ah?. Baginda menjawab: Air itu suci lagi menyucikan dan tiada suatu apa pun yang menyebabkannya bernajis.(Riwayat As-Syafie, Ahmad, Abu Daud, An-Nasai, Al-Tirmizi. Al-Tirmizi menilai hadith ini hasan manakala Imam Ahmad berkata: Hadith perigi Budha'ah adalah sahih. Turut dinilai sahih oleh Yahya bin Mu'in dan Abu Muhammad bin Hazm)


Allahua'lam

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by Adli_Khalim on Wed Aug 22, 2012 5:29 am

Ad-Dien wrote:Air yang bercampur najis ada 2 keadaan:

1. Najis itu merubah salah satu sama ada warna, rasa atau bau. Air dalam keadaan ini tidak boleh digunakan untu bersuci sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn al-Munzir dan ibn al-Mulqin.

2. Najis itu tidak merubah apa-apa antara tiga elemen itu. Maksudnya air itu tetap dalam kemutlakannya. Ia adalah suci lagi menyucikan sama ada kadar air itu sedikit atau banyak.


Dalil:

Hadith daripada Abu Sa'id Al-Khudri radhiallahu 'anhu, (Hadith sumur Budha'ah)

قيل : يا رسول الله أنتوضأ من بئر بضاعة ؟ وهي بئر يلقى فيها الحيض ولحوم الكلاب والنتن فقال : الماء طهور لا ينجسه شيء


Ada seseorang bertanya, wahai Rasulullah, bolehkah kami berwuduk dari sumur/ telaga Budha'ah?. Baginda menjawab: Air itu suci lagi menyucikan dan tiada suatu apa pun yang menyebabkannya bernajis.(Riwayat As-Syafie, Ahmad, Abu Daud, An-Nasai, Al-Tirmizi. Al-Tirmizi menilai hadith ini hasan manakala Imam Ahmad berkata: Hadith perigi Budha'ah adalah sahih. Turut dinilai sahih oleh Yahya bin Mu'in dan Abu Muhammad bin Hazm)


Allahua'lam


Ad-Dien kena bawakan hadits qullatain (2 Qullah) baru jelas sikit kenapa mazhab Asy-Syafi`iyyah kata najis akan menyebabkan air menjadi mutanajjis walaupun tak berubah sifatnya.

_________________
Sesi Ta`ruf: Adli Khalim

Adli_Khalim
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 121
Join date : 24/11/2011
Location : Jakarta Barat

http://blueincisivus.wordpress.com/

Back to top Go down

Re: Percikkan air ketika mencuci

Post by Sponsored content Today at 6:35 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum