BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

soalan peribadi

4 posters

Go down

soalan peribadi Empty soalan peribadi

Post by hafiz Wed Sep 24, 2014 2:22 am

saya ada soalan peribadi ustaz. atuk saya yg skrng sudah meninggal, merupakan bomoh. saya pun prnh ada menuntut dengan dia semasa saya masih lagi jahil dan muda (dlm belas2 umur saya). yg saya takut adalah kalau ada unsur syirik dlm perubatannya. cntohnya, semuan ahli keluarga besar belah ibu saya ada 'kalimah' yg mana kain kuning atau hitam atau kedua2nya membaluti syiling dari luar negara. saya rasa tidak keterlaluan utk ckp yg ia satu tangkal.

kemudian, dlm diri dia, ada yg dipanggil Tok Salleh. dia kata ia bukan hantu, tetapi iman. kdng2 dia mengetahui benda2 ghaib, saya difhmkn ada sesetengah orang mmng boleh mengetahui bnde2 ghaib, seperti bila meninggal, WallahuAlam. semua ini menyebabkan saya risau. setiap kali saya terfikir mungkin ahli2 keluarga saya sendiri melakukan syirik, membuatkan saya sedih, kdng2 menangis kerana tidak mahu mereka kekal dlm neraka Allah.

prnah cuba brbincng dngn ibu saya, tetapi x taulah. ibu saya seperti tahu bahawa saya tak meyakini psl 'kalimah' dan sebagainya tetapi semua ahli keluarga saya msih melakukan perkara ini. atuk saya prnh cerita, mufti (ketua mufti x silap) dri negeri mana entah pernah berubat dan kata perubatan atuk saya benar. mengetahui atuk saya, saya tak rasa dia tipu tapi blh jadi mufti tersebut mengetahui sedikit je cara perubatan atuk saya.

saya buntu ustaz. apa yg boleh saya lakukan utk selamatkan keluarga saya?


Last edited by hafiz on Thu Oct 09, 2014 6:40 pm; edited 1 time in total

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

soalan peribadi Empty Re: soalan peribadi

Post by thtl Wed Sep 24, 2014 9:05 am

Perdukunan adalah salah satu pintu syirik; juga kuburan, juga tempat membiaknya syirik. Anda tidak boleh syak, tapi kena buat kajian terperinci dgn mengetahui neraca syirik yg betul utk mengukur sejauh mana ad unsur2 syirik dalam ajaran perdukunan atuk anda. maksudnya anda kena tahu syirik tu apa, baru boleh buat kajian mengenai ajaran atuk anda. Jika anda tak tahu ciri2 syirik, maka susahlah.
Syirik dalam perdukunan ada beberapa unsur, unsur utama:
1. penggunaan tangkal, geliga, azimat, batu hikmat dan seumpamanya
2. khadam dari jenis jinn
sila pastikan ada tak unsur2 demikian.
sila
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

soalan peribadi Empty Re: soalan peribadi

Post by abubakar Fri Oct 03, 2014 7:26 pm

Saya mmg gatal nak jwb ini, tp saya cdgkan agar kamu ajukan persoalan ini kpd Cikgu Hairi Nonchi. Dia ada terlibat dgn perubatan alternatif ini. Cikgu Hairi boleh didapati di FB dia, https://www.facebook.com/mohdhairi.nonchi
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

soalan peribadi Empty Re: soalan peribadi

Post by hafiz Thu Oct 09, 2014 6:43 pm

Forumer abubakar boleh lah jwb soalan saya sebab kalau tak silap, kedua2 fb saya tidak boleh nak friend dengan cikgu Hairi.

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

soalan peribadi Empty Re: soalan peribadi

Post by abu_firdaus Fri Oct 10, 2014 4:14 am

ini nota diambil dari FB beliau :

Pencegahan Umum

1. Bersihkan diri daripada segala keyakinan dan amalan yang boleh merosakkan akidah seperti syirik, khurafat dan tahyul. Contoh amalan-amalan Syirik yang masyhur dalam masyarakat kita:

a) Memakai tangkal / azimat. Ini termasuklah azimat yang menggunakan ayat-ayat al-Qur’an.

b) Meminta dan berdoa kepada selain Allah seperti jin, orang yang telah mati, kuburan dan seumpama.

c) Berjumpa dengan bomoh, dukun dan seumpama.

d) Meyakini adanya selain Allah yang berkuasa mendatangkan mudarat dan manfaat, menentukan sial dan nasib baik, menghubungkan jodoh, memberi rezeki dan sebagainya.

2. Mengerjakan ibadah-ibadah wajib seperti solat lima waktu, puasa di bulan ramadan dan seumpama.

3. Banyakkan berzikir kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa harian yang diajarkan oleh Rasulullah menerusi sunnah-sunnahnya yang sahih seperti doa sebelum dan selepas memasuki tandas, doa sebelum tidur, doa sebelum makan dan sebagainya.

4. Sentiasalah menjaga kebersihan diri, pakaian dan makanan. Ingatlah Allah dan para malaikat amat suka kepada kebersihan sementara Syaitan amat suka kepada kekotoran.

Zikir-Zikir Harian

1. Lazimkan membaca surah al-Baqarah di rumah kerana Syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan surah al-Baqarah. Sabda Nabi: Janganlah jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. [Shahih Muslim, no. 780]

2. Setiap kali hendak membuka atau menutup pintu rumah, bacalah ‘Bismillah’ kerana Syaitan tidak akan dapat membuka pintu-pintu yang telah dikunci dengan menyebut nama Allah. [Shahih Muslim, no. 2012]

3. Sebelum hendak tidur, ambillah air wudhuk dengan sempurna dan bacalah ayat al-Kursi. Sesiapa yang melakukannya, maka dia akan sentiasa berada dalam jagaan Allah dan Syaitan tidak akan mampu mendekatinya sehinggalah waktu pagi. [Shahih Al-Bukhari, no. 2311]

4. Amalkanlah zikir berikut sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang. Insha Allah tidak ada sesuatu pun yang berupaya mendatangkan merbahaya kepada pengamalnya. [Shahih Ibnu Majah, no. 3120]

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهَوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

Bismillaa-hil ladzii laa yadhurru ma’as mihi syai-un fil ‘ardhi walaa fis samaa-e wahuwas samii-‘ul ‘aliim

Maksudnya: Dengan nama Allah yang bersama-Nya tidak ada sesuatu jua yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

5. Apabila memasuki sesuatu kawasan seperti bangunan, hutan atau apa sahaja tempat yang menyeramkan, bacalah doa di bawah ini sebanyak 3 kali. Orang yang mengamalkannya akan sentiasa berada dalam jagaan Allah sehinggalah dia keluar dari kawasan tersebut. [Shahih Muslim, no. 2708]

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.
A-‘uudzu bikalimaa tillaa hit taam-maa-ti min syarri maa kholaq

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya.

6. Bacalah zikir berikut sebanyak 10 kali setelah menunaikan solat Subuh dan Maghrib.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Laa ilaaha illallooh wahdahu laa syarii kalahu, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyii wayumii-tu, wahuwa ‘alaa kulli syai-in qodiir.

Maksudnya: Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Orang yang mengamalkan zikir di atas akan dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan 10 kejahatan, diangkat 10 darjat dan dilindungi Allah dari setiap keburukan dan godaan Syaitan. [Shahih At-Targhib wa At-Tarhib, no. 474]

Syarat Mujarab Zikir dan Doa

1. Ikhlaskan niat dalam melaksanakan apa jua urusan ibadah kepada Allah. Lawan kepada ikhlas ialah riya’, iaitu melakukan ibadah atau amal kebaikan hanya kerana inginkan pujian dan sanjungan daripada orang lain. Syaitan menjelaskan bahawa dia tidak akan mampu menyesatkan hamba-hamba Allah yang ikhlas dalam beribadah kepada-Nya. Firman Allah: (Iblis berkata).... dan aku akan menyesatkan mereka (manusia) semuanya kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas. [Surah Al-Hijr, ayat 40]

2. Amalkanlah doa dan zikir di atas dengan penuh tumpuan, yakin dan tawakkal kepada Allah. Dengan memenuhi syarat ini, insya Allah kita akan sentiasa berada dalam jagaan Allah dan Syaitan tidak memiliki sebarang kekuasaan ke atas diri kita. Firman Allah: Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka. [Surah An-Nahl, ayat 99]

3. Elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang menjadi kesukaan Syaitan seperti melakukan amalan-amalan Syirik, meninggalkan ibadah-ibadah wajib, mendedahkan aurat dan sebagainya. Firman Allah: Sesungguhnya kekuasaan Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan ia pemimpin mereka dan orang-orang yang sebab hasutannya melakukan Syirik kepada Allah. [Surah An-Nahl, ayat 100]

4. Yakinlah bahawa Syaitan itu adalah makhluk yang lemah dan ia tidak mampu memudaratkan manusia tanpa izin Allah semata-mata. Firman Allah: Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. [Surah An-Nisa’, ayat 76]
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

soalan peribadi Empty Re: soalan peribadi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum