BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

semakan:55 sunnah nabi.

+2
thtl
abu_aisyah
6 posters

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_aisyah Sun May 18, 2014 7:28 am

First topic message reminder :

As-salamu 'alaikum,ustaz thtl dan rakan2.apa khabar?

Mihon disemak status/fakta dibawah.
55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down


semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Tue Jun 03, 2014 9:43 pm


43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
Sahih
فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ ثُمَّ قَرَأَ الآيَاتِ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ آلِ عِمْرَانَ حَتَّى خَتَمَ

Dari Abdullah bin Abbas ra, dia berkata: “Kemudian Rasulullah SAW bangun, lalu mengusap (bekas pengaruh) tidur dari wajahnya (kedua mata), lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali Imran”. (HR Al Bukhari : 4571 dan Muslim : 763)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Tue Jun 03, 2014 10:17 pm

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

sahih dengan koreksi
قال صلى الله عليه وسلم "اجْتَمِعُوا عَلى طَعَامِكُم وَاذْكُروا اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ " رواه أبو داود (3/346)، وابن ماجه (2/1093)، وحسَّنه شيخُنا الألباني في "السلسلة الصحيحة" (664).
'Makanlah beramai-ramai, dan bacalah Bismillah, nescaya makanan itu menjadi berkat.'- direkodkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah, hadith hasan kata al-Albani
Namun sunnah juga makan berdua, yakni dgn isteri..tidak semestinya sunnah makan berjamaah sepanjang masa

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Wed Jun 04, 2014 9:39 am

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

Sahih
Ianya dinamakan solat qabliyah Zuhur 4 rakaat, dalil:
أنَّ رسولَ اللَّهِ -صلَّى اللَّهُ عليهِ وعلَى آلِه وسلَّمَ- كانَ يُصلِّي أربعًا بعدَ أن تَزولَ الشَّمسُ قبلَ الظُّهرِ فقالَ : إنَّها ساعةٌ تُفتَحُ فيها أبْوابُ السَّماءِ وأُحبُّ أن يصعدَ لي فيها عملٌ صالحٌ

الراوي: عبدالله بن السائب المحدث: الوادعي - المصدر: الصحيح المسند - الصفحة أو الرقم: 568
خلاصة حكم المحدث: حسن على شرط مسلم
Rasulullah saw sentiasa solat 4 rakaat qabliah zuhur dan bersabda:
"Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa pada saat itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana." HR Ahmad, Termidzi, disahihkan oleh al-Wad'iy katanya hasan (al-Sahih al-Musnad, dorar)

adapun tambahan " tertutup ketika solat zohor " tiada asalnya dan pelik kenapa pintu langit ditutup ketika solat?" Tiada asalnya

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Wed Jun 04, 2014 12:47 pm

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

sahih, dalil hadith:

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Wed Jun 04, 2014 12:58 pm

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

sahih
ما عابَ النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم طَعامًا قَطُّ، إنِ اشْتَهاه أكله وإلا تَرَكَه

الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 3563
Dari ABu Hurairah, " Nabi saw tidak pernah mencela makanan, jika dia suka dia makan, jika dia tak suka, dia biarkan saja." Muttafaq alaih
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Wed Jun 04, 2014 10:40 pm

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

sahih, dalil hadith:
كان رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا أتى بابَ قومٍ لم يستقبلِ البابَ من تلقاءِ وجهِه ، ولكن من ركنِه الأيمنِ أو الأيسرِ ، ويقولُ: السلامُ عليكمُ السلامُ عليكمُ وذلك أن الدورَ لم يكن عليها يومئذٍ ستورٌ
.

الراوي: عبدالله بن بسر المحدث: الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 5186
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Terj:
Dari Abdullah bin Busr, beliau berkata, “Apabila Rasulullah SAW mendatangi kediaman suatu kaum, beliau tidak menghadap ke arah pintu rumah dengan wajahnya, akan tetapi beliau memalingkan wajahnya ke arah kanan atau kiri, dan berkata: “Assalamu ’alaikum, assalaamu ’alaikum”. Hal itu dikarenakan rumah kediaman di saat itu belum memiliki penghalang seperti daun pintu.” (HR. Ahmad dan Abu Daud) disahihkan oleh al-Albani dalam sahih Abu Daud

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Wed Jun 04, 2014 11:05 pm

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
sahih
عنِ المُهاجرِ بنِ قُنفذٍ ، أنَّهُ أتى النَّبيَّ - صلَّى اللَّهُ علَيهِ وعلى آلِهِ وسلَّمَ - وَهوَ يبولُ فسلَّمَ عليهِ ، فلم يرُدَّ عليهِ حتَّى توضَّأَ ، ثمَّ اعتَذرَ إليهِ فقالَ إنِّي كَرِهْتُ أن أذكرَ اللَّهَ تعالى ذكرَه إلَّا علَى طُهْرٍ أو قالَ : على طَهارةٍ
.

الراوي: المهاجر بن قنفذ المحدث: الوادعي - المصدر: الصحيح المسند - الصفحة أو الرقم: 1161
خلاصة حكم المحدث: صحيح
terj:
Dan dari al-Muhajir bin Qunfudz, ia pernah datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang saat itu beliau sedang buang air kecil. Lalu ia mengucapkan salam kepadanya. Beliau tidak menjawabnya sehingga beliau berwudhu. Lalu Nabi menyampaikan alasannya, beliau bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla kecuali dalam keadaan suci. HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Wad'iy, al-sahih al-Musnad

Apakah berdehem atau isyarat suara itu tsabit?
Tidak thabit


thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 9:32 am

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

sahih
Dari Ibnu Abbas ra,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ

Nabi saw melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas. (HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan disahihkan oleh syaikh Syuaib Al-Arnauth).

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 10:09 am

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

sahih
أن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ؟أُتيَ بلَبَنٍ قد شيبَ بماءٍ، وعن يَمينِهِ أعْرابيٌّ، وعن شِمالِهِ أبو بكرٍ، فشَرِب ثم أعطَى الأعْرابيَّ وقال : ( الأيمَنَ فالأيمَنَ ) .


الراوي:  أنس بن مالك المحدث: البخاري  - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5619
terj: Dari Anas ra: Nabi saw pernah diberi susu (kambing) yang dicampur dgn air, terdapat di sisi kanan baginda seorang Arab dusun dan di sisi kiri pula Abu Bakar. baginda lantas meminumnya dan bakinya diberikan kpd Arab Dusun dan bersabda, " passing ke kanan, kanan lagi." Muttafaq alaih
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 12:15 pm

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

Sahih dgn penjelasan:

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : أَوْصَانِي خَلِيلِي صلى الله عليه وسلم بِثَلاثٍ : صِيَامِ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ , وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى , وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Terj:
Dari Abu Hurayra ra: Kekasihku saw berwasiat kepadaku agar berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat sunat dhuha, dan solat witir sebelum tidur. Muttafaq alaih, ini HR Bukhari, no 1845

Nota:
1. Khilaf akan wasiat nabi khusus kpd sahabat, apakah ia utk semua atau khusus kpd sahabat. ia khusus buat sahabat kerana Nabi saw melihat kemampuan dan kedudukan seseorang sahabat. sahabat yg lain dia melakukan amal dgn pedang dan yang lain dgn businessnya.
2. Puasa 3 hari setiap bulan boleh bermaksud mana2 tiga hari minima sebulan, atau 13-14-15 hb hijri, dan isnin dan khamis.

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 2:21 pm

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
sahih, tapi nasnya Dhaif

مرَّ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ على رجلٍ نائمٍ في المسجدِ مُنبطِحٍ على وجْهِهِ فضربَهُ برجلِهِ وقالَ قُم واقعُد فإنَّها نَومةٌ جَهنَّميَّةٌ

الراوي: أبو أمامة الباهلي المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف ابن ماجه - الصفحة أو الرقم: 751
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
Terj: Nabi saw pernah melewati seseorang yg tidur (dlm mesjid Nabawi) dengan posisi meniarap, maka Nabi cuit dengan kakinya dan bersabda," bangun, ini posisi tidur penduduk neraka jahannan."
dha'if Ibn Majah.
dibenci Allah adallah sahih:
وقال: ( إنَّ هذه ضِجْعَةٌ لا يُحِبُّها اللهُ )

الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن حبان - المصدر: صحيح ابن حبان - الصفحة أو الرقم: 5549
خلاصة حكم المحدث: أخرجه في صحيحه
"sesungguhnya tidur posisi meniarap adalah tidak disukai Allah." HR Nasa'iy dan Ibn Hibban mensahihkannya
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by hafiz Thu Jun 05, 2014 5:33 pm

cadangan saya, klau ustaz dh tentukan kesahihan kesemua hadis ni, klau sesiapa free, blhlh tlng susunkan ke, biar dia jadi compact. lps tu, kita sebarkan ramai2 kat whatsapp ke, fb ke.. insyaAllah, dpt pahala... klau nk lgi best, promote website ni skali kt situ. insyaAllah dpt bantu rmai orng n secara x lngsung, perbuatan2 yg orng kita buat tpi x tau diaorng slh (mcm bidaah dll), mngkin diaorng akan terfikir psl bnde ni klau diaorng terlihat post2 kita

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 10:45 pm

Like 
sapa yg nak volunteer Ok, dapat pahala banyak kerana membetulkan salah amalan sunnah dalam masyarakat kita
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 11:06 pm

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

Tidak sahih
Tidak ada hadith akan kaifiyat atau tatacara memegang kayu sugi, sebab ia pelbagai saiz dan panjang/pendek.
Dr Yusof al-Qardhawi (Fiqh Taharah) membahaskan siwak vs Oral hygiene (penjagaan gigi secara moden)
Menurut beliau, golongan literal (yg amalkan maksud zahir hadith) menetapkan sunnah hanya dgn siwak yakni kayu miswak yg datangnya dari India dan tanah Arab; manakala golongan yg guna fiqh maqosyid (ruh sunnah), oral hygiene juga termasuk dalam konsep siwak. Maksudnya sapa yg guna kayu sugi pun sunnah, yang guna berus gigi nylon bristle pun sunnah, guna ubat gigi, gargle dgn Listerine dan juga mendapat rawatan pergigian stiap 6 bulan pun sunnah oral juga.
Amalan yg selamat, guna berus gigi, dan guna ubat gigi yg mengandungi ekstrak pati miswak.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 11:16 pm

Akhir sunnah 55 wrote:55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sahih Nas Hadith

Dari A’isyah ra, bahwa Nabi saw bersabda,

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Terj:
Dua rakaat fajar, lebih baik dari pada dunia seisinya.” (HR. Muslim 725, Nasai 1759, Turmudzi 416, dan yang lainnya).

Fiqh:
ia adalah solat sunat qabliyah subuh. Maksud lebih baik dari dunia dan seisinya adalah pahalanya amat besar, bukan maksud kalau solat dua rakaat ni seseorang akan lebih kaya dari Bill Gates atau TS Syed Mukhtar al-Bukhari dari segi kekayaan fizikal. Pahala solat ni akan diclaim di Akhirat nanti. Adapun dii dunia, selepas solat sunat subuh dan solat subuh, dia masih kena pergi opis mencari rezki macam biasa, kena trafik jm dsbnya. cukup bulan terima gaji. hakikat hadith ini iala pahalanya begitu besar kerana degree of difficulty atau tahap kesukarannya amat sukar dilaksanakan oleh kebanyakan umat islam sejak dulu.


Last edited by thtl on Thu Jun 05, 2014 11:20 pm; edited 1 time in total
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Jun 05, 2014 11:17 pm

MAKA TAMATLAH TAHQIQ (SEMAKAN SEMULA BERASASKAN KAJIAN DALIL) KE ATAS 55 AMALAN SUNNAH YG FEMES DI FB.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_firdaus Fri Jun 06, 2014 4:43 am

Like  alhamdulillah
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by hafiz Fri Jun 06, 2014 9:46 am

ustaz, hadis hasan ni kira boleh diamalkan ke ustaz?

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Fri Jun 06, 2014 6:56 pm

Boleh, sebab ia sahih sebenarnya, ada dua jenis:
1. hasan lizaatihi, pada zatnya atau contennya mmg sahih
2. hasan lighairihi, ia sahih kerana di sokong oleh hadith lain yg sahih.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by hafiz Fri Jun 13, 2014 11:01 am

mcm mana dngn ini... saya cuba nk msukkan hujah2 ustaz thtl.. mungkin agak panjang sbb saya ni jnis x brapa pndai nk ringkaskan sesuatu


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH (Updated version)
55 amalan sunnah Rasullullah yang disebarkan sebelum ini telah ditahqiq (semakan semula berdasarkan kajian dalil) oleh Ustaz THTL dari bicarathtl.forumms.net . Semoga berguna dan diminta supaya disebarkan.

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
(Sunnah yang sebenar : menundukkan pandangan atau jaga mata dan tiada kaitan dgn panahan Iblis dan hilang nikmat ibadat 40 hari kerana tak ada kaitan dgn sunnah.)

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir. (Tidak sahih)

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri. (Sahih)

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
(Sahih, tetapi tambahan "walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" adalah tambahan yg tak ada asal usulnya.)

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan. (Sahih)

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
(Sahih, tetapi jika makanan itu memerlukan lima jari, spt nasi bagi sesetengah kaum, maka sunnah juga makan dgn 5 jari. (syarah Riadhus solihin, jld 7))

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
(Sahih. Nota: di internet kebanyakannya sebut hadith ni HR Bukhari, tapi yang sebenarnya dalam Adabul Mufrad bukan Jami' al-Sahih.)

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
(Sahih, akan tetapi, Nabi hanya sarankan bukan ancam dgn kisah Iblis (bersarang dan berbuai).
Tambahan Iblis akan bersarang di situ adalah tambahan Muhyidin ibn Arabi dalam kitabnya Sajaratul Kaun / Darul ‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah. Ibn Taymiyah komen, ia adalah batil, tiada asalnya.)

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
(Tidak sahih, bersiul  yang dilarang ialah di masjid.)

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
(Tidak sunnah aturan demikian, dalil:
Al-Hafizh Ibnu Hajar rh menjelaskan, “Dan tidak ada satu pun hadits yang shahih tentang urutan jemari ketika memotong kuku.” (Fathul Bari 10/345))

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri. (sama dengan no 10, tidak sahih)

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
(Tidak sahih, sunnah pakai short and long sleeve, tapi tidak isbal (melabuhkan pakaian kerana sombong) melebihi pergelangan tangan)

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
(Sahih, tetapi tidak sepatutnya masuk senarai sunnah kerana ia sunnah al-jibliyah (sunnah yg bersifat local, tabiat dan peribadi))

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
(Brsiwak itu sunnah, manakala fadilat 70X tasbih dan 70X solat adalah tidak sahih. Mengikut prof Dr Yusof al-Qardhawi, kesimpulan beliau, semua oral hygiene (penjagaan gigi) samada siwak, berus gigi, ubat gigi, gargle, mengunjungi dentist, semuanya termasuk sunnah siwak)

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
(Sahih. cara nak amalkan sunnah ini:
1. amalkan doa2 yg diajar oleh Nabi saw ketika sujud
2. tidak boleh tertinggal dari mengikuti Imam kalau solat berjamaah kerana lamanya berdoa.        Maka yg terbaik berdoalah ketika solat sunat sendirian khususnya solat malam.
3. doa ketika sujud ada dua jenis, satu: doa puji Allah, dua: doa minta sesuatu hajat.(Ibn Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 1:235))

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
(Sunnah yg sahih ialah berzikir ketika masuk, masuk dgn kaki kiri,
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
keluar dgn kaki kanan dan berzikir ketika keluar tandas: (غُفْرَانَكَ )
pakai selipar dan tutup kepala tu tidak tsabit.)

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas. (Sahih)

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong. (Sahih)

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja. (Sahih)

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
(Sahih, Adapun dihindari dr syaitan adalah tambahan dari Ibn Hajar Asqolani dalam al-Fath, 11:110.)

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
(Khilaf disebabkan nas hadith ini :  “Tatkala Nabi saw hendak menulis surat kepada (Kerajaan) Rome, maka dikatakan kepada baginda : "Sesungguhnya mereka (kaum Rom) tidak akan membaca tulisanmu jika tidak dicopmohor". Maka Nabi pun memakai cincin dari perak yang terpahat "Muhammad Rasulullah"” (HR Al-Bukhari no 5875). Kata Syaikh bin Uthaimin RH, hukum pakai cincin adalah sunah jika ada keperluan spt rubber stamp. Jika dia tidak memerlukan cincin utk sesuatu fungsi, maka ia jatuh harus sahaja. Maka tidak boleh 100% yakin bila dibuat kenyataan dapat pahala sunnah secara berterusan jika pakai cincin  )

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa. (Sahih)

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
(Sahih, Adapun Nabi saw mencalit 3X pada mata kanan dan kiri adalah adalah dha'if kerana adanya perawi dha'if bernama 'Abbad bin Manshur (Dr Maher al-Fahl, tahqiq hadith syama'il no 49)

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
(Khilaf yang muktabar.  Ini kerana pakaian org Islam adalah mengikut adat dan budaya sesuatu tempat. Budaya pakaian arab saudi misalnya, mereka hanya memakai jubah putih 24/7 utk semua keadaan, kerja, kenduri, ke mesjid. jubah putih satu2nya pakaian mereka. Manakala lelaki muslim di Malaysia mereka kebanyakannya mmakai seluar yg berasal dari Eropah dan cuttingnya adalah bawah pada buku lali. Oleh kerana semua cutting ini sama utk semua orang, maka tak ada langsung unsur sombong kepada pemakainya. Unsur kesombongan di zaman kini ialah JENAMA. seluar buatan BOSS, Levi's, Bonia, Guy Laroche, Dockers, dll. Jadi hukum isbal kepada masyarakat yg berubah dari pakai sarung kpd memakai seluar Barat, maka isu isbal tidak ada lagi melainkan isu jenama.)

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat? (Sahih)

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
(Sahih dgn koreksi iaitu tidak dinyataan dgn detail, depan tangan atau belakang, menandakan boleh keduanya.)

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya. (Sahih, ia adalah sunan al-fitrah bukanlah sunan syari'at)

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
(Sahih, akan tetapi pendapat yg terkuat ialah makruh menghadap kiblat ketika buang air di luar bangunan (org zaman dahulu bila mereka mengembara di padang pasir, akan buang air di kawasan terbuka) dan harus dalam bangunan.)

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
(Sahih, akan Tapi ia hanyalah sunnah al-jibliah (kebiasaan/tabiat Nabi saw yg dibentuk oleh iklim, citarasa tempatan, budaya dan norma kaum), termasuk di dalamnya warna pakaian, jubah, serban, igal, smagh, kasut, capal, kenderaan (kaldai atau unta)...ianya tidak diberatkan.)

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi. (Sahih)

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum. (Tidak sahih. Ini hanyalah petua sahaja. Tidak ada dalam kitab-kitab sunnah akan larangan ini.)

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor. (Sahih, namanya Qailulah)

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
(Sahih dengan adanya khilaf, terdapat nas yang melarang. sebaliknya berdiri juga dibolehkan dan juga sunnah menurut Imam Nawawi dan Ibn Hajar jika menyambut dan memuliakan org yg soleh. Juga jika ia menjadi sebahagian adat, maka ia juga muhkam:
kaidah dalam ushul fiqh, kaidah dalam ushul fiqh,
“Adat dapat menjadi dasar dalam hukum”
Maka jika anda ada majlis di istana, menghadiri kes di mahkamah, maka adat istana dan mahkamah adalah berdiri menyambut ketibaan Raja dan Hakim. )

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki. (Sahih)

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka. (Sahih)

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli. (Tidak sahih)

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
(Khilaf akan kesahihannya. Jika ianya sahih/hasan bermaksud, jika kita menjadi tamu, maka jangan tolak tiga perkara, bantal atau sofa stail arab utk bersandar, minuman yg dihidangkan (sekarang ialah jus atau teh) dan minyak wangi.)

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
(Tidak sahih, Dr Yusof al-Qardhawi berkata, tidak benar sama sekali anggapan sesetengah pihak, bahawa Islam adalah agama yg serius dan kering kontang...ada senyum, ketawa dan tangisan...cuma tidak melampau batas dalam ketawa.)

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
(Tidak sahih, bahkan mursal. Nabi suka apa jua minuman yg ada ditanah arab pada masa itu. baginda dilapurkan menyukai madu, susu, nabiz, dan air sejuk. Ini semua sunnah al-jibliyah atau sunnah yg bersifat peribadi.)

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung. (Sahih)

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
(Sahih dgn koreksi. adapun tambahan "Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut", tidak ada asalnya kata2 ini dalam kitab2 sunnah)

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
(Sahih, adapun larangan itu dihukumkan makruh bukan haram. Ia khusus buat lelaki tidak bagi wanita, semua jari boleh (syarah sahih Muslim lil-Nawawi, jld 14))

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur. (Sahih)

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
(Sahih dengan koreksi. Namun sunnah juga makan berdua, yakni dgn isteri..tidak semestinya sunnah makan berjamaah sepanjang masa)

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
(Sahih, adapun tambahan " tertutup ketika solat zohor " tiada asalnya dan pelik kenapa pintu langit ditutup ketika solat?" Tiada asalnya)

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali. (Sahih)

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja. (Sahih)

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah. (Sahih)

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
(Sahih, Dan dari al-Muhajir bin Qunfudz, ia pernah datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang saat itu beliau sedang buang air kecil. Lalu ia mengucapkan salam kepadanya. Beliau tidak menjawabnya sehingga beliau berwudhu. Lalu Nabi menyampaikan alasannya, beliau bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla kecuali dalam keadaan suci. HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Wad'iy, al-sahih al-Musnad
Apakah berdehem atau isyarat suara itu tsabit?
Tidak thabit)

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan. (Sahih)

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan. (Sahih)

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
(Sahih dengan penjelasan:
1. Khilaf akan wasiat nabi khusus kpd sahabat, apakah ia utk semua atau khusus kpd sahabat. ia khusus buat sahabat kerana Nabi saw melihat kemampuan dan kedudukan seseorang sahabat. sahabat yg lain dia melakukan amal dgn pedang dan yang lain dgn businessnya.
2. Puasa 3 hari setiap bulan boleh bermaksud mana2 tiga hari minima sebulan, atau 13-14-15 hb hijri, dan isnin dan khamis.)

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
(Sahih, tapi nasnya Dhaif
“ Nabi saw pernah melewati seseorang yg tidur (dlm mesjid Nabawi) dengan posisi meniarap, maka Nabi cuit dengan kakinya dan bersabda," bangun, ini posisi tidur penduduk neraka jahannan."”
dha'if Ibn Majah.:
dibenci Allah adallah sahih:
"sesungguhnya tidur posisi meniarap adalah tidak disukai Allah." HR Nasa'iy dan Ibn Hibban mensahihkannya)

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas. (Tidak sahih)

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....(Sahih)

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by hafiz Thu Oct 16, 2014 4:31 am

Assalamualikum ustaz. ingin bertanya, tsabit itu apa maknanya.

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Thu Oct 16, 2014 9:30 am

DS Anwar telah tsabit kesalahan dan dipenjara 5 tahun kerana meliw*t..

Bersiwak dgn kayu sugi adalah tsabit dari amalan Nabi saw..
menutup kepala dengan kain ketika masuk tandas tidak tsabit dari Nabi saw.

azan ketiga solat Jumaat adalah tsabit dari arahan Khalifah Uthman ra..

boleh tangkap maksudnya
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by hafiz Thu Oct 16, 2014 7:18 pm

oh, faham dah... terima ksih ustaz Smile

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by alDayyan Fri Oct 17, 2014 6:27 am

Salam..paksyeikh..izinkan saya dan rakan nak jadikan setiap sunnah ni hebahan kat page koleksi hadis palsu dan kisah israeliyat ye?

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 55
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl Fri Oct 17, 2014 7:48 am

ok bro, semua bahan kat sini no copyright...free for all.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

semakan:55 sunnah nabi. - Page 3 Empty Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum